Tuesday, August 4, 2009

ROMBONGAN KERAJAAN MAHKAMAH KE MESIR?



5 Ogos 2009 merupakan satu tarikh yang ditunggu buat anak-anak Perak yang menuntut di pelembahan Nil ini, apabila rombongan Kerajaan Mahkamah Negeri Perak akan tiba di Mesir.

Kehadiran mereka atas nama kerajaan rakyat perak, merupakan satu tindakan yang memalukan. Kerana rakyat Malaysia dan Perak tidak mengiktiraf kerajaan ini. Yang memberi nama mereka ini mewakili kerajaan perak adalah mahkamah. Maka lebih baik datang dengan nama kerajaan Mahkamah dan bukan kerajaan rakyat.

Adakah mahasiswa perak akan menyambut rombongan ini atas nama kerajaan rakyat Perak? Merampas kuasa dengan sedemikian rupa seolah-olah tregedi rompokan terancang terhadap kerajaan Rakyat yang dilakukan oleh penyamun-penyamun yang masih bebas berkeliaran tanpa ada sebarang tindakan tangkapan terhadap mereka.

Saya sebagai seorang mahasiswa amat malu untuk mengaku dan bergembira dengan kehadiran mereka-mereka yang merompak kerajaan rakyat. Sama sekali tidak akan memberi pengiktirafan itu. Namun kedatangan rombongan sebagai wakil rakyat amatlah dialu-alukan. maka layanan sebagai tetamu tetap akan diberikan.

Kerana saya tahu untuk memberi status rombongan kerajaan memerlukan pengorbanan daripada rakyat untuk memilih mereka, mereka terpaksa berdepan dengan penipuan, penindasan, kezaliman dan pembobrokkan yang dilakukan oleh UMNO dan BN. Sedangkan rombongan ini datang hanya dengan keputusan dari seorang hakim yang disuap dalam mulutnya najis yang dikira bernilai untuk hidup dibumi tetapi azab dineraka nanti.

Buat seluruh rakyat Perak, mereka yang diibaratkan seperti katak [saya Cuma pinjam dari nukilan rakyat Perak] juga turut sama dalam rombongan ini. Mungkin dua orang YB[Yang Bohong] ini akan memakai topeng menutup muka mereka. Mana nak letak muka mereka itu sekiranya sudah jelas buat mahasiswa disini aksi mereka melompat-lompat itu dalam peristiwa rampasan kuasa dari kerajaan Mahkamah terhadap kerajaan Perak.

tiga tuntutan kepada rombongan kerajaan mahkamah;-

1. Menuntut supaya pembubaran DUN dilakukan.

Untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sebuah kerajaan yang telus, adil dan amanah maka dalam situasi ini rakyat amat mengharapkan tindakan pembubaran DUN dilakukan segera mungkin.

Memberi hak untuk rakyat memilih pemimpin yang mereka ingini, jangan menggunakan kuasa dictator seperti ini untuk memimpin rakyat. Rakyat bukan binatang yang boleh dicucuk hidung mereka untuk ditarik kesana kemari. Berikan kebebasan kepada mereka untuk bersama dengan Dato’ Seri Nizar atau Zambry.

Kerajaan sekarang bukan kerajaan pilihan rakyat tetapi kerajaan pilihan mahkamah. Penduduk negeri Perak bukan hanya Hakim sahaja dan peguam tetapi kuasa sebenarnya terletak pada rakyat.

2. Menghapuskan undang-undang ISA.

Penjara kemunting yang menjadi tempat tumpuan utama berita seluruh dunia dengan penangkapan rakyat dengan menggunakan Akta ISA atas alasan undang-undang ini masih diperlukan untuk menjaga keamanan negara. Yang kita tentang adalah penangkapan tanpa sebarang dakwaan dibawa kemahkamah dan kezaliman undang-undang ini.

Rakyat Perak seluruh amat malu sekiranya Akta ISA masih dikekalkan, ini kerana tempat untuk beroperasi akta ini terlelak di negeri mereka. Penjara kemunting sudah cukup menjadi saksi kezaliman kerajaan UMNO dan BN terhadap rakyat.

3. Keluarkan fatwa isu kezaliman ISA.

Kenapa fatwa mengharamkan perhimpunan mansuhkan ISA dikeluarkan tetapi sehingga kini tidak ada fatwa yang dikeluarkan oleh mufti-mufti di negara kita tentang Akta ISA? Jika hokum Haram dikeluarkan oleh mufti-mufti kita, saya pasti apa akan terjadi. Dan jika akta ISA masih diharuskan oleh mufti-mufti kita, maka saya dan anda akan pasti mengenal pasti siapakah Mufti-mufti ini.

Kezaliman yang dilakukan dalam akta ISA ini amat jelas, kemana keadilan? Keadilan merupakan prinsip utama dalam pemerintahan ISLAM. Dalil jelas secara qadi’ disebut dalam al-quran memerintahkan agar tegakkan keadilan dalam hukuman mu, perundangan mu, pemerintahan mu. Melaksanakan keadilan bererti menegakkan agama tuhan, meneruskan kezaliman bererti menentang hokum tuhan.

jiwa kami anak merdeka yang dibina ditengah robohan kota melaka

No comments: