WARKAH BUAT PERANTAU
Keliru, resah dan bergalau
entah bagaimana lagi
mahu dipujuk hati atau
biarkan sahaja ia begini
perjalanan merempuh debu
sesak menebal sinus
menusuk terus trakea
hingga terasa senaknya diafragma
alveolus bagai keracunan
debu apa dahsyat begini
racunkah?
atau ia sememangnya biasa begitu
panas dan menyakitkan
pedih bagai disembilu
butakah hati ini?
Memilih dan menilai
Antara tekanan dan keinginan untuk sendiri
sisa perjalanan diteruskan
tidak tahu mana hujungnya
sinikah atau nun jauh di sana
entah berapa lama lagi
entah sampai bila
kadang mata menjadi saksi
jiwa pula bagaikan di awangan
indah benar
ingin sekali kalau-kalau diizinkan
untuk kekal selamanya begini
tapi sampai bila
entah esok lusa ia pasti menghilang
khilaf sesekali barangkali mainan
sepi, tertusuk, tertikam dan jatuh tersembam
sakit sungguh
hingga mahu sahaja menyerah tewas
ia biasa
bersedia menghadapinya lebih baik
semangat mesti dipujuk
niat perlu dibetulkan
dan yakin hanya pada Azzawajalla
Muhd. Najid Abdullah, Kaherah, 30 Mei 2008, Jumaat, 12.02 pm
muhd.najid abdullah: ku hadiahkan untuk bp napi
No comments:
Post a Comment