Tuesday, August 4, 2009

KES H1N1; LEBIH BANYAK SEKOLAH LAGI AKAN DITUTUP



Sehingga kini sudah 8 kes kematian disebabkan H1N1 dicatatkan dan akan lebih banyak lagi kes penutupan sekolah dan institusi pendidikan tinggi akan diberhentikan seketika perjalanan pengajian. Ini berikutan kes H1N1 merebak secara meluas dan kebanyakan mereka yang dijangkiti adalah pelajar sekolah.

Kedah mencatatkan bilangan pesakit teramai yang disyaki dijangkiti Virus ini. seramai 182 sehingga kini menjadi tumpuan untuk mendapat rawatan dan dikuarintinkan. Kementerian Kesihatan sehingga kini masih mampu untuk mengeluarkan angka mereka yang disyaki dijangkiti dan disahkan kematian. Tindakan segera untuk mencegah dari merebak perlu segera dicari.

Saya yakin sekiranya tindakan tidak diambil dengan segera lebih banyak lagi angka bilangan sekolah yang akan ditutup.

Apa yang peliknya, kebanyakan mereka yang terlibat adalah dari kalangan pelajar sekolah, dan banyak sekolah diberhentikan operasinya kerana disahkan wabak atau virus ini [selsema babi] telah merebak secara meluas.

SAR dan H1N1

Saya masih ingat lagi bagaimana nasib Sekolah Agama Rakyat yang terpaksa tutup operasinya kerana tidak mampu menampung pembelanjaan operasi Sekolah hasil daripada penarikan wang berkapita yang diberikan sebelum ini oleh kerajaan.

Ramai tenaga pengajar cabut lari ke Sekolah Menengah Kementerian, ini juga sebagai tawaran oleh pihak kerajaan untuk membela nasib guru SAR kononnya. Sekolah Agama Rakyat ditutup. Tertutupnya SAR, maka tertutuplah lubuk pendidikan agama kepada anak bangsa kita. Perasaan sedih pada ketka itu, sudah cukup memberikan rasa benci kepada kerajaan dibawah pimpinan UMNO.

SAR didakwa tempat melahirkan pengganas, tempat menghasut pelajar membenci pemimpin negara. Itulah dakwaan mereka. Maka arahan penutupan dan pengharaman perlu segera diberi. Akhirnya ibu bapa yang melihat masa depan anak-anak mereka tergadai terpaksa menitiskan air mata ketika sedang menoreh getah, membajak sawah dengan titisan titisan kepiluan. Apakah nasib anak-anakku ini jika pendidikan agama mereka sudah tidak ada? Kemana mereka nak hidup dengan tidak ada pengangan agama?

Dulu kamu sebagai kerajaan Malaysia mengarahkan agar SAR perlu tutup, dan hari Allah sebagai pemerintah Alam memerintahkan Sekolah kementeran kamu perlu ditutup. Cepat sungguh Allah balasinya yer. Inilah iktibar yang perlu kita ambil jika menentang dan merancang untuk menjatuhkan agama Allah, Allah sehebat perancang untuk memusnahkan kamu.

Ya Allah! Engkau jauhkanlah rakyat Malaysia dari malapetaka ini,jauhilah keluarga, jiran tetangga kami dari wabak yang membunuh ini. engkaulah maha penyembuh, aku yang kerdil ini memohon kepada mu… terimalah doa hambamu ini… amin..ya rabb..ya Rabb!

No comments: