Sunday, June 14, 2009

Al-Fatihah buat pejuang Islam Dr fathi Yakan..


Allahyarham Dr Fathi Yakan


Seorang pendakwah gerakan Islam yang cukup terkenal Fathi Yakan telah meninggal dunia pada hari sabtu 13 Jun 2009 ketika umurnya mencecah 77 tahun. Beliau dilahirkan pada 9 april 1933. pemergian beliau cukup terasa buat seluruh anak-anak gerakan Islam.

Beliau merupakan ketua kumpulan politik Amal Islami di Lubnan. Selepas mengalami masalah kesihatan beberapa hari, beliau dibawa ke sebuah hospital yang terletak di ibu kota Beirut. Jenazah beliau akan dikebumikan pada ahad di Bandar Trablus.

Dr Fathi Yakan merupakan salah seorang yang paling menonjol dalam menggerakkan Gerakan Islam di Lubnan. Beliau juga merupakan salah seorang daripada generasi yang mengasas Gerakan Islam di sana dan dilantik menjadi Amir yang pertama bagi Jemaah Islam yang menjadi salah satu cawangan Gerakan Islam Ikhwan Muslimin yang berpusat di Mesir.

Beliau juga banyak menghasilkan buku-buku dakwah dan gerakan sehingga lebih dari 35 buah karya hasil penulisan keramat beliau, karyanya bukan hanya Berjaya berada di sekitar Lubnan sahaja namun Berjaya terbang dan tersebar luas keseluruh pelusuk dunia. Karya-karya beliau amat bermakna kepada seluruh anak-anak Gerakan Islam. Usaha menterjemahkan karyanya ke pelbagai bahasa sudah cukup membuktikan terlalu bernilai hasil dari penulisannya.

selain itu beliau diantara mereka yang memainkan peranan dalam perkembangan politik Lubnan, beliau merupakan ahli parlimen Lubnan selama beberapa tahun ketika mengepalai kumpulan politik Amal Islami Lubnan. Beliau juga memainkan peranan dalam menjadi perantaraan diantara umat Islam dan kerajaan Lubnan bagi mengakhiri krisis perselisih fahaman diantara masyarakat Islam dan kerajaan seterusnya menyatukan barisan dalam satu sof.

Diantara peranan beliau ketika krisis peperangan di perkhemahan nahr barid yang terletak diutara lubnan diantara tentera kerajaan dan harakah fatah islami yang tercetus pada tahun 2007. Lihatlah peranannya dalam keserdahanaan beliau dalam memimpin gerakan islam dan kedudukannya yang unggul di mata anak bangsanya.

ini merupakan diantara karya-karya agung beliau;

مشكلات الدعوة والداعية

كيف ندعو إلى الإسلام؟

نحو حركة إسلامية عالمية واحدة

الموسوعة الحركية (جزءان)

ماذا يعني انتمائي للإسلام؟

حركات ومذاهب في ميزان الإسلام

الاستيعاب في حياة الدعوة والدعاة

نحو صحوة إسلامية في مستوى العصر

المناهج التغييرية الإسلامية خلال القرن العشرين

الإسلام فكرة وحركة وانقلاب، الشباب والتغيير

المتساقطون على طريق الدعوة

أبجديات التصور الحركي للعمل الإسلامي

قطوف شائكة من حقل التجارب الإسلامية.

al-Fatihah... semoga Allah menempatkan beliau dikalangan mereka yang dijanjikan syurga dan redhanya. Amin.

No comments: