Monday, February 2, 2009

GAZA... RAMZU I'ZZAH 4

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih hani.

ARDOGEN TURKEY… WIRA UMAT ISLAM

Keganasan zionis barua menghentam bumi keramat Palestine sejak 61 tahun yang lampau kini telah membuka jendela hati dan perasaan pimpinan negara ISLAM yang dahulu memekak telinga, memejamkan mata tanpa menghiraukan darah yang mengalir, cebisan isi yang terbongkai, rintihan kesakitan derita umat palestina. Pada hari kita masih dapat lihat masih ada lagi negara umat ISLAM yang dipimpin oleh barua-barua zionis celaka seperti Mesir sehingga sekarang menentang usaha HAMAS mempertahankan Tanah keramat mereka. Pintu border yang diwar-warkan telah dan sentiasa dibuka untuk menghantar bantuan dan menerima pesakit palestina, aduh hebatnya Mesir dimata Amerika …tetapi dialah pengkianat umat kita… Bagi mereka yang berpeluang untuk ke A’riys pasti mereka akan melihat deretan kenderan kontena dan lori yang penuh dengan muatan makanan, minuman, pakaian, dan ubat-ubatan tersadai ditepi jalan utama. Stadium bola sepak A’riys dijadikan store simpanan. Inilah dia bentuk kezaliman pimpinan Mesir terhadap isu ini.

Khamis dewan persidangan Davos telah mencatat sejarah ketika kehangatan benci terhadap negara Haram Israel apabila seorang pemimpin dunia bangun meninggalkan kerusi sebagai bantahan terhadap pendirian Perez Presiden Israel dalam isu serangan Gaza. Tindakan keluar ini berpunca Apabila presiden Israel mengeluarkan pendirian beliau dalam isu ini, maka Ardogen meminta untuk menyelah dan membalas kenyataan presiden Israel itu, namun pengerusi Forum tidak memberi ruang kepada Ardogen, maka beliau menggangap ini merupakan satu tamparan hebat terhadap kepimpinan beliau dan umat Turkey yang diwakilinya dan mempertahankan kedaulatan Gaza. Turut serta dalam majlis tersebut Amru Musa setiausaha Agung Liga Arab. Antara ucapan Ardogen selepas mana tidak diberikan peluang untuk membidas kenyataan Perez; “aku bukan nya diplomat pencen seperti diplomat-diplomat lain, aku dilantik sebagai pemimpin yang ada kredibilty dan kefahaman yang matang dalam politik. Sebahagian daripada negara-negara tidak mengetahui kekuatan dan keupayaan sebenar turkey…”

Inilah sikap dan tindakan seorang pimpinan yang kita inginkan. Keberanian menyatakan hak walaupun didepan durjana Israel. Jika sesiapa yang sempat melihat secara live ataupun ulangan bagaimana pemimpin yang hebat ini meninggalkan kerusinya…pada ketika itu, kamu akan rasa bangga dengan apa yang dilakukan oleh beliau. Namun apa yang kita kesali tindakan itu tidak diturut serta Amru Musa setiausaha Agung Liga Arab yang mewakili seluruh negara arab dalam masa yang sama mewar-warkan, Liga arablah satu-satunya badan yang mampu memberi jaminan keamanan negara Palestine. Itulah sikap pemimpin yang takut kepada tekanan, memburu kehidupan dunia tanpa mengira apa itu pahala dan dosa. Jika perdana menteri Malaysia berada ditempat Ardogen agaknya..adakah beliau akan bertindak sedemikian rupa…? Hanya sebagai satu lontaran persoalan sahaja…namun, dalam isu Gaza, kita dapat lihat peranan Liga Arab dalam menangani isu ini. Namun apa yang berlaku dalam OIC..? Malaysia salah sebuah negara ISLAM yang menjadi ahli dalam organisasi ini…mungkin rakyat Palestine tidak bertutur dalam bahasa melayu, loghat kedah, kelantan, jawa, N9 itu yang menyebabkan kita tidak menganggap mereka seagama dengan kita…ye lah asyik nak memperjuangkan Melayu…bagi mereka sebut jer melayu mesti Islam..sebut jer Islam mesti melayu… sebahagian kepimpinan negara yang mempertahankan nama melayu dan islam tetapi mereka tidak mempertahankan dasar dan isi pati ketuanan Islam… Islam tidak begitu… Islam terbuka kepada semua orang, baik melayu, arab, cina, india, kadazan, batak, apapun bangsa mereka, Hati-hati akan bersama sekiranya agama yang mereka anuti itu ISLAM. Apa ada pada bangsa melayu sekiranya mereka murtad, menghina nabi, menghina Hukum Allah… tempat mereka sudah tersedia dalam neraka sekiranya mereka tidak bertaubat, sama seperti golongan kuffar yang lain.

Seramai lebih dari 5000 rakyat Turkey menunggu ketibaan Ardogen di Lapangan Terbang Istanbul. Rasanya, nama Sultan Muhammad Al-Fatih masih tidak lenggan dalam ingatan para pejuang Islam. Bagaimana beliau mempertahankan kedaulatan Negara Palestine. Dia tidak sesekali memberi seinci pun tanah Palestine dipijak oleh zionis barua ini… saya harap pembaca tidak segan-segan keluarkan perkataan barua kepada zionis ini… kerana perkataan itu barua masih agak manja jika dibandingkan dengan tindakan kezaliman yang mereka lakukan terhadap saudara seISLAM kita di GAZA…

Seluruh umat Islam sentiasa menanti kehadiran panglima SALAHUDIN II untuk memimpin seluruh umat Islam dalam membawa misi menjahanamkan zionis seterusnya melenyapkan mereka dari atas muka bumi ini.

Pejabat PMRAM
1140am
02/02/09
Isnin

GAZA... RAMZU I'ZZAH 3

GERAKAN IKHWAN MUSLIMIN BERKERJASAMA DENGAN GERAKAN YAHUDI

Dr Kamal Halbawi jurucakap kepada tanzim antarabangsa Ikhwan Muslimin di Eropah yang lalu telah mendedahkan tentang adanya perbincangan secara kerjasama diantara Ikhwan dan beberapa organisasi Yahudi yang berpusat di Eropah khususnya di London dalam mengutuk serangan Israel keatas Gaza. Perbincangan diantara Ikhwan dengan beberapa Organisasi Yahudi ini adalah untuk mengatur dan menyusun demontrasi menentang tindakan Israel menyerang Gaza dan rakyatnya.

Halbawi menyatakan perkara tersebut melalui panggilan telefon dari Kota London kepada wakil Misr Yaum (surat kabar mesir); “penyusunan jawatankuasa ini secara bersama dengan menggunakan nama kumpulan-kumpulan keamanan” (Jamaat Salam). Kumpulan Yahudi yang turut serta dalam jawatankuasa ini adalah dari kalangan mereka yang menentang sekeras-kerasnya serangan terhadap rumah-rumah dan juga dari kalangan mereka yang menentang kegiatan Zionis, kerjasama ini juga bertujuan mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Zionis. Demontrasi ini akan dilakukan di tengah-tengah ibu kota Britain.

Menurut Halbawi juga, ideal merancang untuk gabungan sehingga peringkat antarabangsa telah selasai diatur sejak beberapa lama. Maka sekarang, hanya tinggal bagaimana nak melaksanakan dengan cara berselindung disebalik organisasi bantuan tanpa menolak penyusunan bagi peringkat antarabangsa. Beliau menyatakan ” Ikhwan mempunyai pelbagai lajnah yang mengatur penyusunan untuk mempertahankan isu rakyat Palestine”.

Ikhwan Muslimin telah menggunakan pelbagai cara khususnya melalui elektonik yang cukup memainkan peranan yang besar untuk membantu Kerajaan HAMAS dan seluruh rakyat Palestine. Ditanya kepada beliau tentang demontrasi di negara-negara Arab, beliau menjawab; “pihak Ikhwan telah melalui peringkat perancangan dan pengaturan dalam mengatur demontrasi jalanan di seluruh negara tidak lebih dari 80 negara.

Beliau menyatakan, Ikhwan Muslimin telah memainkan peranan dalam menggerakkan demontrasi jalanan di negara-negara Eropah dan Arab sebagai contoh mereka telah lakukan tindakan demontrasi di hadapan kedutaan Israel dan Egypt di London. Pihak Ikhwan telah menggunakan pelbagai cara termasuk siaran-siaran television dan media massa untuk mewar-warkan kepada rakyat di London untuk turut serta dalam demontrasi ini sebagai tanda Protes terhadap kezaliman zionis celaka.

Huraian

Kita amat mengharapkan usaha-usaha yang akan member kesan kepada Israel hasil kezaliman mereka ke atas Gaza… sekarang kelipan signal kebangkitan Islam untuk memerintah dunia sudah semakin kuat kelipannya. Golongan pendeta dari kalangan bangsa Yahudi tidak bersetuju dengan tindakan gerakan Zionis untuk menjajah Al-Quds. Terdapat 2 kumpulan yang berlainan agenda dalam penganut yahudi, golongan pendeta merupakan golongan yang masih lagi berpegang dengan akidah yahudi dan menjadikan kitab Talmut sebagai rujukan, manakala golongan Zionis merupakan mereka yang merancang untuk menjadikan seluruh dunia ini hanya milik mereka sahaja. Bangsa lai bagi mereka adalah seperti binatang.

Terjemahan dari surat kabar Misr Yaum.
Rumah 02.00pagi
01/02/09
Ahad

Wednesday, January 28, 2009

AYUH KITA BERSAMA


GAZA...! ENGKAU PASTI SUDAH MENYANGKA APA YANG AKAN BERLAKU SELEPAS INI.. UMAT ISLAM HANYA MAMPU MELAUNGKAN SOROKAN KEMARAHAN DIJALANAN...DIPNGGIRAN...PADA SAAT ITU...
SELURUH DUNIA, MENJADI PELIK DANN TERGAMANG DENGAN KEBANGKITAN UMAT ISLAM...
LIDAH YANG DULU KELU...PADA SAAT ITU...MAMPU UNTUK MENGGEGARKAN KEDUTAAN AMERIKA... TALI BARUT BARUA DURJANA...
TAPI KINI, SIARAN KEMBALI CERIA... DULU DIKACA TV DIHIDANGKAN DENGAN KARENAH KEZALIMAN ZIONIS CELAKA...
TAPI KINI... NYANYIAN BERKUMANDANG DICORONG MEDIA...
RANCAK TARIAN GEMBIRA DAPAT DILIHAT MELALUI JENDELA DUNIA...

APAKAH KITA SUDAH LUPA...SEMINGGU YANG LALU KITA DERITA DUKA BERSAMA...
MANA KALIAN SEMUA?MANA?ADAKAH ENGKAU HANYA MENYIMPAN SIMPATI PADA CERITA DUKA KITA...

RAKAN-RAKAN KU PALESTINA! ADAKAH ENGKAU MASIH MENDERITA...DALAM KEPUNGAN PERJANJIAN BARUA...MAAFKANLAH AKU... WAHAI RAKAN-RAKANKU...JIKA AKU LEKA MENGINGATI KALIAN ... MAAFKANLAH...




Tuesday, January 27, 2009

GAZA...RAMZU I'ZZAH
(2)
GAZA ENGKAU LAMBANG KEHEBATAN... misi menghantar bantuan dan membantu rakyat palestine Gaza merupakan satu tanggungjawab yang cukup besar kepada setiap individu muslim yang terpahat dalam dirinya kalimah SYAHADAH.
kehadiran kumpulan bantuan NGO Malaysia ke Mesir yang menjadi pintu utama untuk merentasi ke semenanjung Gaza telah memberi sedikit sebanyak pengalaman dalam membantu misi kemanusian dalam kes-kes bantuan kepada mangsa-mangsa peperangan. setelah selama seminggu bersama dengan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) dalam membantu misi ke GAZA, mungkin saya boleh kongsi bersama dengan kalian bagaimana rutin harian yang cukup membuktikan keikhlasan mereka-mereka yang mewakafkan diri sebagai pejuang ISLAM yang sebenar. suasana pagi mereka pecahkan dengan zikir dan Qiam bersama-sama. bagaimana panglima ISLAM Solehudin Al-Ayubi menjadikan QIAMULLAIL sebagai syarat kelayakan dalam meneruskan misi ketenteraan untuk berhadapan dengan pihak musuh. inilah yang ana dapat saksikan sendiri bagaimana kumpulan NGO ini (AMAL) cukup membuktikan mereka ini cukup konsisten dalam menjalankan Misi ini. pergantungan kepada tuhan merupakan syarat kepada keredhaan dan kejayaan satu-satu misi selepas mana proses pecaturan tindakan yang sistematik.
dalam perenggan diatas sekali lagi dimunasabahkan, kenapa aku terlalu lembik untuk bangun dan gerakkan tulang empat kerat ini untuk munajat kepada tuhan agar ALLAH menurunkan pertolongan kepada seluruh pejuang mujahidin dalam mempertahankan kesucian dan kedaulatan GAZA sebagai lambang kekuatan UMAT ISLAM. aduh jauhnya diri ini darimu..kenapa? mungkin tingkah lakuku, perangaiku, akhlakku, sikapku, hatiku... terlalu kotor, menyebabkan pintu hidayah terlalu jauh untuk ku ketuk...Ya ALLAH! berikanlah aku kekuatan untuk mengetuk pintu hidayahmu...
misi ziarah rakan palestine di institut nasir tidak terhenti disitu sahaja, sekali lagi saya bersama rakan-rakan kepimpinan PMRAM yang konsisten dalam membantu rakan-rakan palestine menziarahi mereka yang tercedera dalam serangan Israel. kali ini Hospital Bulan Sabit Merah Mesir yang terletak di tengah kesibukan kota Ramsis menjadi pilihan dalam misi ini, sebelum itu saya sempat berhubung dengan wakil Arab Medical Union untuk memastikan waktu melawat dan bilangan rakan-rakan palestine yang akan kami ziarahi. sebanyak 50 bungkusan berbentuk makanan, minuman dan buahan telah disiapkan oleh Badan Pengurus PMRAM sendiri untuk dibawa bersama sebagai hadiah dari seluruh Ahli PMRAM melalui Lajnah Kebajikan dan Kemanusian PMRAM. kutipan sumbangan dari seluruh ahli PMRAM dalam bentuk wang tunai, pakaian, insyalah akan diuruskan agar sumbangan terus sampai ke pihak yang sewajarnya. turut bersama dalam misi ini wakil Penasihat PMRAM dan Pengarah Mini pavilion. apapun kami dalam peringkat KEPIMPINAN PMRAM akan sentiasa berusaha dalam menyalurkan sebarang bantuan kepada rakan Palestine yang tercedera dari sudut sokongan Moral, wang, harta, dan tenaga. Ya Allah! terimalah amalan kami yang cikit ini sebagai amal khairiah dari kami untuk rakan-rakan kami...Ya Allah lontarkan dalam hati ini rasa kasih dan sayang kami kepada mereka...ku tak rela membiarkan diri ini mati dalam keadaan hati ini kosong dari mengingati mereka...! Ya Allah! perkenankanlah permintaan hamba mu yang kerdil ini..!
dalam misi ini, alhamdulillah Allah memberi ruang kepada kami untuk menziarahi semua rakan-rakan kita disana seramai 37 orang tidak termasuk 4 rakan lagi yang berada dalam wad kecemasan yang tidak sempat kita ziarahi mereka disebabkan kesuntukan waktu. bagi saya, misi ziarah kali ini terlalu menyentuh hati, ini kerana kebanyakan mereka yang diletakkan disini adalah mereka yang kehilangan anggota kaki atau tangan. kecederaan mereka lebih kritikal berbanding dengan rakan-rakan palestine yang ditempatkan di instituts Nasir. sekali lagi aku tidak melepaskan peluang untuk memeluk mereka, ku cuba menyelami perasaan mereka. namun setiap seorang yang sempat ku lawati, tidak seorang pun yang menunjukkan wajah kesedihan, apa yang terpancar dalam raut wajah mereka, kegembiraan. kerana mereka tahu kehilangan anggota badan mereka telah memberi keyakinan kepada mereka...langkah perlu lebih laju untuk mengejar kaki, tangan, jari jemari meraka yang telah menuju ke syurga yang dijanji. apa yang dapat ku utarakan kepada kalian
akhi! kami datang mewakili rakyat malaysia
datang dengan membawa gulungan risalah kebersamaan kami
bersama kalian...doa kami sentiasa bersama kalian.
memetik semangat pejuang dari kalian
akan kami semarakkan semangat ini kepada seluruh rakyat malaysia
akan kami kotakan janji kami untuk bersama
akan kami robetkan zionis dihamparan dunia
kami tidak lagi rela membiarkan kalian dibedil senjata durjana.
tidak lagi kami biarkan barisan pejuangan bertaburan...
semua ini ku akhiri dengan insyaAllah...
diantara mereka yang ditempatkan di hospital ini termasuk 2 kanak, seorang ibu, seorang adik perempuan, seorang datuk, dan selebihnya adalah mereka yang bergelar pemuda. orang yang mengeluarkan kata-kata GAZAH...RAMZU I'ZAAH... merupakan seorang ibu yang kehilangan kedua-dua anggota kaki. namun semangat seorang ibu tidak dapat ditandingi oleh pemuda yang bergelar MAHASISWA. mereka cekal...mereka tabah...
Apa yang terungkap daripada mulut mereka pasti, salamah..alhamdulillah Allah bersama. kami yakin ini merupakan permulaan untuk menyatukan umat ISLAM dalam menentang kezaliman zionis durjana...aku lebih suka panggil durjana ini dengan BARUA, CELAKA KAMU ZIONIS...DAN MEREKA YANG MENJADI TALI BARUT BARUA INI, baik bangsa ARAB, baik Melayu termasuk lah tu..
apabila misi ini dijalankan, hati ini sekurang-kurangnya dapat tersenyum apabila seorang demi seorang wajah senyum gembira yang mereka lontarkan seolah memberi aku dan rakan kepimpinan apa itu erti KEMANISAN UKHUWWAH sesama kita... dalam keadaan susah dan derita mereka sebenarnya hati kita tidak merelakan mereka diperlakukan sedemikan rupa. manisnya UKHUWWAH
demi Allah...Jika diberi kekuatan tenaga dan istiqamah kepada diri ini nescaya akan mewakafkan diri demi memastikan umat ISLAM dapat hidup dalam keadaan aman. berikanlah aku kesempatan umur dan kekuatan istiqamah untuk bersama dengan pejuang mujahidin untuk menghapuskan baka Yahudi di BUMI AL-QUDS. takbir....
salam GAZA ...

GAZA! RAMZU I'ZAH 1

GAZA... RAMZU I'ZZAH
(1)
Salam jihad kepada seluruh barisan pejuang mujahidin yang sentiasa mempertahankan kei'zzahan dan akidah umat islam. Gaza engkau sebagai lambang kehebatan... satu ungkapan yang sempat ku rakamkan dalam perjalanan misi ziarah saudara mara palestine yang tercedera dalam serangan zionis jahanam di sebuah hospital yang terletak di tengah kesibukan ribuan manusia yang bermundar mandir.
kali pertama dalam misi ziarah ni, sempat bersama-sama dengan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) NGO malaysia yang dalam misi kemanusian ke GAZA diketuai oleh cikgu husein sebagai presiden dan turut bersama Yb Dr Rani, Yb Dr Hamdan, Yb Dr Yunus, Abang Jamal, dan Abang Khalil (wartawan harakah). kali pertama ini misi ke Institute Nasir yang terletak bertentangan dengan pinggiran Sungai Nil. Angin bayu beralun rentaknya seolah menunggu kami untuk membawa sejuta harapan kepada rakan2ku yang terlantar, bahawa...kami akan sentiasa bersama kalian, kami akan mempertahankan maruah kalian, Bumi Gaza tidak sekali kami korbankan kepada israel durjana... seramai 37 rakan termasuk seorang ibu dan adik perempuan sempat kami lawati dalam misi ini, kumtuman senuman yang sudah lama ingin ku berikan kepada kalian akhirnya termakbul juga. betapa ku harapkan pelukan dari tubuh2 yang sentiasa dalam diri mereka semangat JIHAD dapat peluki jua akhirnya.
pelukan keramat kalian yang bukan sahaja daku yang impikan selama ini, bahkan jutaan pemuda Muslim yang merindukan syahid amat mengharapkan pelukan kalian akan menerap masuk semangat dan perasaan cinta kan ISLAM dan rela korbankan masa, tenaga, perasaan, harapan, kasih, cinta, bahagia, ceria, suka, gembira hanya untuk mempertahankan ISLAM.
rakan2ku!
kehilangan kaki, jari, tangan. dan penglihatan itu akan menjadi bukti ketelusan dan keikhlasan kalian dalam berjaung... anggota itu akan menunggumu di syurga nanti... ku muhasabah untuk diri ini, aku sanggupkah tinggalkan apa itu bahagia, gembira, demi perjuangan ISLAM...ya Allah! golongkanlah aku dalam golongan yang istiqamah dan mempertemukan ku dengan Syahid.
terpancar kegembiraan diwajah mereka apabila, melihat tubuh-tubuh yang kecil, hidung pelepah nyok, dan mata cepek... datang dengan menghulurkan tangan menyapa salam sebagai bukti sebagai kami seakidah dengan mereka. sekali pun berbeza paras rupa, namun tuhan kita tetap sama, biarpun warna jauh berbeza, namun cinta kita bersama. bayangkan dalam keadaan mereka cukup rindu kepada tanah air dan saudara mara mereka yang sedang bertempur bermati-matian mempertahankan kesucian tanah umat ISLAM, kita hadir melontar senyuman dan kata-kata semangat bagi membuktikan kita akan bersama dalam doa, jiwa, harta, tenaga. dan nyawa... ku berjanji dengan tuhan pencipta Alam. akan ku berikan apa sahaja yang mampu untuk mempertahankan kalian dan tanah suci GAZA.

Tuesday, December 30, 2008

PALESTIN; GAZA, UMAT ISLAM…AKU DI MANA?


UMMAT ISLAM?
AYUH KITA BERSATU



Salam jihad buat semua saudara semuslim yang ku sayangi. Hari ini merupakan hari keempat serangan tentera Dajjal Israel ke atas bumi suci Palestine. Buat ayah, ibu, abang, kakak, adik, rakan2ku, bagaimanakah keadaan kalian? Ku hanya berada di sempadan dekat dengan bunyi dentuman yang menghedap kalian. Namun, hari ini ku hanya mampu titiskan air mata dan memohan kepada Allah agar kalian mampu untuk berhadapan dengan musuh Israel laknatullah itu. Berbahagialah kepada para syuhada, kerana kalian dijanjikan dengan ganjaran yang cukup berharga. Kalian mati dalam keadaan darah yang akan bangun menjadi saksi dihadapan Allah bagi membuktikan kalian sememangnya berjuang. Kalian gadaikan nyawa, darah, suka, bahagia, harta demi agama yang kita anuti ini, aku tidak lagi di uji sedemikian..namun ku berjanji akan ku seru diri ini dan teman2ku agar sentiasa membasahi pipi dengan air mata memohon kepada Allah agar diberikan pertolongan kepada kalian. Semoga Allah menghantar perasaan gerun, gementar untuk berhadapan dengan barisan pejuang yang akan terus mempertahankan negeri suci Umat Islam ini. HAMAS! JIHAD ISLAM! Aku malu, kerana dahulu ku menatap sejarah pembukaan semula tanah Palestine bersama, tapi hari ini, kalian terpaksa mempertahankan sendirian… tapi ku percaya, kalian sebenarnya tidak sendirian, seluruh Umat Islam sentiasa berada dalam perasaan bersama membenci Israel Dajjal itu, kita tewas dengan persepadanan dunia yang membahagikan kita sehinggakan kita tidak dapat merasakan perasaan kebersamaan , kalian derita disana namun Umat Islam di luar sana berbahagia dan seronok berfoya-foya.Tapi percayalah disana masih ada hati-hati yang sentiasa bersama merasai derita itu.


Seluruh Umat Islam dan bukan Islam yang membenci kezaliman dan penindasan telah bangkit menunjuk perasaan bagi menunjukkan rasa benci mereka terhadap Israel. Tahniah kepada seluruh pemimpin negara Islam yang telah bersama dalam isu ini. Ku juga ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Mesir yang telah membuka pintu sempadan mesir – gaza. Ini akan memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada saudara mara kami disana. Kerajaan Mesir telah membuka dan menyediakan kelengkapan di Hospital Selatan Sinai untuk memberi rawatan kepada mereka yang cedera dalam serangan ini. Sejak hari ini puluhan Ambulans dari Palestine dan Mesir telah membawa masuk saudara kita yang tercedera untuk menerima rawatan. Tidak cukup dari itu, kerajaan mesir juga telah membatalkan program perayaan ulang tahun menyambut tahun baru bagi seluruh Mesir bagi menunjukkan rasa kebersamaan seluruh rakyat Mesir kepada rakyat Palestine. Ku mengharapkan agar pemimpin negara kita dapat memahami situasi yang berlaku. Serulah seluruh rakyat Malaysia yang pelbagai kaum untuk membantu saudara kami di GAZA. Masjid Azhar juga dipenuhi oleh para pelajar, para pensyarah, masyarakat setempat yang telah mengadakan solat Ghaib selepas solat zohor kelmarin.

Semalam, USA telah mengeluarkan pandangan bersetuju dengan serangan Israel terhadap Palestine sebagai usaha untuk mempertahankan diri…hei Amerika! Pergi jahanam lah kamu…celaka Israel. Ya Allah! Hancurkan Amerika dan Israel. Hati-hati seluruh ummat islam bersama dengan HAMAS dan para mujahidin yang… lemparkan rasa takut mati kepada tentera Amerika dan Israel…inikah cara Israel nak mempertahankan diri? Kenapa mereka menyerang anak-anak kami? Ibu-bapa kami? Kakak-kakak kami? Terus terang je, kamu takut untuk berhadapan dengan para mujahidin kan… kamu bacul, kamu barua…Go To Hell Israel.

Teman2 ku! Kalian rasai tak keperitan dan kesulitan yang dihadapi oleh mak-ayah kita disana? Adik-adik kita berlumuran darah menahan kesakitan. Kenapa kalian tidak sedikit pun menitis air mata Untuk saudara mara kita disana? Kenapa? Kenapa? Adakah kerana mereka bukan melayu? Atau mereka bukan rakyat Malaysia? Berdosa kita semua..tau tak. Pagi tadi dua orang adik kita yang masih kecil telah menemui ajal. Puluhan dan sehingga ratusan sejak kelmarin ayah, mak, abang, kakak, adik-adik kita telah menjadi mangsa korban kerakusan tentera Israel. Sumber berita lebih 1700 saudara kita cedera parah dan 370 yang menjadi syuhada dalam serangan itu. Hanya dengan empat hari sahaja, seramai itu mereka robetkan tubuh-tubuh saudara kita. Abbas! Kamu tidak perlu mendesak HAMAS dan JIHAD ISLAMI untuk memberhentikan serangan… mereka melaksanakan amanah untuk mempertahankan tanah suci umat islam seluruh dunia, jangan kamu lagi mendesak agar untuk diaadakan perdamaian dengan Israel. Umat islam hebat, teman-teman para mujahidin tidak takut mati, mereka sanggup memberi seluruh jiwa raga untuk islam, yakinlah kita akan pasti memdapat kemenangan. Kepada rakan-rakan yang membarisi kepimpinan gerakan mahasiswa. Serulah para pemuda dan pemudi untuk bersama dalam mempertahankan tanah suci dan kehormatan saudara kita di Palestine. Ya Allah! satukan hati-hati kami! Kami banyak berdosa kepada saudara mara kami di Palestine… saudara-saudara semuslimku di Palestine! Jika selama ini kami tidak pernah berdoa kepada kalian..maafkan kami…ampunilah kami. Ya Allah! Hati kami keras…hati kami kotor…hati kami busuk dengan dosa sehinggakan kami tidak memberi ruang rasa simpati kami kepada mereka… mereka derita memohon bantuan, sedikit pun kami tidak menghiraukan…Ya Allah! Kenapa begitu teruk sekali kami… berjanjilah wahai rakan-rakan sekelian dengan saudara mara kita di Palestine, kita tidak akan melupakan mereka lagi selepas ini.

Hanafi Zulkapli
Selasa (12.05 tengahari)
2 muharram 1430H
30/12/2008
Rumah Janub Syaina

Monday, September 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA









1 syawal 1429H,akan genaplah raya ke-4 ana beraya di perlembahan Nil ini, kerinduan kepada keluarga dan tanah air cukup terasa, semakin dekat menghampiri semakin membuak-buak bergelora dalam hati ini, manakan tidak, agak lama anak lelaki mereka ini tidak dapat beraya bersama, memory bersama dengan ayah, mak, adik2, dan sanak saudara sepupu-sepupu yang dahulu kecil, tapi sekarang alhamdulillah semuanya dah besar dah, yang dulu bermain dengan abang napi depa, tapi dah malu-malu dah semuanya, seronokkan jika semuanya masih kecil lagi, dapat ajak buat meriam tanah...main mercun dan bunga api...korang (sepupuku) mesti penuh menunggu kepulangan abang napi kat umah..beli tak bunga pi? mercun? kabat? itu jer yang korang tahu tanya...tapi hati ini gembira dengan kehadiran korang walaupun dengan seribu soalan yang sama dilontarkan, abang napi xder adik lelaki...semuanya perempuan... kalau korang datang, hati ini terhibur dengan kenakalan korang...ini mungkin cerita kenakalan zaman remaja dulu, pernah bersama dengan sepupu yang cukup spoting..balik jer jadi imam kat surau...kumpul gerompolan tentera (geng sepupu jerlah) besama dengan bekalan mercun ..perang dengan kampung sebelah... seronokkan...jalan raya kalau berasap tu, xderlah keje orang lain, mesti

b
ebudak dua kampung ni berperang ni...


adik kedua ana ni yang dia tahu mintak tolong abangnyer ni kemas rumah dengan dia, adik kedua plak sebelum ni lah mesti beli pelita kemudian ajak abang dia ni teman untuk pasangkan kat halaman rumah. seolah-olah ada pertandingan hias pelita jer...takut hantu...

ana yakin teman2 semua mesti ada pengalaman raya masing-masing, apapun yang berlalu telah pergi menjadi memory dalam sketsa kisah kehidupan masing-masing...

kepada mak ayah...abang menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan kerana tahun ni tak dapat beraya bersama...tahun ni ayah, mak, shidah, dan adik Imah lain sikit beraya, kerana kak cik jugak tak beraya bersama...abang dan kak cik mintak maap bebanyak yer ayah, mak, shidah, adik imah...

ana nak ambik kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya maap zahir batin kepada ayah, mak, shidah, kak cik ( Banda aceh), adik Imah, keluarga, rakan2 SMAYK, Taqaddum Maarif Pasir Tumbuh, seluruh Graduan dan tenaga pengajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, PBA, Akademi Pengajian Islam UM Nilam Puri...diri ini hanya mampu meminta angin sampaikan salam Aidul Fitri kapada kalian semua dari perlembahan Nil ... semoga salam ini disampaikan sang angin pembawa cerita...

tidak dilupakan jugak kepada Xazhar Tanta, dan seluruh Ahli PMRAM yang berada di Bumi Kinanah ni...jika terkasar bahasa, tercubik, terketuk, yang boleh menyebabkan kalian semua terasa dengan insan ini...maapkanlah segalanya....

ana mendoakan agar raya tahun ni sungguh bermakna kepada kalian seluruh umat islam...

salam aidul fitri
anak dagang yang berwatan