Sunday, September 21, 2008

LAILATUL QADAR KU DI BUMI ANBIYA’

Hari ni telah masuk hari yang ke 21 kita melaksanakan amalan puasa dan ibadat-ibadat lain dalam bulan Ramadhan, ini bererti kita sudah pun meninggalkan sehari dari Sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan, maka hari ini juga menunjukkan angka 9 telah menyedarkan kita bahawa bulan yang menerima kita sebagai tetamunya akan meninggalkan kita dan mampu bersama dengan kita selama 9 hari jer lagi.

Ustura dalam penulisan yang agak lama menyepi ini tidak berhasrat untuk memberi komen tentang perkembangan politik yang berlaku sekitar tanah air dan dunia yang cukup mengejutkan kita, apabila baru-baru ini papan utama pasaran saham dunia jatuh merudum dan sehinggakan Negara kita jatuh sebanyak 1000 angka, pertukaran portfolio perdana menteri daripada memegang kementerian kewangan kepada kementerian pertahanan dan menyerahkan kepada dato’ Najid.

Bukan itu sahaja, tarikh 916 juga agak panas dibincangkan daripada meja kedai kopi sehiggalah meja CEO, saya kira perkara ini juga turut dibincangkan oleh mahasiswa dalam dan luar Negara, kerana perkara ini mungkin akan menyebabkan mereka perlu bersedia untuk mengubah cara berfikir dalam membentuk frame perjuangan mereka. Namun apa pun saya kira isu-isu seperti ini perlulah bermain diminda kita sebagai mahasiswa ini kerana mahasiswa termasuk dalam golongan yang diberi kepercayaan untuk memakai status intellectual dalam membimbing dan memimpin Negara serta masyarakat Negara kita.

Jika kami di mesir, peristiwa batu runtuh yang berlaku di Duwaiqah yang terletak berdekatan dengan Bukit Muaqqatam dalam Muhafazah Kaherah cukup menyayatkan hati, sehingga kini mangsa yang terbunuh telah melebihi daripada seratus mangsa dari kalangan kanak-kanak dan dewasa. Puluhan rumah mengalami kerosakan dalam peristiwa ini, peristiwa ini berlaku diawal Ramadhan. Alhamdulillah sebahagian daripada mangsa yang terlibat telah diberikan syaqah di satu kawasan rumah flat yang telah siap pembinaannya. Namun saya nak menyeru kepada seluruh mahasiswa mesir agar dapat memberi sumbangan dalam apa sahaja bentuk kepada mangsa penduduk Duwaiqah yang amat memerlukan bantuan daripada kita semua sebagai keperihatinan kita kepada umat Islam, sumbangan ini boleh disalurkan kepada Badan Kebajikan dan Kemanusian PMRAM.

Pada malam ini merupakan malam yang ke 22 bulan Ramadhan, dalam sepuluh yang terakhir ini maka saya nak mengajak semua agar dapat meninggkatkan amalan ibadat kita kepada Allah, ini kerana Nabi Muhammad SAW akan meningkatkan dan menambahkan amal ibadat serta menghidupkan malamnya dengan beriktikaf dan berqiam. Teman-teman semua! pada malam sepuluh yang terakhir ini ada satu malam yang cukup dinanti-nantikan oleh seluruh Umat Muhammadiyyah yang tidak diberikan pada umat-umat yang terdahulu. Lailatulqadar merupakan satu malam yang hebat daripada seribu bulan, dan pada malam ini para malaikat termasuk Jibril akan turun ke langit untuk berdoa kepada Allah memohon keampunan bagi hamba-hamba yang melakukan ibadat kepadanya pada malam ini, sebagai pejuang agama Allah yang sentiasa merancang dan bertindak untuk menyatukan ummat ISLAM haruslah mengambil peluang ini untuk berdoa dan memohon keampuanan kepada Allah moga dosa-dosa lalu yang menjadi penghalang kepada gerak kerja yang suci ini terbantuk memdapat keampunan daripada ALLAH. Ya ALLAH! Ampunilah dosa-dosa seluruh pejuang agamamu, berikanlah kekuatan kepada kami untuk memberi sepenuh tenaga kami kepada perjuangan yang suci ini. Setinggi syukur juga diri ini dipanjatkan kepada Tuhan Pencipta Alam kerana memberi peluang kepada diri yang hina dina ini untuk hidup dalam dalam bulan yang penuh dengan barakah ini. “ Ya Allah! Berkatilah Ramadhan kami pada kali ini.”

Allah memilih apa sahaja yang dia kehendaki, Allah memilih para anbiya’ dari kalangan manusia, dan Allah memilih Ulul a’zmi yang lima dari kalangan para Rasul. Begitu juga Nabi Muhammad SAW sehinggakan baginda digelar penghulu Anbiya’ dan penghulu anak-anak Adam. Apabila kita melihat kepada sirah Rasullullah SAW bagaimana nabi Muhammad SAW memilih para sahabat untuk membantu perjuangan baginda seperti mana Nabi Musa a’laihissalam memilih golongan Hawariyyun dalam meneruskan survivor perjuangan menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Jom kita lihat lagi…Allah memilih JIBRIL dari kalangan para Malaikat dan memilih Mekah di antara tempat yang suci di atas muka bumi ini. Begitu juga dengan pemilihan Ramadhan dari 12 bulan, maka kita melihat malam Lailatulqadar merupakan satu malam pilihan Allah kepada Umat ini sebagai satu kelebihan dan peluang keemasan untuk kita meningkatkan keimanan kepada tuhan yang esa. Kitab suci Al-Quran yang menjadi panduan kepada umat ini untuk meneruskan kehidupan mereka dalam amal ibadat, muamalat, munakahat, perundangan, kehakiman, pentadbiran, politik, dan sebagainya diturunkan pada malam yang suci ini. “bulan ramadhan padanya kami telah turunkan didalamnya al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan daripada petunjuk dan keterangan diantara yang hak dan batil”.

Amru Khalid telah menulis pada ruangan Ramadhan dalam surat khabar Misr Yaum ketika memberi peringatan kepada kita agar tidak terlepas dalam pemilihan ini, ada tiga perkara yang menjadi penyebab kepada kita tidak terpilih untuk berada dalam golongan yang menghidupkan malam Lailatulqadar.

3 perkara itu yang menyebabkan kita akan terlepas dari pemilihan ini iailah:

1. Kelalaian: mereka yang tidak mengambil berat untuk menjadi hamba kepada Allah pada malam ini.

2. Maksiat: iaitu bagi sesiapa yang melakukan maksiat pada siang harinya, maka Allah tidak akan membenarkan mereka untuk beribadat pada malamnya dengan menidurkan mereka ataupun mendatangkan keuzuran yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk bangkit pada malam ini.

3. Permusahan dan dendam kesumat: malam Lailatulqadar hanya bagi orang yang menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Dan insyalah segala permusuhan dan dendam yang sekelumit rasa itu biarkan berlalu dengan kemaafan.

No comments: