Monday, September 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA









1 syawal 1429H,akan genaplah raya ke-4 ana beraya di perlembahan Nil ini, kerinduan kepada keluarga dan tanah air cukup terasa, semakin dekat menghampiri semakin membuak-buak bergelora dalam hati ini, manakan tidak, agak lama anak lelaki mereka ini tidak dapat beraya bersama, memory bersama dengan ayah, mak, adik2, dan sanak saudara sepupu-sepupu yang dahulu kecil, tapi sekarang alhamdulillah semuanya dah besar dah, yang dulu bermain dengan abang napi depa, tapi dah malu-malu dah semuanya, seronokkan jika semuanya masih kecil lagi, dapat ajak buat meriam tanah...main mercun dan bunga api...korang (sepupuku) mesti penuh menunggu kepulangan abang napi kat umah..beli tak bunga pi? mercun? kabat? itu jer yang korang tahu tanya...tapi hati ini gembira dengan kehadiran korang walaupun dengan seribu soalan yang sama dilontarkan, abang napi xder adik lelaki...semuanya perempuan... kalau korang datang, hati ini terhibur dengan kenakalan korang...ini mungkin cerita kenakalan zaman remaja dulu, pernah bersama dengan sepupu yang cukup spoting..balik jer jadi imam kat surau...kumpul gerompolan tentera (geng sepupu jerlah) besama dengan bekalan mercun ..perang dengan kampung sebelah... seronokkan...jalan raya kalau berasap tu, xderlah keje orang lain, mesti

b
ebudak dua kampung ni berperang ni...


adik kedua ana ni yang dia tahu mintak tolong abangnyer ni kemas rumah dengan dia, adik kedua plak sebelum ni lah mesti beli pelita kemudian ajak abang dia ni teman untuk pasangkan kat halaman rumah. seolah-olah ada pertandingan hias pelita jer...takut hantu...

ana yakin teman2 semua mesti ada pengalaman raya masing-masing, apapun yang berlalu telah pergi menjadi memory dalam sketsa kisah kehidupan masing-masing...

kepada mak ayah...abang menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan kerana tahun ni tak dapat beraya bersama...tahun ni ayah, mak, shidah, dan adik Imah lain sikit beraya, kerana kak cik jugak tak beraya bersama...abang dan kak cik mintak maap bebanyak yer ayah, mak, shidah, adik imah...

ana nak ambik kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya maap zahir batin kepada ayah, mak, shidah, kak cik ( Banda aceh), adik Imah, keluarga, rakan2 SMAYK, Taqaddum Maarif Pasir Tumbuh, seluruh Graduan dan tenaga pengajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, PBA, Akademi Pengajian Islam UM Nilam Puri...diri ini hanya mampu meminta angin sampaikan salam Aidul Fitri kapada kalian semua dari perlembahan Nil ... semoga salam ini disampaikan sang angin pembawa cerita...

tidak dilupakan jugak kepada Xazhar Tanta, dan seluruh Ahli PMRAM yang berada di Bumi Kinanah ni...jika terkasar bahasa, tercubik, terketuk, yang boleh menyebabkan kalian semua terasa dengan insan ini...maapkanlah segalanya....

ana mendoakan agar raya tahun ni sungguh bermakna kepada kalian seluruh umat islam...

salam aidul fitri
anak dagang yang berwatan

Wednesday, September 24, 2008

SYAHIDNYA SEORANG PEMANDU KERETA UNTUK UMAT ISLAM PALESTINA


SEORANG PEMANDU PALETINA SHAHID MELANGGAR 19 RAKYAT ISRAEL

Bandar Quds- kali ketiga kes pelanggaran yang melibatkan pemandu Palestin dan rakyat Israel berlaku pada tahun ini. Lebih daripada 19 orang yang terlibat dalam serangan (pelanggaran) ini, kebanyakan mereka terdiri daripada tentera israel. Pemandu Palestine ini mengalami kecederaan yang teruk ketika melanggar rakyat Israel ketika itu pada 22-9-2008 sebelum beliau syahid ditembak dengan senjata api.

Bercakap seorang dari kalangan Polis israel dan seorang pemandu Van Ambulan sebuah kereta telah melanggar sekumpulan penduduk Israel di tengah Bandar Quds Barat sehingga menyebabkan 19 orang tercedera akibat pelanggaran tersebut.

Sumber berita Israel memberitahu, tentera penjajah itu telah melepaskan tempakan kepada pemandu kereta tersebut, ini kerana mereka ingin pemandu tersebut mati dengan segera. Sumber juga menjelaskan kebanyakan mereka yang mengalami kecederaan terdiri dari tentera Israel, dua daripadanya mengalami kecedaraan yang parah.

menurut media Palestin, satu kumpulan yang diberi nama "نسور الجليل" telah menyatakan mereka bertanggungjawab diatas pelanggaran kali ini dan dua sebelumnya pada tahun ini.

pada 2-7-2008 tiga orang rakyat Israel terbunuh melalui serangan (pelanggaran) seorang pemandu Palestin dengan kereta jentolaknya sebelum beliau Syahid. Begitu juga pada bulan yang sama 22-7-2008 11 orang penduduk Israel cedera dengan serangan yang sama dilakukan oleh pemandu jentolak warganegara palestin.

berkata pengawal, dengan peningkatan kes-kes seperti ini di masa-masa akhir mengembalikan keadaan menakut-nakutkan oleh tentera penjajah Israel di Bandar suci Quds. maka akan dilihat lagi penindasan demi penindasan akan dilakukan oleh tentera yang tak bermaruah ini terhadapa umat Islam Palestin.

perkara ini dapat dilihat dengan seorang mangsa Maryam Ahmad I'yad 60 tahun barasal dari perkampungan Abu Dais Timur Quds yang terjajah yang terkorban disebabkan penindasan ini, ibu tua ini Syahid pada hari ahad lepas ketika cuba menghalang tentera Israel yang cuba menangkap pelajar-pelajar yang menghuni yang dia sendiri mendiaminya. tentera melempar wanita tua ke tanah dengan berlumuran darah, kemudian ditinggalkan sehingga beliau Syahid.


terjemahan dan tambahan dari http://www.islamonline.net

PENCULIKAN PELANCONG ASING


HARI KE-6 PENCULIKAN PELANCONG ASING DISEMPADAN MESIR SUDAN

Kerajaan sudan hari ini telah mendedah kumpulan penculik kepada 11 pelancong asing di selatan Negara Egypt mereka ini merupakan kerakyatan mesir. Mereka telah memasuki
Sudan bersama dengan 19 tebusan yang diantara mereka terdiri daripada 11 pelancong eropah dan pemandu pelancong berdekatan dengan pergunugan U’wainat dikawan tenggara barat.

Berkata Duta Ali Yusuf Ahmad pengarah pejabat rasmi di Kementerian Luar Negara Sudan tedapat hubungan bersama dan pemusatan diantara Mesir dan Sudan. Tambah beliau lagi sekumpulan wakil daripada kerajaan Mesir sedang berusaha untuk menghantar wakil bertemu dengan kumpulan penculik ini dalam proses usaha untuk membebaskan tebusan.
Menurut wartawan berita Sudan lagi, beliau tidak berhasrat untuk menggunakan tentera untuk memberi jaminan kepada tebusan, beliau berkata; maklumat yang terbaru sehingga sekarang penculik merupakan warganegara mesir.

Ali Yusuf lebih cenderung penculikan ini berunsur pengganas, ini secara jelas perkara yang amat ditentang oleh kerajaan Sudan yang memiliki pendirian sendiri dan jelas dalam menangani isu keganasan seperti mana kes yang sebelum ini berlaku dalam rampasan kapal terbang penerbangan dari Niala ke Kurthum.
Sumber daripada Mesir telah menyebut, Kaherah telah mengutuskan kumpulan penyelamat dari polis keamanan Mesir ke Sudan bagi mencari jalan penyelesaian untuk membebaskan tebusan yang berlaku di kawasan sempadan 3 negara iaitu Mesir, Sudan, dan Libya. Kesemua tebusan telah dibawa masuk ke Sudan yang terletak sekitar lebih daripada 11 kilometer dalam negara itu.

Dalam sumber yang lain menyebut kerajaan Sudan telah memberi kebenaran kepada kapal terbang Mesir untuk melalui laluan udara negara itu untuk usaha menjejaki penculik dan tebusan, dan perkara ini menyebabkan tebusan diugut untuk dibunuh sekiranya usaha menjejaki mereka dilakukan.
Mengikut sumber keselamatan Mesir, pihak penculik menuntut wang tebusan sebanyak 6 juta EURO sekitar 8.8 juta USD sebagai pertukaran proses pembebasan tebusan. Dalam itu juga pihak keselamatan dapat memastikan tidak ada dalam kumpulan ini yang mungkin bertindak ganas terhadap mereka yang diculik. Sumber juga memberitahu bahawa pihak keselamatan sedang berusaha untuk berbicara dengan penculik, namun sehingga sekarang tidak dapat menentukan penyelesaiannya.

Sebelum itu, sumber dari pihak keselamatan Mesir; pihak penculik mengancam untuk membunuh sekiranya usaha menjejaki mereka dengan menggunakan cara helicopter pencari diteruskan. Berdasarkan sumber dari Reuters, perkara ini dinafikan oleh menteri pelancongan.

Maklumat pertama yang dipetik dari kementerian perlancongan mesir dan beberapa pejabat kedutaan dari negara eropah di Kaherah menunjukkan kepada pelancong yang diculik adalah 5 orang dari jerman, 5 orang dari warganegara Itali, seorang dari Belanda, dan bersama dengan mereka juga pembantu pelancong warganegara tempatan. Bersama mereka seorang dari pengawal keselamatan sempadan diculik tidak dapat dipastikan.

Apa yang dapat dipastikan perjalanan yang mereka lalui ini satu kawasan yang memerlukan kebenaran dari pihak keselamatan dan surat kebenaran yang bertarikh 16-9-2008 telah dikeluarkan. Pihak keselamatan telah memastikan perkara ini. Mereka yang menggunakan pancuan empat roda untuk melalui kawasan akhirnya diculik.
Terjemah dan ulasan dari http://www.islamonline.net

Tuesday, September 23, 2008


WARKAH CINTA BERBAU SYURGA… NASIHAT UNTUK KU…
Masakin Uthman menjadi saksi, tanggal 23 ramadhan 1429H bersamaan 23 september 2008, apabila kali pertama mata ini terpukau dengan WARKAH CINTA BERBAU SYURGA hasil tangan seorang penulis graduan al-azhar yang bernama Ubaidillah Alias, anak muda yang berkaca mata kelahiran Cek Siti Wan Kembang yang juga dikenali dengan Negeri Serambi Mekah. Mungkin kepenatan hari ini menyebabkan naluri kecil ini mencari bahan ringan yang mampu menghilangkan sedikit kepenatan dalam meyiapkan budget program KEJORA, sepetang bersama dengan jawatankuasa USMB PMRAM dan KPIPM yang baru menerima kedatangan gerompolan mahasiswa baru dari negeri Perak Darul Ridzuan. Saya mungkin dapat tersenyum dengan penuh harapan dan menyakini bahawa rantain perjuangan menegakkan agama suci tidak akan terputus dengan kehadiran mereka-mereka yang ikhlas dalam dalam mendalami ilmu agama. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ahlan wasahlan kepada seluruh mahasiswa yang bertekad untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama. Saya yakin kepada mereka yang memilih bumi Kinanah ini sebagai destinasi mereka untuk menyelami dasar laut yang dipenuhi dengan permata-permata ilmu yang mungkin tersembunyi disebalik butir pasir yang memenuhi kota binaan Fathimiah.

Terlelap pada malamnya, namun handset dahulu dicari selepas terjaga dar lena…ada 2 panggilan tidak dijawab, baru saya sedar ada janji dengan seorang teman. Kemudian mencari naskah WCBS untuk untuk ditatap… Watak Amir yang cukup berpegang dengan prinsip sebagai seorang daripada pewaris nabi dalam mengharungi coretan sketsa kisah cinta yang mula berputik di hati tidak rela digadaikan demi cnta seorang wanita. Apabila seorang anak gadis yang cukup nakal bersama kawan-kawannya rela berubah dengan penuh harapan dapat mengisi ruangan hidup si Amir yang begitu tegas dalam menghadapi musibah yang menimpanya.

Kekaguman dengan Penulisan yang menjadi detik cinta Wardah bermula dalam WARKAH CINTA BERBAU SYURGA yang diakhiri dengan pengakhiran hidup Wardah dengan penuh harapan yang mampu ditangisi oleh Amir cukup menyentuh kalbu, saya bukan seorang yang suka kepada novel, bahan bacaan yang berat ini akhirnya dapat ku tamati, mungkin jejaka tampan becermin mata Ubaidillah yang pernah saya berjumpa ketika pernah menjemput beliau untuk menjadi pengisi dalam program kepimpinan ketika bersama dengan teman-teman PMKIAS sesi 2003/2004 dibawah pimpinan saudara Anas Ramli. Para peserta pada waktu tu Ayah Jid SU KPKM, Rahim pengarah PROSMA PMRAM dan pengarah PESAT, Abu Hussain ekonomi KPKM, Aza Firdaus SU Dewan Perwakilan Tanta, Thoha exco KPKM, Rosriana Unit Dakwah HEWI KPKM, Nur Mazni HEWI PMRAM,dan ramai lagi yang menjadi kepimpinan di Bumi anbiya’ ini tak dapat disebut sebagai peserta pada masa itu.


Saya mungkin dapat meneruskan bacaan sebaris demi sebaris dan terus perenggan ke muka seterusnya kerana landskap ceritanya berlatar belakang tempat pengajian yang pernah saya lalui. 3 tahun menamatkan pengajian di Nilam Puri dapat bayangkan bagaimana hidup Wardah ketika di Akademi pengajian Islam UM, Maahad Tahfiz Pulai Condong yang melahirkan seorang penulis muda bersama dengan sidang Ridaksinya bersama dengan Jali, Rahim…dan Wardah di Naim Lil Banatnya bersama dengan Tasnim dan seorang lagi rakan kenakalan mereka. Aduh kekadang mengimbau kisah-kisah kehidupan saya selama 4 tahun memilih Kelantan dibawah kepimpinan Tok Guru sebagai lubuk untuk diselami mencari pelbagai ilmu termasuk dalam ilmu kepimpinan, kemasyarakatan, dan budaya anak watan setempat. Alhamdullah inilah yang mematangkan diri saya untuk membaluti keperibadian bagi meneruskan cita-cita seorang ayah. Seterusnya apabila mesir menjadi pilihan untuk menjadi jalan cerita kehidupan seterusnya yang dipilih oleh penulis menambah minat ini untuk terus membelek sinopsis selepasnya, aduh! Kehadiran Balqis dalam cerita ini, membuat ana yakin penulis cuba untuk menyatakan kepada pembaca bahawa prinsip sebagai seorang pewaris nabi dalam mengharungi hamparan percintaan akan diteruskan. Prinsip ini bukan hanya untuk Wardah sahaja, namun jika Balqis yang menghamparkannya maka itulah jua. Sebagai seorang yang tidak mudah melafazkan kalam cinta kepada yang tidak selayaknya, menyakini jodoh ditangan tuhan, membatasi pergaulan antara kumbang dengan harum mewangi kumtuman bunga. Aduh bersastera pulak saya…


Terima kasih kepada Ustaz Ubaidillah, konsep teguran dan pengajaran ISLAM dalam novel mampu memberi kesan kepada pembacanya. Siapa yang belum sempat membacanya, saya sarankan agar novel ini menjadi pilihan untuk penggemar-penggermar novel.
Patutlah masyarakat arab terkesan dengan keunikan bahasa Al-Quran, kaum Quraiys yang sastera bicaranya pasti akan terpegun dengan setiap kalam tuhan. Begitu juga dengan penulisan-penulisan berbahasa melayu yang berbaur seni dalam ungkapannya mampu memberikan kepuasan kepada pembacanya. Ya Allah! Berikanlah daku kepuasan dalam melafazkan setiap kalimahmu!

Sunday, September 21, 2008

LAILATUL QADAR KU DI BUMI ANBIYA’

Hari ni telah masuk hari yang ke 21 kita melaksanakan amalan puasa dan ibadat-ibadat lain dalam bulan Ramadhan, ini bererti kita sudah pun meninggalkan sehari dari Sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan, maka hari ini juga menunjukkan angka 9 telah menyedarkan kita bahawa bulan yang menerima kita sebagai tetamunya akan meninggalkan kita dan mampu bersama dengan kita selama 9 hari jer lagi.

Ustura dalam penulisan yang agak lama menyepi ini tidak berhasrat untuk memberi komen tentang perkembangan politik yang berlaku sekitar tanah air dan dunia yang cukup mengejutkan kita, apabila baru-baru ini papan utama pasaran saham dunia jatuh merudum dan sehinggakan Negara kita jatuh sebanyak 1000 angka, pertukaran portfolio perdana menteri daripada memegang kementerian kewangan kepada kementerian pertahanan dan menyerahkan kepada dato’ Najid.

Bukan itu sahaja, tarikh 916 juga agak panas dibincangkan daripada meja kedai kopi sehiggalah meja CEO, saya kira perkara ini juga turut dibincangkan oleh mahasiswa dalam dan luar Negara, kerana perkara ini mungkin akan menyebabkan mereka perlu bersedia untuk mengubah cara berfikir dalam membentuk frame perjuangan mereka. Namun apa pun saya kira isu-isu seperti ini perlulah bermain diminda kita sebagai mahasiswa ini kerana mahasiswa termasuk dalam golongan yang diberi kepercayaan untuk memakai status intellectual dalam membimbing dan memimpin Negara serta masyarakat Negara kita.

Jika kami di mesir, peristiwa batu runtuh yang berlaku di Duwaiqah yang terletak berdekatan dengan Bukit Muaqqatam dalam Muhafazah Kaherah cukup menyayatkan hati, sehingga kini mangsa yang terbunuh telah melebihi daripada seratus mangsa dari kalangan kanak-kanak dan dewasa. Puluhan rumah mengalami kerosakan dalam peristiwa ini, peristiwa ini berlaku diawal Ramadhan. Alhamdulillah sebahagian daripada mangsa yang terlibat telah diberikan syaqah di satu kawasan rumah flat yang telah siap pembinaannya. Namun saya nak menyeru kepada seluruh mahasiswa mesir agar dapat memberi sumbangan dalam apa sahaja bentuk kepada mangsa penduduk Duwaiqah yang amat memerlukan bantuan daripada kita semua sebagai keperihatinan kita kepada umat Islam, sumbangan ini boleh disalurkan kepada Badan Kebajikan dan Kemanusian PMRAM.

Pada malam ini merupakan malam yang ke 22 bulan Ramadhan, dalam sepuluh yang terakhir ini maka saya nak mengajak semua agar dapat meninggkatkan amalan ibadat kita kepada Allah, ini kerana Nabi Muhammad SAW akan meningkatkan dan menambahkan amal ibadat serta menghidupkan malamnya dengan beriktikaf dan berqiam. Teman-teman semua! pada malam sepuluh yang terakhir ini ada satu malam yang cukup dinanti-nantikan oleh seluruh Umat Muhammadiyyah yang tidak diberikan pada umat-umat yang terdahulu. Lailatulqadar merupakan satu malam yang hebat daripada seribu bulan, dan pada malam ini para malaikat termasuk Jibril akan turun ke langit untuk berdoa kepada Allah memohon keampunan bagi hamba-hamba yang melakukan ibadat kepadanya pada malam ini, sebagai pejuang agama Allah yang sentiasa merancang dan bertindak untuk menyatukan ummat ISLAM haruslah mengambil peluang ini untuk berdoa dan memohon keampuanan kepada Allah moga dosa-dosa lalu yang menjadi penghalang kepada gerak kerja yang suci ini terbantuk memdapat keampunan daripada ALLAH. Ya ALLAH! Ampunilah dosa-dosa seluruh pejuang agamamu, berikanlah kekuatan kepada kami untuk memberi sepenuh tenaga kami kepada perjuangan yang suci ini. Setinggi syukur juga diri ini dipanjatkan kepada Tuhan Pencipta Alam kerana memberi peluang kepada diri yang hina dina ini untuk hidup dalam dalam bulan yang penuh dengan barakah ini. “ Ya Allah! Berkatilah Ramadhan kami pada kali ini.”

Allah memilih apa sahaja yang dia kehendaki, Allah memilih para anbiya’ dari kalangan manusia, dan Allah memilih Ulul a’zmi yang lima dari kalangan para Rasul. Begitu juga Nabi Muhammad SAW sehinggakan baginda digelar penghulu Anbiya’ dan penghulu anak-anak Adam. Apabila kita melihat kepada sirah Rasullullah SAW bagaimana nabi Muhammad SAW memilih para sahabat untuk membantu perjuangan baginda seperti mana Nabi Musa a’laihissalam memilih golongan Hawariyyun dalam meneruskan survivor perjuangan menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Jom kita lihat lagi…Allah memilih JIBRIL dari kalangan para Malaikat dan memilih Mekah di antara tempat yang suci di atas muka bumi ini. Begitu juga dengan pemilihan Ramadhan dari 12 bulan, maka kita melihat malam Lailatulqadar merupakan satu malam pilihan Allah kepada Umat ini sebagai satu kelebihan dan peluang keemasan untuk kita meningkatkan keimanan kepada tuhan yang esa. Kitab suci Al-Quran yang menjadi panduan kepada umat ini untuk meneruskan kehidupan mereka dalam amal ibadat, muamalat, munakahat, perundangan, kehakiman, pentadbiran, politik, dan sebagainya diturunkan pada malam yang suci ini. “bulan ramadhan padanya kami telah turunkan didalamnya al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan daripada petunjuk dan keterangan diantara yang hak dan batil”.

Amru Khalid telah menulis pada ruangan Ramadhan dalam surat khabar Misr Yaum ketika memberi peringatan kepada kita agar tidak terlepas dalam pemilihan ini, ada tiga perkara yang menjadi penyebab kepada kita tidak terpilih untuk berada dalam golongan yang menghidupkan malam Lailatulqadar.

3 perkara itu yang menyebabkan kita akan terlepas dari pemilihan ini iailah:

1. Kelalaian: mereka yang tidak mengambil berat untuk menjadi hamba kepada Allah pada malam ini.

2. Maksiat: iaitu bagi sesiapa yang melakukan maksiat pada siang harinya, maka Allah tidak akan membenarkan mereka untuk beribadat pada malamnya dengan menidurkan mereka ataupun mendatangkan keuzuran yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk bangkit pada malam ini.

3. Permusahan dan dendam kesumat: malam Lailatulqadar hanya bagi orang yang menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Dan insyalah segala permusuhan dan dendam yang sekelumit rasa itu biarkan berlalu dengan kemaafan.

Friday, September 19, 2008

BADAR KUBRO...

BADAR AL KUBRA
Pertembungan antara
Iman dan Kufur

OLEH : kekanda nasarudin tontowi

Ramadhan adalah merupakan Madrasah Jihad yang telah menyaksikan satu peristiwa besar dalam lipatan sejarah kegemilangan Islam , iaitu al – Ghazwatul Badr al – Kubra .

Peristiwa yang berlaku pada tanggal 17 Ramadhan Tahun kedua Hijrah .( 13 March 624 Masehi ) ini adalah peristiwa yang menjadi mercu tanda kehebatan kalimah Tauhid di mata dunia.

Pertembungan antara tentera Muhammad saw. seramai 313 hingga 317 orang dengan tentera yang dipimpin oleh Abu Jahal ibnu Hisyam seramai 1300 orang
[1] , menyaksikan pertarungan sengit dan mendebarkan.

Suatu pertarungan yang mendesak sehingga Baginda Rasul saw. menadah dan mengangkat tangan sehingga jatuh selindang di bahunya, baginda merintih dalam satu munajat yang masyhur:
[2]

اللَّهُمَّ أَنْجِزْنِيْ مَا وَعَدْتَنِيْ . اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِيْ . اللّهُمَّ إِنْ تَهْلِك هَذِهِ الْعِصَابَة لاَ تُعْبَد في الأرض

Ya Allah Ya Tuhanku , tunaikanlah apa yang telah engkau janjikan kepada ku. Ya Allah Ya Tuhanku , kurniakanlah apa yang telah engkau janjikan kepada ku . Ya Allah Ya Tuhanku , Jika binasa battalion ini , nescaya tiada siapa lagi yang menyembahMu di dunia ini .

Perang Badar yang berlaku pada tahun kedua hijrah ini adalah merupakan satu cabaran besar dan tamparan hebat buat Islam yang dipimpin oleh baginda saw. sementara Negara Islam Madinah baru berusia 2 tahun penubuhannya.

Wajah Pejuang yang membawa pulang Kemenangan.

Rasulullah saw. mengambil langkah bermesyuarat terlebih dahulu dengan para sahabat rhm. dalam menentu sikap terhadap isu getir yang sedang dihadapi ummat Islam pada waktu itu.

Apakah para sahabat baginda saw. bersedia untuk berperang dalam keadaan mereka masih di peringkat awal membangunkan Negara Islam yang pertama itu ? atau merancang untuk mengelak dari peperangan ?

Ianya menjadi persoalan yang mesti dirungkai pada waktu itu dalam menentu sikap disaat getir . Nabi saw. memanggil para sahabatnya dari pihak Muhajirin dan Ansar untuk bermesyuarat.

Tanpa lengah , al Miqdad bin al Aswad dari pihak Muhajirin tangkas tampil mengeluarkan kenyataan :


“ Wahai Rasulullah , teruskan apa yang telah ditunjukkan kepada mu oleh Allah nescaya kami bersama , demi Allah kami tidak akan berkata kepadamu sebagaimana berkata Bani Israel kepada Nabi Musa , pergilah kamu bersama tuhanmu , berperanglah kamu berdua , kami mahu tinggal di sini sahaja . Tetapi kami akan berkata : Pergilah kamu bersama tuhanmu , kami pasti akan berperang bersama kamu berdua , maka demi tuhan yang membangkitkan kamu dengan kebenaran.

Kalau engkau berjalan dengan kami ke Birk al Ghimad ( satu tempat yang jauh di Yaman ) nescaya kami pergi bersamamu sehingga sampai walau apa pun yang terjadi .”

Rasulullah saw. memuji sikap tegas yang diambil oleh al Miqdad dan mendoakannya , lantas Rasulullah bersabda :

أَشِيْرُونِي أَيْهاَ النَّاسُ

“ Berilah pendapat kamu wahai Manusia ”

Tiba – tiba tampil Saad bin Muadz Rha. wakil dari Ansar lalu berkata :

وَاللهِ لَكَأَنَّكَ تُرِيْدُنَا ياَ رَسُولَ اللهِ

“ Demi Allah , seperti kamu mahukan kenyataan dari kami pula ya Rasulullah!”

Rasulullah saw. menjawab “ Ya ! ”

Lalu Saad bin Muadz menegaskan :

“ Demi sesungguhnya kami telah beriman kepadamu , percaya kepadamu , kami bersaksi bahawa apa yang kamu datangkan kepada kami itu adalah benar dan kami berikan atas dasar itu janji – janji dan ikatan kesetiaan . Kami sedia mendengar dan taat kepadamu . Maka teruskanlah wahai Rasulullah kepada apa sahaja yang engkau kehendaki.

Maka demi tuhan yang membangkitkan kamu dengan kebenaran , kalau sekiranya kamu bentangkan kepada kami laut yang luas lalu engkau mengharunginya nescaya kami akan mengharunginya bersamamu. Tiada seorang pun diantara kami yang akan berundur kebelakang dan tidaklah kami merasai benci apabila engkau bertemu musuh dan kami akan bersama kamu esok .

Sesungguhnya kami adalah orang – orang yang sabar di medan perang , benar mengotakan apa yang kami kata sekiranya bertempur dengan musuh dan mudah – mudahan Allah membuktikan kepadamu dari kami , apa yang memuaskan hati kamu dengan melihat sendiri apa yang kami lakukan . Marilah kita teruskan perjalanan , mudah – mudahan Allah memberkati kita .” [3]

Mendengar penegasan dari wakil kaum Ansar , Nabi saw terus bangkit dan mengerahkan para sahabat untuk berangkat menuju medan dengan sabdanya :[4]

“ Berangkat dan bergembiralah kamu , sesungguhnya Allah swt. telah berjanji kepadaku salah satu dari dua pasukan ( pasukan pimpinan Abu Sufian atau Abu Jahal ) Demi Allah , seakan – akan aku nampak tempat binasa mereka .”

Saudara Muslimin dan Muslimat sekelian .


Lahirnya peribadi pejuang yang kasihkan agama , semangat mempertahankan agama dan cintakan syahid sebagaimana al Miqdad dan Saad ibn Muadz dalam saf perjuangan Islam (pimpinan Rasulullah saw.) inilah membentuk satu kekuatan gerakan yang tiada taranya . Tidak mungkin mampu dirempuh oleh musuh durjana apatah lagi untuk mengaku tewas sebelum bertarung .

Begitulah kita lihat seorang sahabat yang bernama U’mair ibn al-Hummam , sejurus mendengar pidato Rasulullah saw :[5]

وَ الَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ , لاَ يُقَاتِلُهُمُ الْيَوْمُ رَجُلٌ فَيَقْتُلُ صَابِراً مُحْتَسِبًا , مُقْبِلاً غَيْرَ مُدْبِرٍ إِلاَّ أَدْخَلَهُ اللهُ الْجَنَّةَ .

“ Demi ( Allah ) yang diri Muhammad di dalam genggamannya , Tidaklah seseorang yang berperang menentang mereka ( musyrikin ) hari ini lalu ia berperang ( berjuang ) penuh kesabaran dan penghayatan serta sedia menghadapi musuh tanpa gentar ( berundur ) melainkan Allah akan memasukkanya ke dalam syurga .”

Lalu U’mair mengatakan :


أَفَمَا بَيْنِيْ وَ بَيْنَ أَنْ أَدْخُلَ الْجَنَّةَ إِلاَّ أَنْ يَقْتُلَنِيْ هَؤُلاَء بَخٍّ , بَخٍّ

“ apa lagi yang berada antara aku dengan hasratku memasuki syurga jika tidak kerana mereka membunuhku.”

Kemudian U’mair terus mencampakkan beberapa biji tamar yang berada ditangannya ( yang siap untuk dimakan ) lantas mencapai pedangnya dan ia turun berperang sehingga ia mati syahid .

Wajah yang membawa pertolongan Ilahi dan kemenangan hakiki buat perjuangan Islam sebagaimana watak – watak di atas , membuatkan musuh mengalami kekalahan teruk dalam berhadapan dengan gerakan Islam ini .

Kemenangan seperti ini tidak hanya terhenti pada ghazwatul Badar , tetapi juga pasti akan berlaku di sepanjang zaman , seandainya kita dapat melahirkan watak – watak pejuang sebagaimana mereka .( golongan as – saabiquunal awwaluun )

Allah membantu HambaNya

Setelah baginda saw. bermunajat kepada Allah swt. memohon pertolongan bagi Islam dan ummatnya , maka Allah qabulkan munajat tersebut dengan firmannya :

“ (ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

( Surah al – Anfaal : Ayat 9 – 10 )

Firman Allah swt lagi :

“ (ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka Tetapkanlah (hati) orang-orang Yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang Yang kafir Dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka" (perintah) Yang demikian ialah kerana Sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya; dan sesiapa Yang menentang Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya.”

Saudara Muslimin dan Muslimat sekelian .


Apa yang wajib kita belajar dari Ghazwatul Badar ini ialah :

Optimis bahawa pertembungan antara Iman dan Kufur pasti akan berlaku dan ia pastinya pula berpihak kepada Iman .

Jumlah ( kuantiti ) bukan menjadi perkiraan asas dalam menghadapi kekuatan musuh sebaliknya prestasi ( kualiti ) setiap individu muslim yang menjadi nilaian utama, apakah ia menepati kriteria muslim mujahid yang diredhai oleh Allah swt.

Kecintaan yang tinggi terhadap agama dan kerinduan yang mendalam untuk mati syahid menjadi prestasi utama untuk seorang muslim memiliki kekuatan luar biasa yang tidak mungkin dapat ditewaskan oleh musuh – musuh Islam . Mungkin jasad mereka boleh dibunuh namun Islam , agama yang mereka anut tidak sekali – kali dapat dibunuh .

Pergantungan yang tinggi kepada Allah swt. Justeru kemenangan adalah anugerah Ilahi sementara kita tidak berkeupayaan tanpa pertolongan daripadaNya .

Sabar dan Taqwa antara syarat kemenangan yang mesti dimiliki oleh setiap kita . Firman Allah swt :

Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

( Surah Aali Imran : Ayat : 200 )

Thabat ( tetap pendirian ) dan banyak mengingati Allah oleh para pejuangnya juga merupakan elemen utama yang menarik sokongan dan pertolongan Ilahi dalam setiap pertarungan antara iman dan kufur . Firman Allah swt :

“ Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu bertemu Dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). ”

( Surah al Anfaal : Ayat : 45 )

Jauhi sebarang anasir yang boleh merenggangkan hubungan dan meretakkan ukhuwwah sesama kita kerana ia menjadi satu lubang besar yang membolehkan segala jenis musuh Allah mencerobohinya dan ianya menjadi virus yang akan merosakkan kekuatan kita dari dalam . Firman Allah swt :

“ Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar. ”

Terbunuhnya Firaun Ummat ini .

Ibnu Ishaq menyebut dalam kitabnya Sirah an Nabawiyyah bahawa Muadz bin Amru bin Jamuh telah berjaya merempuh benteng yang dibuat dari lembing dan tombak untuk melindungi Abu Jahal sehingga Muadz berjaya menetak di tengah betis Abu Jahal.

Tiba – tiba anak Abu Jahal ( Ikrimah ) menetak leher Muadz dan terkena tangannya hingga hampir putus. Muadz akhirnya mengheret tangan yang terkulai untuk meneruskan peperangan dan apabila terasa sakit , ia memijak tangannya dan menyentap sehingga putus .

Kemudian Muadz bin A’fra’ menyerang Abu jahal dan berjaya menetaknya sehingga hampir maut . Sejurus itu , datang pula Abdullah bin Mas’ud memancung leher Abu Jahal lalu dibawa kepala Abu Jahal kepada nabi saw . lantas rasulullah saw bersabda :


Kemudian Rasulullah saw. menyambung kenyataannya :

هَذَا فِرْعَوْنَ هَذِهِ اْلأُمَّةِ .

“ Inilah Firaun kepada Ummat Ini ”

Saudara Muslimin dan Muslimat sekelian :

Siapa kata Firaun tidak boleh dikalahkan ? Bukankah ia telah kalah ditangan Nabi Musa as.

Siapa kata Abu Jahal tidak boleh dikalahkan ? Bukankah ia telah tewas ditangan Nabi Kita Muhammad saw.

Siapa kata Rom dan Parsi ( kuasa besar dunia ) tidak boleh dikalahkan ? Bukankah kuasa besar itu tersungkur mencium bumi ditangan Saiyidina Omar al Khattab Rha.

Siapa kata benteng Kostantinapel tidak boleh diruntuhkan ? Bukankah Sultan Muhammad al Fateh telah berjaya menawan dan meruntuhkannya .[6]

Siapa kata tentera Solib tidak boleh dikalahkan ? Bukankah ia telah ditewaskan oleh Sultan Salahuddin al Ayyubi .[7]

Siapa kata Beruang Merah Soviet Union tidak boleh dikalahkan ? Bukankah mereka telah dihalau keluar dan dikalahkan oleh Mujahidin Afghanistan .


Siapa kata Israel tidak boleh dikalahkan ? Bukankah ia telah ditewas dan diaibkan oleh tentera Hizbullah yang hanya seramai 1500 orang .


Siapa yang kata Musuh Allah tidak boleh dikalahkan ?

Sejarah Kegemilangan Islam telah mengemuka jawapan yang jelas bahawa kebhatilan pasti hancur .


“ Dan Katakanlah:" telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap lenyap".”


( Surah al Israa’ : Ayat : 81 )


[1] Fiqhul Harakah fi Sirah an Nabawiyyah . Oleh Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang. Jilid 2 / muka surat 60 – 62 . Cetakan DPF.

[2] At Tabari . Jilid 2 / muka surat 447 . al Bidayah wa an – Nihayah . Jilid 3 / muka surat 272 .

[3] Kisah ini diringkaskan dari pelbagai rujukan , antaranya : Sierah Ibnu Hisyam Jil. 2 / muka surat 187 . at Tabari Jil. 2 / muka surat 434 .

[4] Al – Bidayah wan Nihayah . Jil. 3 / muka surat 262 - 263

[5] Rujuk kisahnya di dalam Kitab al Jihadu fil Islam : Karangan Dr. al - Imam Abdul Halim Mahmud , di bawah tajuk : دور الإيمان في المعركة . M/surat 47 . Terbitan Darul Ma’arif Qaherah .

[6] Penawanan Costantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fatih pada th. 1453

[7] Pada tahun 1187 selepas 82 tahun terjajah oleh tentera Salib (1099-1187)