Monday, June 16, 2008

siri terjemahan 1

Apabila seorang lelaki pernah berzina dengan seorang seorang perempuan adakah boleh dia mengahwini dengan perempuan tersebut? Dan adakah haram keatasnya untuk berkahwin dengan anak perempuan wanita tersebut yang menjadi hasil daripada penzinaan mereka?

Soalan ini telah dijawab oleh Fadhilah Syeikh Husanain Muhammad Makhluf (Mufti negara Mesir yang lepas) beliau memberi jawapan seperti berikut:

Seorang lelaki dibolehkan untuk mengahwini dengan perempuan yang pernah melakukan perbuatan zina dengannya, sekalipun perempuan tersebut mengandung, ini merupakan pandangan Mazhab Hanafi. Adapun dalam fatawa thahiriyah, bagi seorang lelaki yang telah berkahwin dengan seorang wanita yang mengandung hasil daripada perbuatan zina diantara mereka, maka nikahnya sah disisi pandangan semua pengikut Mazhab Hanafi dan lelaki tersebut juga dibolehkan ia untuk bersetubuh dengan wanita tersebut (isterinya).

Di dalam kitab Fathu menyatakan : adapun sekiranya tali perhubungan perkahwinan mereka adalah daripada seorang lelaki dengan wanita yang dizinainya maka sah nikah tersebut secara ithfak. Berbeza dengan kes sekiranya seorang lelaki yang mengahwini seorang wanita yang bukan dizinainya ( wanita tersebut melakukan perbuatan zina dengan lelaki lain), maka hukum disini sah a’kad nikah tersebut tetapi dia (suami) tidak boleh melakukan hubungan persetubuhan dengan wanita tersebut (isteri).

Abu Yusof telah berpandangan tidak sah a’kad nikah tersebut dan dikira nikah fasid… Imam Ibnu Hazmi telah mensyaratkan dalam mengharuskan seorang lelaki yang telah berzina berkahwin dengan wanita yang dizinainya supaya bertaubat dan memperbaiki kesilapan mereka. Apa yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah ketika mana ditanya tentang seorang lelaki yang telah berzina dengan seoarang wanita kemudian dia ingin mengahwini perempuan tersebut. Maka Jabir telah menjawab: “apabila dia telah bertaubat dan membaiki maka tidak mengapa” (dibolehkan dia untuk berkahwin). Contoh yang apa yang dapat diambil daripada riwayat daripada Ibni Umar dan Ibnu Mas’ud dan diriwayatkan daripada Umar bahawa seorang lelaki telah bertemu dengan Abu Bakar dan lelaki tersebut telah berkata kepadanya sesungguhnya seorang tetamu lelaki telah melakukan perbuatan zina dengan anak perempuan ku, maka aku telah serahkan lelaki tersebut kepada Umar, maka Umar telah menepuk pada dadanya dan umar berkata kepadanya: Allah telah burukkan kamu…adakah kamu tidak menutupi aib anak perempuan kamu?. Maka Abu Bakar telah memerintahkan kepada kedua-dua mereka untuk dijatuhkan hukum hudud keatas mereka berdua. Kemudian Abu Bakar telah mengahwinkan mereka berdua dan kemudiannya mereka dijatuhkan hukuman buang negeri selama setahun.

Maka Ibnu Hazmi secara jelasnya, perkahwinan tersebut hendaklah selepas mereka berdua bertaubat, ini merupakan pendapat Mazhab Hanbali. Seperti mana terdapat di dalam kitab Mughni Ibnu Qudhamah, adapun pandangan Imam Syafei, Imam Malik, dan Abu Dhaifah tidak disyaratkan demikian (iaitu taubat sebelum mengahwininya).

Imam Syafei, Lais bin Saad, mazhab Dhahiriyyah, dan Imam Malik dalam salah satu dua riwayat daripadanya, telah berpandangan diharuskan bagi seseorang lelaki yang telah melakukan perbuatan zina dengan seorang perempuan untuk berkahwin dengan anak perempuan tersebut. Ini kerana anak perempuan tersebut merupakan perempuan asing dan nasab anak perempuan tersebut tidak thabat kepada lelaki tersebut mengikut syara’. Begitu juga hukum waris pusaka juga tidak berlaku diantara lelaki dan anak perempuan ini, maka tidak diharamkan keatas lelaki tersebut untuk mengahwininya seperti wanita-wanita asing lain. Apabila sesuatu itu haram, maka jangan mengharamkan perkara yang halal. Dan ini diriwayatkan daripada Ibnu Abas, dan dengan riwayat tersebut, Said, Yahya, U’rwah, Zuhri, Abu Thur, dan Ibnu Munzir telah berpandangan sedemikian. Terdapat dalam kitab Mughni ia merupakan pandangan umum para ulamak.

Adapun bagi Mazhab Hanafi telah berpandangan tidak boleh seseorang lelaki yang telah melakukan perbuatan zina dengan seorang perempuan dan mengahwini anak perempuan hasil daripada perbuatan mereka ini kerana tersebar luas hukum haram kahwin disebabkan perkahwinan melalu perbuatan zina. Samada pada asal keturunan kedua-dua belah pihak dan keturunan selepas itu. Ini merupakan pandangan Mazhab Imam Ahmad dan Malik dalam riwayat yang lain. Ia diriwayatkan daripada U’mran bin Hushain, begitu juga dengan Al-Hasan, A’tha, Thaus, Mujahid, Naj’I, Thauri, dan Ishak.

Maka jelaslah dengan perbincangan ini dan dapat diketahuilah bahawa perkahwinan seorang lelaki dengan anak perempuan kepada perempuan yang dizinainya merupakan perkara yang berselisihan pendapat dari kalangan para Imam-Imam hukum perkahwinan tersebut. Ini kerana perbincangan hukum tersebut terbentuk di atas kerangka sesuatu yang haram adakah hendak diharamkan yang halal atau mengharamkannya.

Wallahua’lam…

Liwa’ Islami, bilangan ke 1377, Khamis 8 Jamadilakhir 1429H bersamaan 12 Jun 2008M.

dalam bahagian kamu bertanya Islam menjawab pada muka surat 9.

Kepada teman-teman sekelian, sekiranya berlaku kesilapan dalam terjemahan ini, maka diri yang hina dina ini memohon tunjuk ajar daripada kalian semua. Sekian…

1 comment:

Firdaus Masnan said...

ana suka terjemahan dlm kes nih.
ustat napi..bleh tolong rumuskan permasalahan ni.ana kurang jelas la.de byk perselisihan tp masih kabur. emelkan ke
edoi_84@yahoo.com.my
kalau dibolehkan berkawin dengan anak hasil zina, wali kpd si anak adakah menggunakan wali hakim?