Monday, October 26, 2009

PEJUANG AGAMA UNTUK AGAMA PASTI DIKENANG

Al-Fatihah kepada pemergian Tok Guru Hj Man Sg. Pau atau nama penuh beliau Hj. Abd Rahman Salleh pada 25.10.2009 lebihkurang pukul 7.00 pagi. Almarhum merupakan seorang Guru dan merupakan pencetus kepada tertubuhnya pondok di Sg. Pau Sik, Kedah. Berasal daripada Jerlun, Kedah. Beliau merupakan menantu kepada Tuan Guru Pak Chu Him (Hj. Wan Ibrahim) Pondok Gajah Mati.

Sepanjang hayat beliau, merupakan seoran pejuang Islam dan Guru yang menyediakan tempat belajar bagi masyarakat Sg. Pau dan disekitarnya. Pondok beliau merupakan juga tempat pencetus aktiviti-aktivi PAS kawasan SIK dan cawangan Sg. Pau. Beliau meninggalkan beberapa orang anak yang mampu menyambung perjuangan beliau, Ustaz Wan Badruddin pensyarah Maktab Sultan Abdul Halim, Ustaz Wan Alauddin imam besar Masjid Muzaffar Sg.Petani, Ustazan Ibrahim, pengajar di Sek Agama Bidong dan Ustaz Wan Basyiruddin, Setiausaha kerja PAS Kawasan SIK.

Semuag rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan merupakan kehilangan permata yang besar bagi masyarakat Sg. Pau, Kawasan Sik.

SETIAP YANg HIDUP PASTI AKAN MATI.



ALFATIHAH

assalamualaikum

Ana dan seluruh kepimpinan MKKK ingin mengucapkan salam takziah kepada saudari Madihah binti Mahzor atas pemergian ibu yang tercinta. Allahyarham Bondanya Aminah binti Darus telah kembali ke rahmatullah pada 24 Oktober 2009 bertempat di Kota Kuala Muda, Kedah.

ana mendapat panggilan naib pengerusi HEWI MKKK ustazah Nadia Ahmad memberitahu tentang pemergian seorang ibu kepada siswi kedah lewat malam semalam. apapun ana dan Pimpinan mengharapkan Ustazah Madihah dapat menerima dengan penuh sabar. yang mati tetap akan berlalu pergi meninggalkan kita dan yang pasti, kita yang hidup, masih lagi perlu meneruskan cita-cita dan langkah seterusnya untuk memenuhi skeksa perjuangan di bumi Allah ini.

Marilah sama-sama kita mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama dengan mereka yang beriman.

Sunday, October 25, 2009

PMRAM; FITNAH MEMBUNUH KESATUAN MEMBANGKIT PERSEKETAAN


Fitnah adalah satu malapetaka yang membinasakan. Sememangnya Islam memberi perhatian serius terhadap bahaya fitnah sehingga disebut implikasinya lebih buruk dari membunuh.

Fitnah secara umumnya adalah pencetus sengketa justeru ia sering membabitkan tuduhan tanpa bukti, prasangka tanpa asas dan persepsi yang salah. Malah fitnah sering beriringan dengan dendam atau sekurang-kurangnya rasa tidak puas hati terhadap pihak yang lain.

Ia juga seperti harimau yang sedang tidur. Sesiapa sahaja yang mengejutkannya dari tidur yang nyenyak hanya membuatkan harimau itu bingkas dan menerkam.

Sedikit sahaja percubaan meniup api fitnah, ia akan menyala dan menyambar.

Fitnah juga boleh tercetus dalam pelbagai situasi juga dari aneka posisi. Lantaran itu, berhati-hatilah kerana fitnah adalah agenda syaitan yang pastinya ingin melihat para pejuang Islam berantakan sesama sendiri.

Semoga kita dipelihara oleh Allah swt daripada kebinasaan ini. Jauhi fitnah malah jangan sekali-kali berjinak-jinak dengan fitnah.

Jika ingin membuat tuduhan, pastikan ada bukti yang kukuh dan jelas.

Jika mahu mengandai atau menyangka, pastikan andaian atau sangkaan itu baik. Jika mahu membentuk persepsi, bentuklah persepsi yang tepat dan benar.

Terlebih wajar sikap itu diambil tatkala kita berhadapan dengan sahabat seperjuangan. Meskipun wujud perbedaan pandangan dan kelainan tindakan di kalangan anggota PMRAM, ia tidak menghalalkan kita mencetus dan menabur fitnah.

Fitnah yang dicetus samalah kita menikam dan membunuh sahabat seperjuangan kita bahkan kesannya lebih kejam. Hanya dengan sebab fitnah, persaudaraan entah ke mana dan persahabatan entah ke mana. Maka terbuktilah bahawasanya lidah ini lebih tajam daripada mata pedang. Fitnah juga menyebabkan luka lama akan kembali berdarah dan seterusnya akan membarah jika tidak dipangkas secara tuntas.

Mengelak agar fitnah tidak terus subur menjadi tanggungjawab kita semua dengan memastikan diri kita tidak bercakap dan mengulas dalam perkara yang kita tidak tahu hujung pangkal atau jangan sekali - sekali membentuk sikap dan fikiran semata-mata mendengar dari satu pihak tanpa menilai dengan adil dan memberi peluang kepada pihak lain pula.

Padamkan segera api fitnah dan padam juga semangat dendam yang membara. Tiada siapa yang boleh mengaut keuntungan apabila fitnah ini merebak, sebaliknya PMRAM akan binasa, anggota PMRAM akan berpecah, masa depan perjuangan menjadi suram dan Allah swt akan murka.

Atas nama Allah swt kita bersyahadah, kitab suci al-Quran menjadi rujukan bersama dan mendaulatkan Islam adalah matlamat kita, maka saya menyeru semua pihak agar kita bertaut kembali di atas nokhtah yang sama ini.

Tiada yang membezakan kita dan tiada siapa yang boleh menjarakkan kita kecuali kita sengaja melakukannya atau kita sengaja membuka ruang kepada agen-agen musuh untuk menyelinap masuk merosakkan PMRAM dan kesatuan kita dari dalam.

Marilah kita menghayati kembali roh berpersatuan yang berpaksi atas semangat ukhuwah fillah yang utuh lagi intim. Jangan pula kita seronok melihat kesatuan kita retak dan hubungan kita rosak dan musnah.

Mungkin banyak perkara terpaksa kita korbankan khasnya perasaan kita agar PMRAM, kesatuan dan ukhuwah kita kembali pulih malah lebih baik dari sebelumnya. Ini tidak mustahil dan kita boleh melakukannya demi Islam.

FITNAH DIMANA SAHAJA...

kepada para pembaca budiman, artikle ini ana ambil dari blog ustaz nasarudin tontowi kekanda kami, dimana-mana pasti ada fitnah, maka ana menyeru kepada semua mereka yang bergelar muslim dan mukmin, janganlah sesekali membenarkan fitnah itu hidup dalam perjuangan kita, kepada mereka yang menerima tamparan dari fitnah,yakin dan percaya Allah juga menyediakan balasan kepada mereka yang mulutnya celupar menyebar fitnah.

kepada kekanda nasarudin, ana mintak izin tulisan kekanda untuk dimasukkan dalam blog ana. semoga perjuangan ini terus dipandu oleh mereka yang penuh dengan keikhlasan.

1. Fitnah adalah satu malapetaka yang membinasakan . Sememangnya Islam memberi perhatian serius terhadap bahaya fitnah sehingga disebut implikasinya lebih buruk dari membunuh .

2. Fitnah secara umumnya adalah pencetus sengketa justeru ia sering membabitkan tuduhan tanpa bukti , pra sangka tanpa asas dan persepsi yang salah . Malah fitnah sering beriringan dengan dendam atau sekurang - kurangnya rasa tidak puas hati terhadap pihak yang lain .

3. Ia juga seperti harimau yang sedang tidur . Sesiapa sahaja yang mengejutkannya dari tidur yang nyenyak hanya membuatkan harimau itu bingkas dan menerkam . Sedikit sahaja percubaan meniup api fitnah , ia akan menyala dan menyambar .

4. Fitnah jua boleh tercetus dalam pelbagai situasi juga dari aneka posisi . Lantaran itu , berhati - hatilah kerana fitnah adalah agenda syaithan yang pastinya ingin melihat para pejuang Islam berantakan sesama sendiri .

5. Semoga kita dipelihara oleh Allah swt daripada kebinasaan ini . Jauhi fitnah malah jangan sekali - kali berjinak - jinak dengan fitnah . Jika ingin membuat tuduhan , pastikan ada bukti yang kukuh dan jelas . Jika mahu mengandai atau menyangka , pastikan andaian atau sangkaan itu baik . Jika mahu membentuk persepsi , bentuklah persepsi yang tepat dan benar .

6. Terlebih wajar sikap itu diambil tatkala kita berhadapan dengan sahabat seperjuangan . Meskipun wujud perbedaan pandangan dan kelainan tindakan dikalangan anggota jamaah , ianya tidak menghalalkan kita mencetus dan menabur fitnah . Fitnah yang dicetus samalah kita menikam dan membunuh sahabat seperjuangan kita bahkan kesannya lebih kejam .

7. Mengelak agar fitnah tidak terus subur menjadi tanggungjawab kita semua dengan memastikan diri kita tidak bercakap dan mengulas dalam perkara yang kita tidak tahu hujung pangkal atau jangan sekali - sekali membentuk sikap dan fikiran semata - mata mendengar dari satu pihak tanpa menilai dengan adil dan memberi peluang kepada pihak lain pula .

8. Padam segera api fitnah dan padam juga semangat dendam yang membara . Tiada siapa yang boleh mengaut keuntungan apabila fitnah ini merebak , sebaliknya jamaah akan binasa , anggota jamaah akan berpecah , masa depan perjuangan menjadi suram dan Allah swt akan murka .

9. Atas nama Allah swt kita bersyahadah , kitab suci al Quran menjadi rujukan bersama dan mendaulatkan Islam adalah matlamat kita , maka saya menyeru semua pihak agar kita bertaut kembali di atas nokhtah yang sama ini . Tiada yang membezakan kita dan tiada siapa yang boleh menjarakkan kita kecuali kita sengaja melakukannya atau kita sengaja membuka ruang kepada agent - agent musuh untuk menyelinap masuk merosakkan jamaah dari dalam .

10. Marilah kita menghayati kembali ruh berjamaah yang berpaksi di atas semangat ukhuwwah fillah yang utuh lagi intim . Jangan pula kita seronok melihat jamaah retak dan hubungan kita rosak . Mungkin banyak perkara terpaksa kita korbankan khasnya perasaan kita agar jamaah dan ukhuwwah kita kembali pulih malah lebih baik dari sebelumnya . Ianya tidak mustahil dan kita boleh melakukannya demi Islam .

Friday, October 23, 2009

coretan pertama sebagai YDP MKKK 09/10




03 nov 2009 tarikh yang menemukan aku dan rakan-rakan untuk berada di satu posisi yang tak pernah ku bayangi. Akhirnya aku pasrah menerima ia sabagai satu tanggung jawab yang besar untuk ku dan rakan-rakan pikul bersama.

Dipilih menjadi pemimpin bukan untuk memiliki kemulian namun ia satu tugasan pentaklifan yang perlu kepada kesungguhan bekerja demi memastikan visi dan misi membawa bahtera Majlis Kebajikan Keluarga Kedah Mesir [MKKK] ke garisan penamat dengan jayanya.

Agenda perubahan merupakan satu perkara yang penting dalam tampuk kepimpinan baru. Ku bersyukur kepada Allah kerana dalam tampuk kepimpinan baru MKKK dibarisi mereka yang memiliki kelebihan dan kemahiran yang berbeza dan matlamat yang sama. Dengan perbezaan dan persamaan itu akan mampu untuk menguatkan kekuatan bahtera MKKK untuk mencapai segala visi dan misi yang akan dibincangkan secara bersama selepas ini.

AGENDA KESATUAN

Kesatuan menjadi agenda utama dalam pembawakan kepimpinan kali ini. Sudah lama hati ini ingin melihat anak-anak kedah bersatu dan berjuang untuk mendaulatkan agama ISLAM yang suci ini. Memperjuangkan kesyumulan ISLAM merupakan satu kewajipan, begitu juga memperkuatkan persaudaraan juga satu kewajipan. Memperjuangkan kesyumulan islam tanpa menghiraukan kesatuan merupakan satu kesilapan dan bida’ah dalam perjuangan ISLAM.

Kesatuan kita bukan pada loghat, bukan pada localitinya, tetapi jauh daripada itu kita bersatu kerana akidah kita yang sama. Menyembah tuhan yang satu, berkiblatkan ka’abah yang satu. Memiliki kitab yang satu. Bernabikan Saidina Muhammad utusan buat umat terakhir. Jesteru itu, mari kita sama-sama membawa bahtera ini kearah kesatuan ISLAM yang tidak terbatas ummatnya.

Syarat kemenangan dan mendapat pertolongan Allah adalah dengan kekuatan iman dan kekuatan kesatuan. Allah tidak menjanjikan kemenangan kepada mereka yang melengkapi sepenuhnya kelengkapan perang. Tetapi pertolongan bersama mereka yang kuat imannya dan teguh kesatuannya. Marilah kita sama-sama menggerakkan langkah persaudaraan sebagai langkah pertama untuk langkah-langkah mencapai kemenangan ISLAM.

KESATUAN FIKRAH KESATUAN AMAL

Perselisihan pendapat merupakan satu kekuatan buat kesatuan. Berselisih pendapat yang junjungan Nabi dan para Sahabat ajari adalah kita bebas untuk berbeza pandangan dalam sesuatu perkara tetapi tidak pada jemaahnya. Maka kerana Nabi mengajar untuk memberi ketaatan kepada satu kepimpinan.
Maka apabila kita berjaya membawa perbezaan pendapat dalam satu jemaah ini tanpa keluar jemaah, ia akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengembalikan sinar mutiara kegemilangan ISLAM bukan sinar kaca kemenangan ISLAM. jihad dan usaha kita adalah untuk menjelaskan FIKRAH ISLAMIYYAH dan BEKERJA KEARAH PEMBINAAN NEGARA ISLAM.

MKKK & PMRAM

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM] yang penubuhannya diawal 1930, enam tahun selepas kejatuhan khilafah Islamiyyah di Kota Istanbul Turki merupakan satu persatuan yang telah banyak memberi jasa kepada anak-anak bangsa melayu yang menuntut di perlembahan Nil ini. Jasanya dari sudut kebajikan, pendidikan, dan pentarbiyyahan yang menjadi agenda untuk direalisasikan tiada siapa yang dapat nafikan.
Sehinggakan sejarah telah mencatatkan nama seperti Allahyarham Zulkifli Muhammad membarisi bersama dengan mereka yang meniup semangat kemerdekaan tanah air kita. Allahyarham yang mendaftar keahliannya pada 20 oktober 1947. Beliau juga dilantik sebagai ketua penerangan pada tahun tersebut dan Juga pernah memimpin PMRAM pada tahun 1948 sebagai ketua umum persatuan putera semenanjung PPM nama PMRAM ketika itu. Dan ramai lagi nama-nama pejuang-pejuang yang pernah bersama PMRAM turuk berjuang untuk perjungan ISLAM dan menyuarakan kebangkitan rakyat menentang kezaliman.Terdapat 12 BKAN dan 8 DPM yang bernaung dibawah PMRAM pusat. BKAN dan DPM menjadi cawangan kepada PMRAM pusat dalam sturuktur pentadbirannya.
PMRAM PUSAT banyak memainkan peranan dalam menyatukan anak-anak kedah mesir dengan mahasiswa luar [negeri lain]. Dengan percampuran pergaulan yang sihat ini maka ia akan mengiratkan lagi hubungan anak-anak kedah dengan mereka yang berloghat Perak, Pulau Mutiara, Melaka. Johor, Klate, Ganu, Selangor, Kuala Lumpur, N9, dan negeri-negeri lain. Percambahan minda juga berlaku apabila mereka bersama dengan aktiviti pengajian, perbentangan, perbincangan, dan lain-lainnya. Maka PMRAM PUSAT meletakkan agenda kesatuan seluruh mahasiswa/wi yang berada di perlembahan Nil ini sebagai agenda utama dalam perjuangannya.

MKKK yang menjadi cawangan PMRAM buat anak-anak kedah Mesir merupakan satu contoh taadud jemaah yang dibenarkan dalam ISLAM, segala matlamat yang PMRAM telah letakkan maka MKKK akan laksanakan. Begitu juga segala perancangan MKKK dibincangkan dalam mesyuarat PMRAM sebagai pusat dan BKAN dan DPM sebagai cawangannya. PMRAM itu MKKK, MKKK itu PMRAM.
Akhirnya, dengan penuh harap, ku menadah tangan memohon kepada Allah agar memberi pertolongan kepada ku dan rakan-rakan pimpinan untuk memimpin yang tidak pernah ku dan rakan-rakan pinta.

“ya Allah! Satukanlah hati-hati kami[anak-anak kedah] bersama untuk memperjuangkan ISLAM… sekalipun kami ketahui tugas ini bukan mudah, dan kami tidak layak untuk mencapai kemenangan dan pertolonganmu kerana maksiat yang kami lakukan, ku sujud padamu meminta agar diberikan kekuatan biarpun tugas ini menemui jalan perpisahan dengan dunia dan segalanya. Ya Allah! Hambamu ini tidak memiliki kekuatan, cukup kerdil untuk membawa amanah ini, tiada yang lain untuk ku panjatkan doa selain dari mu tuhan… Ya Allah! ketahuilah bahawa hati-hati kami bersatu adalah untuk mencintaimu, bertemu kerana memberi ketaatan kepadamu, bersatu untuk berdakwah kepadamu, berjanji setia untuk mendaulatkan syariatmu, maka ku pohon agar engkau kukuhkanlah tali ribat kami,,berikanlah petunjuk kepada kami jalan yang lurus, penuhilah hidup kami dengan cahaya hidayahmu yang tidak padam, lapangkanlah dada kami dengan sinar iman kepadamu… Ya Allah! Bantulah aku