Wednesday, June 17, 2009

SPM; 10 mata pelajran sahaja?

Mulai tahun depan, calon-calon bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihadkan boleh mengambil 10 mata pelajaran sahaja. selepas ini tidak akan lahir lagi nama mereka yang akan memecah rekod kecemerlangan dalam SPM seperti nama-nama tersebut yang bermula pada tahun 2003 hingga 2008.

Ahmad Atiq Abdul Hamid [SM La Salle Klang, Selangor]14 1A, 1 2A
Nicholas Pang Tze Ping [SM All Saints, Kota Kinabalu,Sabah] 14 1A, 2 2A
Celestina Johnny Bouniu [SM All Saints, Kota Kinabalu,Sabah]16 A
Nur Amalina Che Bakri [SMK Ulu Tiram, Johor]17 1A
Siti Fatimah Mukhtar [Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu, Kelantan]17 1A
Azali Azlan [SMKA Yan, Kedah]20 1A, 1 2A
Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal [Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu, Kelantan]19 1A, 1 2A


Apa yang dapat dilihat sebelum ini beberapa persepsi yang menyatakan dasar pendidikan negara kita berorentasikan peperiksaan yang kebanyakan pelajar yang mendaftar diri untuk sesi pengajian akan berlumba-lumba mendapat pencapaian angka yang terbaik dalam peperiksaan.

Tumpuan kepada dasar pendidikan yang mementingkan tahap keilmuan pada anak bangsa yang perlu dicapai tergelecoh dari landasannya. Akhirnya pihak kementerian menyedari seterusnya melihat perkara ini sebagai pandangan positif dan perubahan perlu dibuat. tahniah kepada kerajaan Malaysia.

Bagi mereka yang mengambil aliran Sains dan Agama, mereka dibenarkan untuk mengambil 11 mata pelajaran termasuk 4 mata pelajaran teras dan 7 elektif. Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian pelajaran berkata keputusan itu diharapkan dapat menyumbangkan kepada pembinaan modal insan yang bukan sahaja mempunyai kekuatan "pendidikan pengetahuan" tetapi juga "pendidikan insaniah".

eh dah lama tidak dengar slogan modal insan selepas kenaikan PM baru ni, kenapa ya?
ISLAM HADHARI digantikan dengan One Malaysian. Adakah Ini bermakna ISLAM HADHARI tidak berjaya menarik perhatian Politik BN terhadap rakyat? selepas ini bermacam slogan akan keluar pulak menggantikan Satu Malaysia.

ISLAM HADHARI merupakan slogan Politik BN, tetapi berapa ramai yang terpedaya dengan make up UMNO sebelum ini? Kelab ISLAM HADHARI yang berada di Mesir tidak ada lagi Plan perancangan dan saya mencadangkan jugak agar dibubarkan. sebelum ini pun kita tidak dapat rasa apa peranan kelab ISLAM HADHARI diletakkan dipelembahan Nil ini.Saya rasa bekas Ahli Parlimen saya pun tak berani dah datang Mesir. Jika dulu Dr Mashitah datang demi penubuhan kelab ini maka Pihak Kelab perlu jemput beliau untuk hadir semula untuk membubarkan kelab ini.

Semestinya ada yang akan mengatakan tidak setuju dengan pandangan ini kerana terlalu keras dan ekstrem dan menyekat kebebasan berpasatuan dan bersuara.

Sementara itu, mengenai cadangan kementerian untuk mewajibkan calon lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan SPM, Muhyiddin berkata hampir 80 peratus daripada keseluruhan maklum balas bersetuju dengan cadangan itu. Ini bermakna Bahasa Inggeris akan dimasukkan kedalam mata pelajaran teras. Saya setuju dengan cadangan tersebut dan mencadangkan mata pelajaran agama seperti Al-Quran dan As-Sunnah tidak termasuk dalam ketegori elektif.

Satu perkara yang saya ingin cadangkan kepada Pihak kementerian agar diwajibkan kepada semua calon yang beragama Islam untuk lulus dalam mata pelajaran al-Quran dan Sunnah. Satu perkara lagi kenapa kerajaan Negara tidak menyedari tentang kepentingan Bahasa Arab? sebagai sebuah negara yang ingin melahirkan Generasi pelapis yang dikenali dengan Modal Insan. maka perlu disedari bahawa dengan memahami Bahasa Arab akan banyak membantu para pelajar untuk menguasai pengkajian dalam aspek pembangunan insan.

Agama Islam merupakan agama yang cukup lengkap sebagai satu pegangan kepada kehidupan manusia yang mementingkan kehidupan akhirat dan dunia sebagai tempat persinggahan sementara yang perlu dipersiapkan dengan pelbagai kelengkapan untuk menuju alam akhirat.

Al-quran dan As-Sunnah merupakan rujukan utama dalam Syariat Islam. Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, As-Sunnah merupakan riwayat dari Saidina Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan dalam bahasa Arab. Maka saya mencadangkan agar perkara ini perlu diambil berat untuk masa depan anak bangsa. kepincangan yang berlaku kepada muda mudi sekarang yang menghadapi masalah sosial adalah berpunca daripada ketidak fahaman agama yang mendalam sehingga mereka tidak merasai unsur kerohanian yang menghubungkan jasad dan roh mereka dengan Allah.

Perkara ini perlu dipertimbangkan sekiranya Pihak kerajaan ingin melihat generasi yang akan dilahirkan oleh Dasar Pendidikan Negara tercapai dengan melahirkan modal insan.

Tuesday, June 16, 2009

GAMIS dan Dr fikrah

Sejak kebelakangan ini, saya melihat GAMIS seolah-olah ingin membuat gempak. Dan saya rasa, tindakan tersebut, kadangkala wajar. Entah, ini sekadar pandangan peribadi. Pada mulanya, mereka memukul, kemudian minta maaf. Hebat juga cara mereka berpolitik. Tetapi, perlu diingat, jangan sampai inginkan PANAS sehinggakan terpaksa mencetuskan fitnah.
Memang tidak dinafikan, mereka rajin mencipta panas itu. Sebelum ini, telah dibahaskan tentang isu SIS, Dewan Ulama’, dan sebagainya. Mereka seolah-olah membangkang sekeras-kerasnya tindakan PAS. Tetapi, akhirnya minta maaf secara terbuka. Hm… sengaja buat gempak. Sepertimana yang saya ingatkan, kalau inginkan gempak pun, jangan sampai timbul fitnah, dan jangan pula berlebih-lebihan. Bimbang tersilap cara…Mereka berjaya melakukan gempak sehinggakan saya sendiri teringin untuk menulis tentang mereka di dalam artikel ini. Artikel ringkas ini bukanlah berniat untuk memburuk-burukkan mereka, dan bukan juga untuk membuat gempak, tetapi sekadar menasihati.
Saya belum cukup gempak untuk menandingi kegempakan mereka selama ini. Dan saya tidak pandai untuk menghasilkan gempak itu. Tetapi saya pandai untuk tidak mencetuskan fitnah.Tetapi bagus juga kepanasan yang dicipta mereka. Kerana ramai orang tersentak dan bertindak untuk memberikan teguran kepada mereka. Ada juga yang mengkritik dan sebagainya. Maka, gempak mereka berjaya menimbulkan kesedaran dan sentakan kepada mereka yang sedang tidur. Tetapi kadangkala, ia berpotensi untuk menghidupkan fitnah yang tidak pernah ada sebelum ini.Maka, nasihat saya secara peribadi, teruskanlah gempak tersebut selagi mana tidak menimbulkan fitnah terhadap golongan mahasiswa. Banyak inisiatif lain yang lebih sesuai, dan lebih selamat.
Tidak perlu bersusah payah untuk membuat gempak, dengan dikepilkan dengan fitnah tanpa disedari. Ia hanya mencemarkan imej mahasiswa, dan mengganggu kefahaman manusia awam.Pastikan gempak anda tidak melibatkan perkara “usul” atau perkara yang berkait dengan pegangan. Contohnya seperti SIS. Kalau nak buat gempak pun, janganlah sampai merobek pegangan. Orang akan beranggapan bahawa SIS dibela oleh GAMIS, sedangkan ia adalah perkara utama. Hasilnya, ia hanya menimbulkan fitnah terhadap mereka.
Kemudian mereka datang meminta maaf. Gempak seperti ini jangan diulangi lagi.Ia hanya menambahkan jahanam kepada Islam. Inilah sepertimana yang saya sebutkan, kalau nak buat gempak, jangan sampai lebih-lebih dan melanggar etika. Ia hanya menimbulkan fitnah, dan merosakkan kefahaman manusia. Orang biasa akan berhujah bahawa “Apa buruknya SIS, GAMIS pun sokong SIS…” Habis… hancur kefahaman manusia biasa. Begitu juga isu Dewan Ulama’.Dan, apa yang perlu diperhatikan ialah tentang “gempak” dan “penjelasan semula”. Orang lebih nampak gempak berbanding penjelasan semula. Penjelasan semula orang tak mandang dah… jadi, risikonya lebih besar. Maka, berpolitiklah dengan baik. Jangan lebih-lebih…
Salam Perjuangan
Dr Fikrah

GAMIS! OH GAMIS...

Alhamdulillah saya ucapkan tahniah dan berbangga kepada Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Mohd Dzul Khairi Mohd Noor yang cukup layak memimpin Persatuan Mahasiswa Islam kerana menggunakan ruang kebebesan bersuara seluas-luasnya, sehingga kini tidak adaaaaaaa... pemimpin yang setanding dengan sdr Mohd Dzul Khairi untuk memimpin mahasiswa..mahasiswa..mahasiswa... hebat betul beliau.
keberanian beliau tegur pemimpin negara yang zalim, beliau tegur pemimpin parti PAS, dan ramai lagi lah yang beliau tegur. beliau tidak mahu lepaskan peluang dan ruang kebebasan bersuara yang di sediakan kepada beliau. rugilah kan jika melepaskan peuang ini. kritikan beliau pun kerap kali saya baca sejak teguran tentang manhaj ... bebas tetapi masih ada batasnya Dzul.. sehinga kini tulisan Sdr Dzul tetap saya baca sebagai seorang adik yang membaca tulisan abangnya.

ini diantara beberapa perkara yang diutarakan oleh beliau dalam lama web rasmi GAMIS

tukar sahaja dewan ulamak kepada dewan dakwah.

Tugas para ulamak mengkaji dan mengeluarkan hukum.
tugas pendakwah dan pendokong PAS yang akan menyampaikan hukum dengan Uslub yang terbaik.

itu tugas ulamak Dzul, tugas saya dan Dzul lah yang akan menyampaikan Haram arak kepada masyarakat [sebagai contoh].

Aduh... Sdr Dzul kenapa sedemikian rupa sekali anda nyatakan pandangan. kenapa anda begitu menonjolkan bahawa anda berfikiran kritis yang kritikal? apakah yang menyebabkan anda seolah-olah memiliki pandangan pemimpin yang kebelakang? adakah anda tahu atas kaedah apa para ulamak yang tidak layak dalam PAS mengeluarkan pandangan hukum tersebut?

anda pernah rujuk dalam sejarah Islam para ulamak yang tidak layak itu rujuk?
akhlak apa yang anda gunakan berpandangan begitu kepada Ulamak? anda cari para ulamak mana yang sama dengan ulamak yang berkorban diri untuk PAS?

saya berasa sedih kerana Sdr Dzul kurang beradab dengan mereka yang mewarisi harta Nabi Muhammad, Dzul! mereka pewaris Nabi.. Dzul... anda seorang pemimpin yang mengejar ruang kebebasan bersuara dan saya tahu anda juga seperti saya yang ingin melihat pada masa hadapan kita memiliki kepimpinan yang berkaliber... adakah Tuan Guru Hj Abdul Awang pernah mengeluarkan apa-apa pandangan yang tidak beradab seperti anda Dzul?

Saya tak bersetuju jika Pas ingin mengharamkan SIS (Sister In Islam), ia menghalang kebebasan bersuara

Saya tidak pandai kerana mungkin saya salah seorang graduan Al-azhar, saya mintak maaf, saya tidak dapat datangkan hujah yang banyak kenapa dan jawapannya, kerana saya bukan alim... tetapi kenapa anda tidak kaitkan pengharaman SIS dengan kenapa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq memerintahkan mereka yang tidak bayar zakat dibunuh eh..? zalimkah?‘extreme kah?

Mereka menggunakan kebebesan pandangan mereka "kami hanya wajib bayar zakat pada saat Baginda Nabi Muhammad SAW hidup, hukum wajib itu telah hilang dengan kewafatan baginda".

Kebebasan ada batasnya Dzul. anda bebas untuk menganut apa agama yang ada diatas muka bumi. itu bagi mereka yang bukan memeluk Islam, namun setelah mereka menganut Agama Suci ini kebebasan anda itu telah terbatas.

Berapa ramai golongan munafik yang dibunuh oleh para sahabat, yang mengaku Nabi selepas Baginda Nabi Muhammad SAW? Adakah Abu Bakar seorang tidak bersedia untuk memimpin umat menggantikan Baginda Nabi Muhammad SAW? disebabkan Khalifah seorang yang Zalim. Ya Allah! Rasa takut sebenarnya walaupun menulis Abu Bakar sebagai seorang yang Zalim.

Pas sebagai ‘extreme party‘. Orang non-muslim akan takut dengan Islam.
Sdr Dzul! kenapa kita menghalang dan mengharamkan sebuah Organisasi Islam yang boleh merosakkan akidah Islam boleh menyebabkan golongan Non Muslim akan takut pada PAS?
Adakah Dzul tidak sedar apa yang pernah PAS perjuangkan tentang Kes Murtad dahulu? kita lawankan... dalam syariat Islam, apa yang diperuntukan kepada mereka yang murtad?

Tetapi kenapa sekarang kita melihat Non Muslim tertarik dengan PAS. begitu banyak kelab-kelab penyokong PAS ditubuhkan. Sisters In Islam dalam tuntutan mereka menyentuh dan mempertikaikan hukum-hukum yang telah jelas dinyatakan didalam Al-Quran. Saya yang tidak alim ini ingin bertanya kepada Sdr Dzul dan kepimpinan GAMIS yang sama bertanggung jawab dengan pandangan Presiden mereka. apakah hukumnya mereka ini? bagaimana akidah mereka?

Allah akan tanam dalam hati Non Muslim Hidayah bulan melalui satu jalan sahaja.

Saya rasa saya perlu meminta maaf di atas segala polemik yang telah berlaku sepanjang saya mencurahkan idea

Adakah Sdr ingin mencari populariti dalam arena kepimpinan yang bersikap kritis? saya tidak menolak pandangan Politik Kampus, kepimpinan Mahasiswa perlu berani menyatakan pandangan dan kritikan kepada mana-mana pihak samada kerajaan ataupun pembangkang. ini akan melahirkan kepimpinan yang berani berdepan dengan setiap isu yang mendatang.

Saya pun memperjuangkan perkara yang sama. saya nak nasihatkan agar anda perlu berhati-hati dan berbicara dengan bicara tuhan. bukan bicara akal yang kita banggakan. Ya Allah! aku memohon agar engkau maafkan sekiranya apa yang aku coretkan ini terdetik kepuasan nafsu. saya sayang kepada kepada Sdr Dzul. kerana sayang inilah saya nasihatkan beliau. nasihatlah dengan penuh adab.

Biasanya lepasan Mesir dinggap ulama walhal ilmu mereka kadang-kadang tidak setara mana. Adakah boleh bercakap Arab itu dipanggil ulama? Jika begitu, orang Arab semua sepatutnya dipanggil ulama.

Dzul! datang mesir, saya tidak serajin rakan yang korbankan sepenuh masa menadah kitab dengan para Alim Ulamak disini dan mereka ini yang memperjuangkan Kesatuan Umat ISLAM. saya pernah belajar IPTS dan pernah Berjiran Dengan IPTA. Saya lalui kedua-duanya, perbezaannya amat ketara.

Saya yakin jika ditanya kepada mereka yang walhal ilmu mereka kadang-kadang tidak setara mana tu adakah mereka A'lim? nescaya mereka akan jawab kami akan duduk paling tidak 10 tahun untuk belajar ilmu agama. itu pun masih tidak cukup. memang betul mereka tidak setara mana, kerana mereka ada sifat rendah diri, tawaduk. kerana orang yang alim jika bersifat bongkak dan sombong nescaya Allah Akan Uji mereka dengan bertambah Ilmu tetapi kurang hidayah. itulah ilmu yang pada orang alim yang menjadi hijab.

Syarat wajib menjadi Ulamak adalah mampu menghayati bahasa Arab jika tidak, mereka tidak layak untuk bergelar ulamak. adakah orang melayu yang faseh bertutur dalam bahasa melayu sudah layak untuk bergelar sasterawan? tidak Dzul... bertutur tidak sama dengan mereka yang mempu menulis, mengarang, dan memahami kalam Tuhan.

Rendahkan diri anda bila berbicara dengan para ulamak. anda yang sebenarnya tidak pandai beruslub, apa guna mendapat Redha manusia jika Murka Allah bersama.

Saya memohon kemaafan sekiranya tersilat bicara yang mengguris jiwa. menetak dada dengan tarian pena diatas pentas blog disini bermula.

salam perjuangan
pimpinlah Gamis dengan penuh Jiwa Haraki Sufi

insan lemah
hanafi Nilam Puri

Sunday, June 14, 2009

Al-Fatihah buat pejuang Islam Dr fathi Yakan..


Allahyarham Dr Fathi Yakan


Seorang pendakwah gerakan Islam yang cukup terkenal Fathi Yakan telah meninggal dunia pada hari sabtu 13 Jun 2009 ketika umurnya mencecah 77 tahun. Beliau dilahirkan pada 9 april 1933. pemergian beliau cukup terasa buat seluruh anak-anak gerakan Islam.

Beliau merupakan ketua kumpulan politik Amal Islami di Lubnan. Selepas mengalami masalah kesihatan beberapa hari, beliau dibawa ke sebuah hospital yang terletak di ibu kota Beirut. Jenazah beliau akan dikebumikan pada ahad di Bandar Trablus.

Dr Fathi Yakan merupakan salah seorang yang paling menonjol dalam menggerakkan Gerakan Islam di Lubnan. Beliau juga merupakan salah seorang daripada generasi yang mengasas Gerakan Islam di sana dan dilantik menjadi Amir yang pertama bagi Jemaah Islam yang menjadi salah satu cawangan Gerakan Islam Ikhwan Muslimin yang berpusat di Mesir.

Beliau juga banyak menghasilkan buku-buku dakwah dan gerakan sehingga lebih dari 35 buah karya hasil penulisan keramat beliau, karyanya bukan hanya Berjaya berada di sekitar Lubnan sahaja namun Berjaya terbang dan tersebar luas keseluruh pelusuk dunia. Karya-karya beliau amat bermakna kepada seluruh anak-anak Gerakan Islam. Usaha menterjemahkan karyanya ke pelbagai bahasa sudah cukup membuktikan terlalu bernilai hasil dari penulisannya.

selain itu beliau diantara mereka yang memainkan peranan dalam perkembangan politik Lubnan, beliau merupakan ahli parlimen Lubnan selama beberapa tahun ketika mengepalai kumpulan politik Amal Islami Lubnan. Beliau juga memainkan peranan dalam menjadi perantaraan diantara umat Islam dan kerajaan Lubnan bagi mengakhiri krisis perselisih fahaman diantara masyarakat Islam dan kerajaan seterusnya menyatukan barisan dalam satu sof.

Diantara peranan beliau ketika krisis peperangan di perkhemahan nahr barid yang terletak diutara lubnan diantara tentera kerajaan dan harakah fatah islami yang tercetus pada tahun 2007. Lihatlah peranannya dalam keserdahanaan beliau dalam memimpin gerakan islam dan kedudukannya yang unggul di mata anak bangsanya.

ini merupakan diantara karya-karya agung beliau;

مشكلات الدعوة والداعية

كيف ندعو إلى الإسلام؟

نحو حركة إسلامية عالمية واحدة

الموسوعة الحركية (جزءان)

ماذا يعني انتمائي للإسلام؟

حركات ومذاهب في ميزان الإسلام

الاستيعاب في حياة الدعوة والدعاة

نحو صحوة إسلامية في مستوى العصر

المناهج التغييرية الإسلامية خلال القرن العشرين

الإسلام فكرة وحركة وانقلاب، الشباب والتغيير

المتساقطون على طريق الدعوة

أبجديات التصور الحركي للعمل الإسلامي

قطوف شائكة من حقل التجارب الإسلامية.

al-Fatihah... semoga Allah menempatkan beliau dikalangan mereka yang dijanjikan syurga dan redhanya. Amin.