Friday, October 23, 2009

coretan pertama sebagai YDP MKKK 09/10




03 nov 2009 tarikh yang menemukan aku dan rakan-rakan untuk berada di satu posisi yang tak pernah ku bayangi. Akhirnya aku pasrah menerima ia sabagai satu tanggung jawab yang besar untuk ku dan rakan-rakan pikul bersama.

Dipilih menjadi pemimpin bukan untuk memiliki kemulian namun ia satu tugasan pentaklifan yang perlu kepada kesungguhan bekerja demi memastikan visi dan misi membawa bahtera Majlis Kebajikan Keluarga Kedah Mesir [MKKK] ke garisan penamat dengan jayanya.

Agenda perubahan merupakan satu perkara yang penting dalam tampuk kepimpinan baru. Ku bersyukur kepada Allah kerana dalam tampuk kepimpinan baru MKKK dibarisi mereka yang memiliki kelebihan dan kemahiran yang berbeza dan matlamat yang sama. Dengan perbezaan dan persamaan itu akan mampu untuk menguatkan kekuatan bahtera MKKK untuk mencapai segala visi dan misi yang akan dibincangkan secara bersama selepas ini.

AGENDA KESATUAN

Kesatuan menjadi agenda utama dalam pembawakan kepimpinan kali ini. Sudah lama hati ini ingin melihat anak-anak kedah bersatu dan berjuang untuk mendaulatkan agama ISLAM yang suci ini. Memperjuangkan kesyumulan ISLAM merupakan satu kewajipan, begitu juga memperkuatkan persaudaraan juga satu kewajipan. Memperjuangkan kesyumulan islam tanpa menghiraukan kesatuan merupakan satu kesilapan dan bida’ah dalam perjuangan ISLAM.

Kesatuan kita bukan pada loghat, bukan pada localitinya, tetapi jauh daripada itu kita bersatu kerana akidah kita yang sama. Menyembah tuhan yang satu, berkiblatkan ka’abah yang satu. Memiliki kitab yang satu. Bernabikan Saidina Muhammad utusan buat umat terakhir. Jesteru itu, mari kita sama-sama membawa bahtera ini kearah kesatuan ISLAM yang tidak terbatas ummatnya.

Syarat kemenangan dan mendapat pertolongan Allah adalah dengan kekuatan iman dan kekuatan kesatuan. Allah tidak menjanjikan kemenangan kepada mereka yang melengkapi sepenuhnya kelengkapan perang. Tetapi pertolongan bersama mereka yang kuat imannya dan teguh kesatuannya. Marilah kita sama-sama menggerakkan langkah persaudaraan sebagai langkah pertama untuk langkah-langkah mencapai kemenangan ISLAM.

KESATUAN FIKRAH KESATUAN AMAL

Perselisihan pendapat merupakan satu kekuatan buat kesatuan. Berselisih pendapat yang junjungan Nabi dan para Sahabat ajari adalah kita bebas untuk berbeza pandangan dalam sesuatu perkara tetapi tidak pada jemaahnya. Maka kerana Nabi mengajar untuk memberi ketaatan kepada satu kepimpinan.
Maka apabila kita berjaya membawa perbezaan pendapat dalam satu jemaah ini tanpa keluar jemaah, ia akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengembalikan sinar mutiara kegemilangan ISLAM bukan sinar kaca kemenangan ISLAM. jihad dan usaha kita adalah untuk menjelaskan FIKRAH ISLAMIYYAH dan BEKERJA KEARAH PEMBINAAN NEGARA ISLAM.

MKKK & PMRAM

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM] yang penubuhannya diawal 1930, enam tahun selepas kejatuhan khilafah Islamiyyah di Kota Istanbul Turki merupakan satu persatuan yang telah banyak memberi jasa kepada anak-anak bangsa melayu yang menuntut di perlembahan Nil ini. Jasanya dari sudut kebajikan, pendidikan, dan pentarbiyyahan yang menjadi agenda untuk direalisasikan tiada siapa yang dapat nafikan.
Sehinggakan sejarah telah mencatatkan nama seperti Allahyarham Zulkifli Muhammad membarisi bersama dengan mereka yang meniup semangat kemerdekaan tanah air kita. Allahyarham yang mendaftar keahliannya pada 20 oktober 1947. Beliau juga dilantik sebagai ketua penerangan pada tahun tersebut dan Juga pernah memimpin PMRAM pada tahun 1948 sebagai ketua umum persatuan putera semenanjung PPM nama PMRAM ketika itu. Dan ramai lagi nama-nama pejuang-pejuang yang pernah bersama PMRAM turuk berjuang untuk perjungan ISLAM dan menyuarakan kebangkitan rakyat menentang kezaliman.Terdapat 12 BKAN dan 8 DPM yang bernaung dibawah PMRAM pusat. BKAN dan DPM menjadi cawangan kepada PMRAM pusat dalam sturuktur pentadbirannya.
PMRAM PUSAT banyak memainkan peranan dalam menyatukan anak-anak kedah mesir dengan mahasiswa luar [negeri lain]. Dengan percampuran pergaulan yang sihat ini maka ia akan mengiratkan lagi hubungan anak-anak kedah dengan mereka yang berloghat Perak, Pulau Mutiara, Melaka. Johor, Klate, Ganu, Selangor, Kuala Lumpur, N9, dan negeri-negeri lain. Percambahan minda juga berlaku apabila mereka bersama dengan aktiviti pengajian, perbentangan, perbincangan, dan lain-lainnya. Maka PMRAM PUSAT meletakkan agenda kesatuan seluruh mahasiswa/wi yang berada di perlembahan Nil ini sebagai agenda utama dalam perjuangannya.

MKKK yang menjadi cawangan PMRAM buat anak-anak kedah Mesir merupakan satu contoh taadud jemaah yang dibenarkan dalam ISLAM, segala matlamat yang PMRAM telah letakkan maka MKKK akan laksanakan. Begitu juga segala perancangan MKKK dibincangkan dalam mesyuarat PMRAM sebagai pusat dan BKAN dan DPM sebagai cawangannya. PMRAM itu MKKK, MKKK itu PMRAM.
Akhirnya, dengan penuh harap, ku menadah tangan memohon kepada Allah agar memberi pertolongan kepada ku dan rakan-rakan pimpinan untuk memimpin yang tidak pernah ku dan rakan-rakan pinta.

“ya Allah! Satukanlah hati-hati kami[anak-anak kedah] bersama untuk memperjuangkan ISLAM… sekalipun kami ketahui tugas ini bukan mudah, dan kami tidak layak untuk mencapai kemenangan dan pertolonganmu kerana maksiat yang kami lakukan, ku sujud padamu meminta agar diberikan kekuatan biarpun tugas ini menemui jalan perpisahan dengan dunia dan segalanya. Ya Allah! Hambamu ini tidak memiliki kekuatan, cukup kerdil untuk membawa amanah ini, tiada yang lain untuk ku panjatkan doa selain dari mu tuhan… Ya Allah! ketahuilah bahawa hati-hati kami bersatu adalah untuk mencintaimu, bertemu kerana memberi ketaatan kepadamu, bersatu untuk berdakwah kepadamu, berjanji setia untuk mendaulatkan syariatmu, maka ku pohon agar engkau kukuhkanlah tali ribat kami,,berikanlah petunjuk kepada kami jalan yang lurus, penuhilah hidup kami dengan cahaya hidayahmu yang tidak padam, lapangkanlah dada kami dengan sinar iman kepadamu… Ya Allah! Bantulah aku

3 comments:

haqqani said...

salam ziarah...tahniah di atas perlantikan sebagai pimpinan baru MKKK.

ex-azhari

UmmuL SyabinaR said...

salam singgah..mabruk atas perlantikan. semoga YDP lebih tabah menghadapi segala mcm mehnah. MKKK akn terus mengorak langkah dgn pimpinan baru insyaAllah.

Muhammad Azzam said...

salam, semat abe pi