Wednesday, August 5, 2009

ISA ZALIM... dilaungkan di Mesir?

saya kurang bersetuju dengan kenyataan Tan Seri Mufti yang menegaskan bahawa mahasiswa yang ambil berat sangat tentang politik negara, selapas tamat nanti, terjunlah. bagaimana seorang tidak pandai berenang dihumban ke arus sungai yang deras? jika ideal Tan Seri diambil, kami mahasiswa akan mati lemas dibawa arus deras itu. maka pada waktu kita akan lihat kepimpinan yang bacul, perasuah, turut serta dalam tarian gelek, dan macam-macam lagi perkara negatif yang akan berlaku.

hari ini saya berjaya mewakili anak merdeka malaysia tercinta melaungkan ISA ZALIM didepan Barisan kepimpnan UMNO dan BN. rasa bersalah kerana tidak dapat turut serta dalam perhimpuna rakyat yang mendesak memansuhkan ISA akhirnya hilang dengan aku menyatakan kepada mereka yang bertanggung jawab termasuk dihadapan Tan Seri Mufti. na kira Message sudah cukup jelas bahawa seluruh dunia dimana anak berjiwa merdeka sudah bersedia untuk bersama dengan kepimpinan PAS yang jelas perjuangannya.

ana sempat bertanya 2 soalan;
1)adakah pihak Y.B bersetuju dengan pandangan saya kerajaan Perak sekarang adalah kerajaan Mahkamah dan bukan Kerajaan Rakyat?
2)apakah hukum Perlaksanaan ISA?

yang peliknya kedua-dua soalan tersebut dijawab oleh Tan Seri Mufti dan dtambah oleh Datuk Mohammad hafizan Bin harun [penasihat undang-undang UMNO]. setahu saya turut serta pada majlis tersebut seorang exco Y.B. Mohammad Zahir bin Abdul Khalid, Pengerusi, JK Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi dan ramai Y.B termasuk Y.B lompat. aduh tak malu yer..

adakah Tan Seri Mufti Sudah mula berminat dengan Politik? adakah UMNO yang akan menjadi Parti pilihan? kenapa soalan adakah haram ISA tidak dijawab? kenapa? terlupa? atau takut? takut hilang kepentingan dunia... saya menasihati diri dan orang yang membawa panji ISLAM agar jangan gentar menyatakan Hak.

adakah Allah akan membiarkan seseorang hamba berkata aku beriman sedangkan belum lagi diuji... ayat ini dibaca oleh Tan Seri Mufti. Ini kerana bertaburan fitnah yang dikenakan keatas Beliau kerana tidak bersama dengan PR untuk mendesak sultan membubarkan DUN. hingga cincin dijari Beliau juga kene Fitnah.

sememangnya orang yang berilmu tapi tidak menyatakan kebenaran, bukan manusia sahaja yang membenci dan menghina, tapi seluruh makhluk alam melaknat dirinya. bahkan Allah umpamakan seperti seekor kaldai... kaldai yang membawa barangan berat dibelakangnya..

KAMI ANAK MERDEKA YANG AKAN MEMPERJUANGKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN ANAK BANGSA DAN NEGARA YANG TECINTA.
ALLAH TETAP BERSAMA DENGAN MEREKA YANG SENTIASA DENGAN KEBENARAN..
MANSUHKAN ISA...

KERAJAAN MAHKAMAH; HAMPIR 100 ORANG SAHAJA YANG HADIR?

Cairo, khamis 05 ogos, majlis perasmian wisma asrama baru buat anak-anak Perak disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Haji Hashim,Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. dalam ucapan ringkas beliau menyatakan 5 andaian dan teka-teka terhadap masa depan 10 tahun akan datang bagi mahasiswa yang masih menuntut disini.

1)akan menjadi pemimpin masa depan.
2)Pentadbir yang hebat.
3)Pendakwah yang hebat.
4)Ahli perniagaan.
5)petugas kemasyarakatan.

inilah andaian Y.B Dato' kepada mahasiswa Perak yang menuntut disini. dalam ucapan ketika memberi andaian itu, disambut dengan tepukan gemuruh dari hampir 100 orang mahasiswa yang hadir sama dalam majlis perasmian tersebut. bagi pengalaman saya disini yang sering kali mendengar tepukan dari mahasiswa disini, inilah kali pertama saya mendengar tepukan sinis [ini apa yang ana dengar lah].

mungkin bersetuju dengan pandangan dan andaian Y.B Dato' tapi dari perspektif 10 tahun lagi kami akan menjadi 5 golongan yang akan membawa tugasan tersebut tetapi buat PAS bukan UMNO dan BN.

jumlah kehadiran yang saya sempat dipantau tidak lebih dari 100 orang yang hadir. Mungkin lebih, jika dicampur dengan kehadiran Arab tempatan dan pekerja-pekerja pembinaan Wisma Penginapan Pelajar Perak Mesir. agak pelik kan, kenapa jumlah kehadiran seteruk itu?

bercakap dengan pengalaman, memang begitulah kehadiran dalam program wakil kerajaan UMNO dan BN datang. lainlah kalau diberi wang dan disediakan kenderaan ke Program, itu tak dapat nafikan kehadiran mahasiswa pasti ramai, seperti kehadiran Perdana Menteri sekita dahulu. ini cukup berbeza dengan kehadiran dari wakil rakyat PAS dan PR yang lain. kehadiran Dato' Seri Tuan Guru jangan dibilang dan jangan disebut, nanti lagi bengan pimpinan UMNO. cukup berbeza...

Tapi apabila seorang timbalan menteri beserta dengan rombongan bersama dengan mahasiswa dalam program UMUM, bilangannya lagi sedikit berbanding dengan kehadiran pada majlis perasmian oleh Y.B Dato'.

pernah satu ketika dahulu Tan Sri Mufti kerajaan Negeri Perak yang berkhidmat sejak 80-an lagi dainggap wira bangsa dan agama kepada seluruh rakyat islam ditanah air. tetapi sejak konflik politik yang berlaku di negeri Perak tercetus. Beliau telah hilang dari kepercayaan rakyat untuk menjadi perwira bangsa dan agama. "saya bukan seorang yang berpolitik" buat mahasiswa mesir siapa yang akan lupa ungkapan ini yang keluar dari beliau.

kehadiran beliau dalam majlis-majlis umum amatlah dinanti-nantikan tapi kini kehadiran beliau tak menarik minat untuk bersama dalam mendengar ucapan keberanian beliau.

kali ini rombongan kerajaan Mahkamah yang diketuai oleh Y.B. Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Haji Hashim,Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan membawa 2 wakil rakyat lompat sebagai ganjaran pertama disediakan atas tindakan lompat parti. tahniahlah dapat hadiah pakej percutian ke Mesir...

Saya agak Pelik kenapa rombongan Kerajaan Mahkamah tidak mengadakan satu program Dialog bersama untuk mahasiswa seluruhnya disini?

takut tidak ramai orang? takut dengan respon mahasiswa disini? xder waktu?
majlis dialog bersama dengan mahasiswa akan memberi ruang kepada kepimpinan kerajaan mahupun pembangkang untuk membuat check and balance dalam membawa agenda dan dasar kerajaan dan Parti.

Jika sedikit kehadirannya, itulah dia sokongan mereka, jika ramai itulah sokongan mereka. apa yang akan berlaku sekiranya mahasiswa tidak diberi peluang untuk melontarkan pandangan dan persoalan yang berputar disekitar politik tanah air? mereka akan menjadi lembab dan tidak berjiwa besar untuk memimpin negara pada masa akan datang.

Jika Kerajaan ingin melihat pelapis kepimpinan masa depan hebat untuk mentadbir negara, menguruskan agama, beramanah dan berdedikasi maka kami perlu diberi peluang untuk memberi dan menerima pandangan dari kedua-dua belah pihak.

kami tetap memberi sokongan yang padu pada kerajaan yang betul-betul memperjuangkan ISLAM. ISLAM dijulang tinggi martabatnya sekalipun jasad kami diserek ke penjara.

Tuesday, August 4, 2009

KES H1N1; LEBIH BANYAK SEKOLAH LAGI AKAN DITUTUP



Sehingga kini sudah 8 kes kematian disebabkan H1N1 dicatatkan dan akan lebih banyak lagi kes penutupan sekolah dan institusi pendidikan tinggi akan diberhentikan seketika perjalanan pengajian. Ini berikutan kes H1N1 merebak secara meluas dan kebanyakan mereka yang dijangkiti adalah pelajar sekolah.

Kedah mencatatkan bilangan pesakit teramai yang disyaki dijangkiti Virus ini. seramai 182 sehingga kini menjadi tumpuan untuk mendapat rawatan dan dikuarintinkan. Kementerian Kesihatan sehingga kini masih mampu untuk mengeluarkan angka mereka yang disyaki dijangkiti dan disahkan kematian. Tindakan segera untuk mencegah dari merebak perlu segera dicari.

Saya yakin sekiranya tindakan tidak diambil dengan segera lebih banyak lagi angka bilangan sekolah yang akan ditutup.

Apa yang peliknya, kebanyakan mereka yang terlibat adalah dari kalangan pelajar sekolah, dan banyak sekolah diberhentikan operasinya kerana disahkan wabak atau virus ini [selsema babi] telah merebak secara meluas.

SAR dan H1N1

Saya masih ingat lagi bagaimana nasib Sekolah Agama Rakyat yang terpaksa tutup operasinya kerana tidak mampu menampung pembelanjaan operasi Sekolah hasil daripada penarikan wang berkapita yang diberikan sebelum ini oleh kerajaan.

Ramai tenaga pengajar cabut lari ke Sekolah Menengah Kementerian, ini juga sebagai tawaran oleh pihak kerajaan untuk membela nasib guru SAR kononnya. Sekolah Agama Rakyat ditutup. Tertutupnya SAR, maka tertutuplah lubuk pendidikan agama kepada anak bangsa kita. Perasaan sedih pada ketka itu, sudah cukup memberikan rasa benci kepada kerajaan dibawah pimpinan UMNO.

SAR didakwa tempat melahirkan pengganas, tempat menghasut pelajar membenci pemimpin negara. Itulah dakwaan mereka. Maka arahan penutupan dan pengharaman perlu segera diberi. Akhirnya ibu bapa yang melihat masa depan anak-anak mereka tergadai terpaksa menitiskan air mata ketika sedang menoreh getah, membajak sawah dengan titisan titisan kepiluan. Apakah nasib anak-anakku ini jika pendidikan agama mereka sudah tidak ada? Kemana mereka nak hidup dengan tidak ada pengangan agama?

Dulu kamu sebagai kerajaan Malaysia mengarahkan agar SAR perlu tutup, dan hari Allah sebagai pemerintah Alam memerintahkan Sekolah kementeran kamu perlu ditutup. Cepat sungguh Allah balasinya yer. Inilah iktibar yang perlu kita ambil jika menentang dan merancang untuk menjatuhkan agama Allah, Allah sehebat perancang untuk memusnahkan kamu.

Ya Allah! Engkau jauhkanlah rakyat Malaysia dari malapetaka ini,jauhilah keluarga, jiran tetangga kami dari wabak yang membunuh ini. engkaulah maha penyembuh, aku yang kerdil ini memohon kepada mu… terimalah doa hambamu ini… amin..ya rabb..ya Rabb!

REMAJA BERSAMA DENGAN ARUS PERUBAHAN

Seramai 44 orang remaja yang ditahan berikutan kes penangkapan beramai-ramai dalam kes perhimpunan mansuhkan ISA. Isu ini hangat diperkatakan dalam sehari dua ini. bagi pihak Polis, siasatan akan diambil dengan penglibatan remaja bawah umur dalam perhimpunan rakyat yang memprotes pelaksanaan Akta ISA. ini kerana melanggari undang-undang. mereka, ini termasuk ibu bapa, penjaga, dan pihak penganjur akan dikenakan tindakan atas kesalahan memperalat remaja bawah tahun untuk menyertai dan menjayakan perhimpunan haram [bagi keparat bangsa].

Pihak pro ISA pula mendesak agar beberapa individu penting dalam Pakatan Rakyat dikenakan tahanan ISA atas kesalahan mengadakan keganasan terancang. kenyataan MAGARAN - Majlis Gabungan NGO Pembela Negara yang menggesa polis supaya menahan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang serta Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh ekoran demonstrasi besar anti-ISA Sabtu lalu.

Kumpulan pro-ISA gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA itu melalui Penasihat Undang-undang MAGARAN, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz telah menyatakan, keempat-empat pimpinan tersebut patut ditahan di bawah ISA kerana mengamalkan "keganasan terancang" ketika menganjurkan perhimpunan mansuhkan akta itu sabtu lalu.

mereka yang masih mempertahankan ISA ini, otak mereka kebelakang dalam memimpin sesebuah negara. apa tidaknya Akta ini digubal pada tahun 1960 dan kini 2009.sudah 49 tahun akta ini dilaksanakan bertujuan mempertahankan kedaulatan negara. Akta ini digubal untuk menyekat pengaruh Komunis yang menganggu gugat keselamatan negara.

Namun apa yang kita dapat lihat sekarang akta ini digunakan untuk kepentingan kuasa eksekutif bukan untuk kepentingan ketenteraman awam. mereka takut dengan keberanian yang ada pada mereka yang merdeka tidak mudah melutut pada mereka yang durjana. kebenaran yang diperjuangkan itu bagaikan badai tinggi yang akan menghempas kuasa pemerintah. maka caranya adalah menahan dan menyeksa mereka dengan harapan badai ini dapat dibendung.

Namun durjana Bangsa dan Agama ini tidak pernah mengerti resam pejuangan kebenaran. perjuangan kebenaran diibaratkan seperti air yang mengalir dan tidak terhenti, jangan disekat kemaraannya jika berkumpul air itu, ia akan mengahasilkan satu kuasa yang kuat mampu untuk meruntuhkan dinding empangan. jika tidak sekalipun, air yang mengalir pasti akan mencari ruang-ruang untuk membolehkan ia mengalir. begitulah diibaratkan perjuangan kebenaran ini [perjuangan ISLAM]




ulasan:-

pihak kerajaan perlu memandang serius dengan penglibatan remaja-remaja ini, jika hanya diupah dengan pakain merah sahaja untuk menyertai perhimpunan besar seperti ini sudah mereka sanggup sedangkan mereka terpaksa berdepan dengan anjing-anjing kepala merah [saya pernah ungkapkan ketika dalam sebuah ceramah yang dihadiri oleh kepala-kepala merah itu (FRU)] yang bersedia menerima arahan serang. pada waktu itu anak-anak remaja ini memegang erat tangan diantara mereka sebagai benteng untuk mempertahankan rakyat yang turut serta dalam perhimpunan ini.

Remaja ini sudah tidak takut dengan kekerasan pihak POLIS, hanya sekadar dengan upahan baju bewarna Merah [baju uniform Unit Amal Malaysia]. semburan Gas pemedih mata ibarat seperti asab bunga api, semburan air asid mereka andaikan seperti air mandian mereka.

mereka berani berdepan dengan semua ini kerana mereka inginkan kebenaran, mereka dah muak dengan kezaliman, jika remaja yang dianggap mentah oleh mereka ini sudah terpedaya dengan hasutan PAS dan dipermainkan. saya kira pihak kerajaan silap, anak remaja ini tidak semudah itu untuk dilabelkan sebagai remaja yang diperkudakan. mereka tidak berfikiran seperti orang tua dalam UMNO yang masih jumud memperjuangkan kemelayuan yang lapuk itu.

ini merupaka signal yang cukup jelas kepada pihak kerajaan sekarang bahawa golongan muda sudah bersedia untuk melakukan perubahan. ini yang patut disedari oleh pihak kerajaan. jangan salahkan mak bapak yang membawa mereka ke perhimpunan. naluri dan perasaan yang penuh dengan kesedaran telah membuak-buak untuk menggerakkan jiwa anak merdeka untuk mempertahankan kebenaran.

adakah pihak kerajaan masih lagi ingin meneruskan Akta ini, sekalipun sudah jelas desakan rakyat agar kerajaan segera memansuhkan akta ISA. jika mereka benar bersalah hadapkan kemuka pengadilan. sudah lebih 10000 mereka yang ditangkap dan dipenjarakan dibawah Akta ZALIM ini.

PEMUDA UMNO BERSEDIA MEMBERI KHIDMAT GUAMAN
peniaga setempat terpaksa menanggung kerugian hasil daripada perhimpunan ini. gerai mereka terpaksa ditutup dan peraltan dan gerai mengalami kerosakan. hasil dari apa yang sempat saya lihat dalam siaran langsung dan rakaman, yang mencetuskan hura-hara adalah POLIS. mereka ini yang sepatutnya didakwa.

saya sememangnya bersetuju dengan cadangan daripada PEMUDA UMNO itu. tetapi dakwaan perlu dibuat terhadap ketua Polis negara, kerana sepatutnya pihak polis menjaga keamanan namun sebalik mereka yang mencetuskan ketidak tenteraman dengan menyerang rakyat dan membuat tangkapan.

bagi saya yang patut ditangkap bukan hanya 500 orng sahaja, yang terlibat dalam perhimpunan itu lebih dari 100000, tangkaplah 80000 ker, paling tidak 50000. kenapa POLIS malaysia tidak cekap ker nak tangkap seramai itu dan didakwa sebilangan kecil itu sahaja?

POLIS diamanahkan oleh Rakyat untuk menjaga keselamatan Rakyat bukan untuk menjaga kepentingan pimpinan Haprak...

"nak buat macam mana, kami hanya menjalankan tugas"
itu sahaja yang mampu dikeluarkan oleh mereka, yer menjalankan tugas juga ada batas dan prinsip kan. bukan seperti seorang hamba bodoh yang mengikut apa sahaja perintah tuannya yang bodoh.

saya juga perlu menghrmati prinsip kerja POLIS, dan mereka juga menghormati prinsip jiwa merdeka rakyat selama ini.

ayuh remaja! jangan lagi kita gentar untuk menngorbankan jiwa kita untuk kepentingan AGAMA dan NEGARA yang tercinta. kita yakin selepas ini makin ramai lagi yang akan memenuhi penjara JUVANA bukan kerana dadah dan gengster tetapi kerana bersama dengan perjuangan ISLAM.

janji Allah kepada mereka yang memperjuangkan ISLAM adalah redha dari tuhan, Nikmat Syurga menanti kita... Ya Allah engkau kuatlah barisan dan hati anak remaja kami menentang kezaliman UMNO.

SENARAI ROMBONGAN KERAJAAN MAHKAMAH KE MESIR

kepada semua rombongan saya ucapakan selamat datang dan semoga perjalan rombongan ke bumi mesir ini mendapat limpah dan rahmatnya untuk mengambil iktibar kezaliman yang dilakukan oleh Kuasa besar dalam tamadun Manusia yang terdapat dibumi mesir. hebat dengan sombongnya dan menentang kebenaran, akhirnya dimana kekuasaan Firaun? dimana harta mereka? dimana mereka selepas jasad mereka berpisah dengan nyawa?

lawatan kerja kali, saya mendoakan agar seluruh ahli rombongan akan mendengar cerita kezaliman dari penasiahat Sultan dan penasihat menteri besar kerajaan mahkamah yang turut serta dalam rombongan kali ini...


senarai penuh rombongan kerajaan mahkamah ke mesir adalah seperti berikut:-
(1)Y.B. Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Haji Hashim,

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

(2)Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Harusani bin Haji Zakaria,
-
Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

(3)Puan Sri Datin Seri Hajjah Ainon bt. Abdul Ghani,
-
Isteri Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

(4)Y.B. Dato’ Ahmad Kamal bin Shahid.
-
Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Darul Ridzuan.

(5)Y.B. Dato’ Jamalludin Al-Amini bin Haji Ahmad
-
Pegawai Kewangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

(6)Y.B. Mohammad Zahir bin Abdul Khalid,
-
Pengerusi, JK Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi.

(7)Y.B. Dato’ Kapt.(B) Haji Najmuddin bin Elias Al-Hafiz,
-
Penasihat Agama kepada Y.A.B. Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

(8)Y.B. Kapt.(B) Mohd. Osman bin Mohd. Jailu,
-
ADUN Kawasan Changkat Jering.

(9)Y.B. Tuan Jamaluddin bin Mohd. Radzi,
-
ADUN Kawasan Behrang.

(10)Y.B. Datuk Haji Rosli bin Husin,
-
ADUN Kawasan Trong.

(11) Y.B. Dato’ Rusnah binti Kassim,
-
ADUN Kawasan Hulu Kinta.

(12) Y.B. Dato’ Haji Mohd. Tarmizi bin Idris,
-
ADUN Kawasan Kenering.

(13) Y.Bhg. Dato’ Haji Zainal Abidin bin Omar,
-
Pegawai Pembangunan Negeri Perak Darul Ridzuan.

(14) Y.Bhg. Dato’ Haji Sheikh Mohammah Nor bin Haji Mansor,
-
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan.

(l5) Y.Bhg. Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal bin Haji Ahmad,
-
Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Darul Ridzuan.

(16) Y.Bhg. Datuk Mohd. Hafarizam bin Harun,
-
Tetuan Wan Hafarizam & Aishah Mubarak.

(17) Y. Bhg. Dato’ Aziz Khan bin Abd. Khayum Khan,
-
Ahli Perniagaan.

(18)Encik Mohd. Nizam bin Mohd. Hassan.
-
Ahli Perniagaan.

(19)Encik Azhar bin Ahmad,
-
Pegawai Khas kepada Y.A.B. Menteri Besar Perak.

DATO’ SERI HARONSANI DAN KERAJAAN MAHKAMAH



Saya masih ingat, rombongan sohibul samahah dato’ seri Harunsani yang merupakan Mufti negeri perak pernah ke Mesir sejurus kerajaan barisan nasional tumbang ke tangan pakatan rakyat. Urusan pembinaan dan pengubahsuaian Asrama mahasiswa PERAK di Mesir menjadi agenda kepada lawatan kerja ini. Sudah sekian lama tuntutan pembinaan dan pengubahsuaian ini dituntut sejak zaman Tajol Rosli dan akhirnya mendapat respon baik diawal zaman pemerintahan Dato’ Seri Ir Nizar sebagai menteri Besar kepada kerajaan Rakyat negeri Perak.

Saya kira lawatan kerja yang dilakukan oleh beliau sebelum ini merupakan satu lawatan kerja politik untuk memberi keyakinan kepada mahasiswa Perak yang menuntut disini bahawa politik negeri perak tidak boleh diberikan kepada selain daripada Bumiputera [melayulah tu] kuat juga semangat kemelayuan yang ada pada beliau rupanya. Melayu perlu bersatu.

Sebenarnya majority mahasiswa yang menuntut disini pernah melepaskan lafaz lega apabila YB Dato’ Seri Nizar diberi mandat untuk memimpin kerajaan pilihan rakyat yang memenangi pilihanraya pada 8 mac 2008.

Mengharapkan agar suara lantang yang ada pada sohibul samahah dalam menegur pihak Kerajaan BN dalam perkara yang bertentangan dengan hokum hakam dapat merancakkan lagi pecutan membawa sinar ISLAM buat rakyat Perak.

Tetapi sebaliknya apa yang berlaku, beliau pernah datang kesini menyatakan “saya telah berusaha untuk membawa PAS agar bergabung dengan UMNO kerana dengan gabungan ini akan memberi keuntungan kepada Orang Islam”. Saya agak pelik dengan kenyataan beliau itu, setahu saya beliau cukup terkenal dengan mufti non political, betul ker? Bagi saya ia bukan memberi untung kepada orang Islam tetapi kepada pemimpin melayu. Kenapa beliau yang menjadi orang kuat tak tidur malam pergi berjumpa dengan pimpinan PAS tidak pemimpin UMNO?

Keputusan PAS untuk bersama dengan kerajaan gabungan Pakatan rakyat amat meresahkan seluruh pimpinan UMNO dan BN, apa tidaknya segala projek dan salah laku yang mereka lakukan pasti akan terbongkar. Mereka mula berlari ketakutan dari bayang-bayang mereka sendiri, ketakutan bagai diburu pemburu.

Saya boleh bayangkan keadaan pimpinan UMNO dan BN pada ketika itu, mereka resah sehinggalah mereka buntu mencari jalan penyelesaian dan akhirnya memilih Dato’ Seri Harunsani untuk menjadi orang tengah menyelesaikan kerunsingan mereka. Dialog sesame mereka mungkin begini; “kita kene mintak tolong Mufti jugak untuk membawa Ideal gabungan UMNO dan PAS ini, beliau sahaja yang mampu untuk membantu kita, kalau tidak habislah kita semua…

Akhirnya dato’ Seri pun dipergunakan oleh politik mereka untuk kepentingan mereka. Eh.. eh.. kenapa Dato’ Seri menerima yer… adakah beliau berkeyakinan UMNO mampu untuk mebawa agenda ISLAM? Adakah kepentingan dato’ juga akan hilang?
pernahkah sejarah menunjukkan bahawa UMNO membawa agenda ISLAM jika mereka bawa sekalipun, persoalannya kemana? Lihat sahaja ISLAM HADHARI, mana mereka yang sebelum ini yang memperjuangkan ISLAM HADHARI dan mana mereka yang ingin memperjuangkan KEDAULATAN ISLAM khususnya PAS? Saya rasa dato’ sendiri lebih menyedari semua ini.

Sehingga kini dan selama-lamanya PAS akan memperjuangkan ISLAM. Sedarilah bahawa UMNO membawa egenda ISLAM melalui UMNO hanya sebagai kepentingan politik semata. Jika benar, kenapa mereka tidak teruskan agenda itu? kenapa memilih one Malaysian menjadi agenda utama dalam pembawakan kepimpinan negara yang dipimpin oleh Najib? Menggantikan Agenda ISLAM HADHARI. Kenapa tidak teruskan agenda ISLAM HADHARI? Adakah ia merugikan POLITIK UMNO dan BN? Adakah tidak yakin lagi ISLAM sebagai satu Agenda penting dalam kehidupan kita? Adakah kepimpinan UMNO hilang keyakinan terhadap ISLAM yang menyelesaikan masalah negara?

AWAS! Kepada mereka [yang menganut agama ISLAM] jika hilang kenyakinan anda terhadap ISLAM, ia akan menjejaskan AKIDAH anda. Saya tidak mengkafirkan mereka, tetapi saya memberi peringatan, ia amat memberi kesan buruk terhadap akidah anda yang boleh membawa murtad.

Maka kita akan lihat isu murtad tertutup akan berleluasa. Maka pada ketika itu, kami juga menantikan suara lantang dari Dato’ Seri Mufti mendesak kerajaan menyelesaikan masalah akidah ini.

jika tubuh kami terpenjara namun suara dan hati tetap bersuara

menyatakan kebenaran
penjara bukan lagi perkara yang ditakuti tetapi bukti perjuangan kami sampai mati

ROMBONGAN KERAJAAN MAHKAMAH KE MESIR?



5 Ogos 2009 merupakan satu tarikh yang ditunggu buat anak-anak Perak yang menuntut di pelembahan Nil ini, apabila rombongan Kerajaan Mahkamah Negeri Perak akan tiba di Mesir.

Kehadiran mereka atas nama kerajaan rakyat perak, merupakan satu tindakan yang memalukan. Kerana rakyat Malaysia dan Perak tidak mengiktiraf kerajaan ini. Yang memberi nama mereka ini mewakili kerajaan perak adalah mahkamah. Maka lebih baik datang dengan nama kerajaan Mahkamah dan bukan kerajaan rakyat.

Adakah mahasiswa perak akan menyambut rombongan ini atas nama kerajaan rakyat Perak? Merampas kuasa dengan sedemikian rupa seolah-olah tregedi rompokan terancang terhadap kerajaan Rakyat yang dilakukan oleh penyamun-penyamun yang masih bebas berkeliaran tanpa ada sebarang tindakan tangkapan terhadap mereka.

Saya sebagai seorang mahasiswa amat malu untuk mengaku dan bergembira dengan kehadiran mereka-mereka yang merompak kerajaan rakyat. Sama sekali tidak akan memberi pengiktirafan itu. Namun kedatangan rombongan sebagai wakil rakyat amatlah dialu-alukan. maka layanan sebagai tetamu tetap akan diberikan.

Kerana saya tahu untuk memberi status rombongan kerajaan memerlukan pengorbanan daripada rakyat untuk memilih mereka, mereka terpaksa berdepan dengan penipuan, penindasan, kezaliman dan pembobrokkan yang dilakukan oleh UMNO dan BN. Sedangkan rombongan ini datang hanya dengan keputusan dari seorang hakim yang disuap dalam mulutnya najis yang dikira bernilai untuk hidup dibumi tetapi azab dineraka nanti.

Buat seluruh rakyat Perak, mereka yang diibaratkan seperti katak [saya Cuma pinjam dari nukilan rakyat Perak] juga turut sama dalam rombongan ini. Mungkin dua orang YB[Yang Bohong] ini akan memakai topeng menutup muka mereka. Mana nak letak muka mereka itu sekiranya sudah jelas buat mahasiswa disini aksi mereka melompat-lompat itu dalam peristiwa rampasan kuasa dari kerajaan Mahkamah terhadap kerajaan Perak.

tiga tuntutan kepada rombongan kerajaan mahkamah;-

1. Menuntut supaya pembubaran DUN dilakukan.

Untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sebuah kerajaan yang telus, adil dan amanah maka dalam situasi ini rakyat amat mengharapkan tindakan pembubaran DUN dilakukan segera mungkin.

Memberi hak untuk rakyat memilih pemimpin yang mereka ingini, jangan menggunakan kuasa dictator seperti ini untuk memimpin rakyat. Rakyat bukan binatang yang boleh dicucuk hidung mereka untuk ditarik kesana kemari. Berikan kebebasan kepada mereka untuk bersama dengan Dato’ Seri Nizar atau Zambry.

Kerajaan sekarang bukan kerajaan pilihan rakyat tetapi kerajaan pilihan mahkamah. Penduduk negeri Perak bukan hanya Hakim sahaja dan peguam tetapi kuasa sebenarnya terletak pada rakyat.

2. Menghapuskan undang-undang ISA.

Penjara kemunting yang menjadi tempat tumpuan utama berita seluruh dunia dengan penangkapan rakyat dengan menggunakan Akta ISA atas alasan undang-undang ini masih diperlukan untuk menjaga keamanan negara. Yang kita tentang adalah penangkapan tanpa sebarang dakwaan dibawa kemahkamah dan kezaliman undang-undang ini.

Rakyat Perak seluruh amat malu sekiranya Akta ISA masih dikekalkan, ini kerana tempat untuk beroperasi akta ini terlelak di negeri mereka. Penjara kemunting sudah cukup menjadi saksi kezaliman kerajaan UMNO dan BN terhadap rakyat.

3. Keluarkan fatwa isu kezaliman ISA.

Kenapa fatwa mengharamkan perhimpunan mansuhkan ISA dikeluarkan tetapi sehingga kini tidak ada fatwa yang dikeluarkan oleh mufti-mufti di negara kita tentang Akta ISA? Jika hokum Haram dikeluarkan oleh mufti-mufti kita, saya pasti apa akan terjadi. Dan jika akta ISA masih diharuskan oleh mufti-mufti kita, maka saya dan anda akan pasti mengenal pasti siapakah Mufti-mufti ini.

Kezaliman yang dilakukan dalam akta ISA ini amat jelas, kemana keadilan? Keadilan merupakan prinsip utama dalam pemerintahan ISLAM. Dalil jelas secara qadi’ disebut dalam al-quran memerintahkan agar tegakkan keadilan dalam hukuman mu, perundangan mu, pemerintahan mu. Melaksanakan keadilan bererti menegakkan agama tuhan, meneruskan kezaliman bererti menentang hokum tuhan.

jiwa kami anak merdeka yang dibina ditengah robohan kota melaka