Tuesday, September 23, 2008


WARKAH CINTA BERBAU SYURGA… NASIHAT UNTUK KU…
Masakin Uthman menjadi saksi, tanggal 23 ramadhan 1429H bersamaan 23 september 2008, apabila kali pertama mata ini terpukau dengan WARKAH CINTA BERBAU SYURGA hasil tangan seorang penulis graduan al-azhar yang bernama Ubaidillah Alias, anak muda yang berkaca mata kelahiran Cek Siti Wan Kembang yang juga dikenali dengan Negeri Serambi Mekah. Mungkin kepenatan hari ini menyebabkan naluri kecil ini mencari bahan ringan yang mampu menghilangkan sedikit kepenatan dalam meyiapkan budget program KEJORA, sepetang bersama dengan jawatankuasa USMB PMRAM dan KPIPM yang baru menerima kedatangan gerompolan mahasiswa baru dari negeri Perak Darul Ridzuan. Saya mungkin dapat tersenyum dengan penuh harapan dan menyakini bahawa rantain perjuangan menegakkan agama suci tidak akan terputus dengan kehadiran mereka-mereka yang ikhlas dalam dalam mendalami ilmu agama. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ahlan wasahlan kepada seluruh mahasiswa yang bertekad untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama. Saya yakin kepada mereka yang memilih bumi Kinanah ini sebagai destinasi mereka untuk menyelami dasar laut yang dipenuhi dengan permata-permata ilmu yang mungkin tersembunyi disebalik butir pasir yang memenuhi kota binaan Fathimiah.

Terlelap pada malamnya, namun handset dahulu dicari selepas terjaga dar lena…ada 2 panggilan tidak dijawab, baru saya sedar ada janji dengan seorang teman. Kemudian mencari naskah WCBS untuk untuk ditatap… Watak Amir yang cukup berpegang dengan prinsip sebagai seorang daripada pewaris nabi dalam mengharungi coretan sketsa kisah cinta yang mula berputik di hati tidak rela digadaikan demi cnta seorang wanita. Apabila seorang anak gadis yang cukup nakal bersama kawan-kawannya rela berubah dengan penuh harapan dapat mengisi ruangan hidup si Amir yang begitu tegas dalam menghadapi musibah yang menimpanya.

Kekaguman dengan Penulisan yang menjadi detik cinta Wardah bermula dalam WARKAH CINTA BERBAU SYURGA yang diakhiri dengan pengakhiran hidup Wardah dengan penuh harapan yang mampu ditangisi oleh Amir cukup menyentuh kalbu, saya bukan seorang yang suka kepada novel, bahan bacaan yang berat ini akhirnya dapat ku tamati, mungkin jejaka tampan becermin mata Ubaidillah yang pernah saya berjumpa ketika pernah menjemput beliau untuk menjadi pengisi dalam program kepimpinan ketika bersama dengan teman-teman PMKIAS sesi 2003/2004 dibawah pimpinan saudara Anas Ramli. Para peserta pada waktu tu Ayah Jid SU KPKM, Rahim pengarah PROSMA PMRAM dan pengarah PESAT, Abu Hussain ekonomi KPKM, Aza Firdaus SU Dewan Perwakilan Tanta, Thoha exco KPKM, Rosriana Unit Dakwah HEWI KPKM, Nur Mazni HEWI PMRAM,dan ramai lagi yang menjadi kepimpinan di Bumi anbiya’ ini tak dapat disebut sebagai peserta pada masa itu.


Saya mungkin dapat meneruskan bacaan sebaris demi sebaris dan terus perenggan ke muka seterusnya kerana landskap ceritanya berlatar belakang tempat pengajian yang pernah saya lalui. 3 tahun menamatkan pengajian di Nilam Puri dapat bayangkan bagaimana hidup Wardah ketika di Akademi pengajian Islam UM, Maahad Tahfiz Pulai Condong yang melahirkan seorang penulis muda bersama dengan sidang Ridaksinya bersama dengan Jali, Rahim…dan Wardah di Naim Lil Banatnya bersama dengan Tasnim dan seorang lagi rakan kenakalan mereka. Aduh kekadang mengimbau kisah-kisah kehidupan saya selama 4 tahun memilih Kelantan dibawah kepimpinan Tok Guru sebagai lubuk untuk diselami mencari pelbagai ilmu termasuk dalam ilmu kepimpinan, kemasyarakatan, dan budaya anak watan setempat. Alhamdullah inilah yang mematangkan diri saya untuk membaluti keperibadian bagi meneruskan cita-cita seorang ayah. Seterusnya apabila mesir menjadi pilihan untuk menjadi jalan cerita kehidupan seterusnya yang dipilih oleh penulis menambah minat ini untuk terus membelek sinopsis selepasnya, aduh! Kehadiran Balqis dalam cerita ini, membuat ana yakin penulis cuba untuk menyatakan kepada pembaca bahawa prinsip sebagai seorang pewaris nabi dalam mengharungi hamparan percintaan akan diteruskan. Prinsip ini bukan hanya untuk Wardah sahaja, namun jika Balqis yang menghamparkannya maka itulah jua. Sebagai seorang yang tidak mudah melafazkan kalam cinta kepada yang tidak selayaknya, menyakini jodoh ditangan tuhan, membatasi pergaulan antara kumbang dengan harum mewangi kumtuman bunga. Aduh bersastera pulak saya…


Terima kasih kepada Ustaz Ubaidillah, konsep teguran dan pengajaran ISLAM dalam novel mampu memberi kesan kepada pembacanya. Siapa yang belum sempat membacanya, saya sarankan agar novel ini menjadi pilihan untuk penggemar-penggermar novel.
Patutlah masyarakat arab terkesan dengan keunikan bahasa Al-Quran, kaum Quraiys yang sastera bicaranya pasti akan terpegun dengan setiap kalam tuhan. Begitu juga dengan penulisan-penulisan berbahasa melayu yang berbaur seni dalam ungkapannya mampu memberikan kepuasan kepada pembacanya. Ya Allah! Berikanlah daku kepuasan dalam melafazkan setiap kalimahmu!

No comments: