Sunday, June 1, 2008

SATU FIKRAH SATU AMAL



Satu fikrah satu amal



Oleh : Hanafi Zulkapli

Mahasiswa ISLAM dibahunya terpunggak seribu harapan yang datang dari pelbagai sudut perlulah menyedari semakin hari semakin berat tanggungan seribu harapan itu, perlu kekadang diheret, kekadang dipikul, kekadang ditolak, dan kekadang perlu dipeluk. Agenda perjuangan mahasiswa dalam arena pembentukan sejak akhir-akhir ini telah dikaburi dek pelbagai racun pemusnah. Perjuangan ini suci jika ia berada dalam lipatan kain puteh yang membalutinya, ia akan kotor, sekiranya diselimuti dengan kekotoran jiwa dan harga diri. “Mahasiswa egen pengubah” slogan keramat yang pernah meletakkan mahasiswa melalui perjuangan mereka berada nun tinggi digunung harapan masyarakat. Suara keramat mereka pernah ketika dahulu mampu menarik kepercayaan masyarakat meletakkan mahasiswa berada dibarisan hadapan dalam membela dan mempertahankan masyarakat. Pernah jari jemari ini meraba-raba untuk memetik bunga semangat yang dahulunya pernah menjadi gilaan masyarakat. Namun semakin dekat jari jemari ini dengan bunga perjuangan ini, baru kutahu rupanya bunga itu berantingkan duri. Tapi mengapa kumbang tidak pernah berputus asa untuk mendekati, sekalipun bunga itu ranting berduri.

“Mahasiswa agen pengubah” ahh…mungkin ia hanya untuk zaman dahulu, tidak di zaman ku, atau ia pemanis mulut untuk zaman ini… pelbagai kemungkinan yang mungkin dirasai dengan pelangi perjuangan mahasiswa. Tingkat atas pelangi mahasiswa mungkin lain yang dijiwainya, peringkat tengah mungkin kabur warnanya, tinggat bawah sudah cukup baginya ataupun sebaliknya. Jika satu ketika dahulu slogan ini dianggap keramat, mungkin ia dibaluti dengan barisan perjuang yang begitu sejati dalam membawa slogan keramat ini sehinggakan kejayaan itu dicapai mungkin dengan tangisan, mungkin dengan tanggan bergari, mungkin juga tidak tidur pagi, dan mungkin perut berikat batu tali. Sebenarnya ia bukan perkara mungkin tapi ia adalah realiti. Adakah kamu menyangka kami akan membiarkan kamu menggunggap kata “kami sudah beriman” sedangkan kamu tidak diuji. Tidak terlambat rasanya bagi kita untuk mencari formula bagi mengembalikan kegemilangan itu untuk kita jiwai. Perjuangan sebenarnya satu agenda yang akan meletakkan mahasiswa pada tempatnya. Sebenarnya slogan keramat itu dari perjuangan, dipakai pada pakaian perjuangan mahasiswa, berada dalam bekas perjuangan mahasiswa, berada dalam perjuanngan kesatuan mahasiswa dan perjuangan bersama mahasiswa. Inilah hebatnya perjuangan, ia diibaratkan seperti bulan yang dikelilingi bintang-bintang yang sentiasa memberi khidmat bagi yang hidup merata dalam kelam malam bersalut derita.

Ayuh kita bersama untuk tatapi keindahan bulan itu! Kita yakin kita mampu untuk mengembalikan sejarah itu untuk kita lakarkan dalam potret perjuangan mahasiswa buat tatapan perjuangan masa depan. Biarlah ia ditatap dan dihayati bagi mereka yang akan mengampai tangan untuk menyambung rantaian perjuangan suci ini. Aku perlukan mereka yang mahu, aku hendak kerelaan mereka yang tidak seteru, aku mencari tangisan malam mu yang akan membawa bahtera lalu, hebat pengorbanan mu, aku mahukan mereka yang ingin melihat umat ini bersatu. Langit tak sentiasa mempamerkan cantik kelipan bintang, hari juga tidak pernah merelakan bulan purnama sentiasa, kerana itu pungguk sentiasa rindukan bulan. Begitu juga dengan perjuanngan, ia tidak rela membiarkan tiang serinya ini disandar dengan kemanisan mainan dunia. Jesteru itu, aku ini sentiasa mencari diri-diri yang tidak mengharapkan serpihan duniawi yang menjadi rebutan manusia duniawi. Kerana ku yakin tiang-tiang seri yang mendokong perjuangan mahasiswa bukanlah mereka cintakan duniawi, nabi pernah memberikan isyarat kepada kita bahayanya manusia duniawi ini. Perkara ini pernah ditakuti baginda, kenapa ia menjadi gilaan sebahagian kita. Ku juga yakin, slogan ini akan mampu untuk kita pacakkan di tengah-tengah kepercayaan masyarakat. Tuai padi sawah bertebing, tuai ilmu berhati suci, Sekiranya kita dapat kuasai ilmu. Tidak ada khilaf ulamak dalam menyatakan ia penting dan tidak penting, ingat tak..? diperumpamakan kelebihan golongan yang menuntut ilmu dengan a’bid seribu tahun juga seperti jutaan bintang dan bulan yang keseorangan. Begitu juga, Perjuangan ini tidak dapat direalisasikan jika kita tidak dapat menyatukan tangis dan tawa mahasiswa, suka dan duka mereka, kita hanya akan Berjaya dengan formula satu fikrah satu amal. Jika perjuangan kita Berjaya untuk menyatukan semua itu, maka kita yakin masyarakat juga akan mempercayai sang mahasiswa ini mampu untuk menyatukan mereka dengan sengat yang cukup berbisa.

Apakah kita tidak lagi dapat melihat jenis apakah mahasiswa yang diinginkan? “penyatuan”…”ayuh kita bersatu!”… “marilah kita bersama!”… “ kita tidak mahu lagi musuh caturkan kita di papan catur pertelingkahan”, kerana coretan sejarah memadai untuk kita insafi, jatuhnya kerajaan islam kerana pemimpin yang suka rakyatnya berpecah belah. inilah yang mereka mahukan dari kepimpinan mahasiswa. Masyarakat menanti-nanti kelompok mahasiswa yang Berjaya memimpin institusi mahasiswa. Percayalah wahai mahasiswa, masyarakat tidak sanggup memberi kepercayaan mereka pada mahasiswa yang sanggup merobet kesatuan sesama mereka. Mahasiswa sebenarnya telah diberi satu kepercayaan dalam social kemasyarakatan untuk menerima status institusi. Ini kerana kita adalah golongan yang terpilih dari jutaan masyarakat, hanya kita sahaja yang terpilih untuk memakai kalungan mahasiswa. Falsafah pilih adalah diantara baik dan buruk atau terbaik dan baik atau terbaik dan paling terbaik. Jadi sekurang-kurangnya kita tahu yang kita sebenarnya berada dalam bekas yang baik. Kepercayaan yang diberi kepada PMRAM untuk menyatukan suara anak melayu di perlembahan Nil merupakan satu benteng yang cukup digeruni pihak musuh. Ayuh! Kita bersama buktikan kepada masyarakat yang kita mampu untuk mengembalikan kepercayaan yang pernah diberikan kepada kita dahulu. Kita bersama untuk pacakkan kembali tiang slogan “ mahasiswa agen perubah" UNTUK KITA SATUKAN UMMAH.

pejabat PMRAM cairo

No comments: