Friday, March 20, 2009

AKU DAN NASIHAT...







gambar kenangan bersama dengan kepimpinan PMRAM 09...






“apabila pintu ditutup maka terbukalah tingkap-tingkap”


Hari ini apabila seorang rakan serumah telah memberi satu ungkapan arab kepada ana ketika dalam perjalanan menghantar dia ke Rumah Baru Kelantan RKB KPKM, dia bersama-sama dengan barisan kepimpinan KPKM akan ke Damanhur dalam misi lawatan kerja untuk menziarahi anak-anak Kelantan yang berada sekitar Bumi Damanhur… eh..apa yer ungkapan tersibuk? Oklah ini dia… Iza Ughliqat al-bab infatahat al-nawafiz yang bermaksud; “apabila pintu ditutup maka terbukalah tingkap-tingkap”. Pada awalnya ana suka jer apabila mendengar apa yang telah diunggapkan oleh rakan ana ni… tapi apabila dia turun dari kereta, dia cakap ungkapan itu sebagai upah menghantar dia ke Rumah Kelantan Baru… kalau dengan teksi harganya mungkin le 2.50. Tapi sebenarnya harga ungkapan tersebut cukup mahal dan tidak ternilai harganya kepada ana, mungkin melihat kepada raut wajah ana yang kedut kerut bermasalah, dia lemparkan kepada ana ungkapan itu.


Sebenarnya jika satu pintu yang menjadi peluang kepada kita tertutup jangan kita lupa terlalu banyak tingkap dibuka untuk menjadi peluang kepada kita mencapai sesuatu perkara dalam hidup ini, berfalsafah begini mampu memberikan kita semangat untuk terus berusaha dan jangan cepat putus asa jika menghadapi sesuatu masalah. Sebenarnya kita perlukan kekuatan untuk menjadi benteng pertahanan dalam menghadapi sebarang masalah. Diantara kekuatan dalaman yang perlu kepada kita:

· Keimanan yang kental.

Hidup mati, suka duka, jodoh, rezeki kesemuanya telah ditentukan oleh Allah. Sebagai seorang pejuang agama ISLAM, maka jika terpersoal dalam jiwa kita kenapa aku diuji begini?kenapa tidak orang lain? maka ayuh kita muhasabah diri kita... kenapa kita masih takut berjuang hanya kerana sebungkus wang pinjaman, biasiswa, zakat, dan bantuan...tidakkah kita menyakini bahawa yang menentukan kita untuk mendapat kesemua itu adalah ALLAH, kenapa kita takut pula untuk mempertahankan kesucian ISLAM disebabkan kerana takut sekatan terhadap bantuan kita itu...?, yang akan menentukan samada kita layak ataupun tidak juga Allah yang esa.


· Ikhlas

Inilah perkara yang amat dituntut dalam perjuangan, kita berjuang untuk menegakkan agama Allah ini bukan kerana ia akan memberi ruang meja pejabat dalam jabatan, kementerian. Kita juga tidak berjuang kerana secebis kertas yang akan bernilai untuk membeli rumah, kereta, tanah... jwapannya tidak sama sekali kita tidak akan berjuang untuk mendapat geleran ulamak dan pemimpin rice cooker. Sucikan niat para pejuang dari semua itu... manisnya perjuangan kerana keikhlasan yang terpahat dalam hati kita.


· Kesabaran

Kerana kekuatan inilah Saidina kita Nabi Muhammad SAW telah mendapat gelaran U’lul A’zmi. Kerana kesabaran yang berada dalam diri Nabi Muhammad SAW, Nabi Muhammad SAW sanggup membiarkan darah sucinya mengalir di Thoif , sanggup menerima cemuhan kaum kerabat dan penduduk setempat, sanggup meninggalkan tanah air, sanggup berjuang hingga patah giginya... Ya Rasulllullah! Kenapa begitu tinggi kesabaran mu...?kenapa engkau sanggup lakukan semua itu..? kami malu dengan sikap malas kami, sikap leka kami..


· Tidak takut sebarang celaan

Allah pernah berfiman: “ wahai orang yang beriman! Barangsiapa dari kalangan mereka yang telah beriman telah keluar dari agama ini selepas keimanan mereka dengan janji Allah...Allah akan mendatangkan satu golongan yang Allah mengasihi mereka dan mereka mencintai Allah, bersikap lemah lembut sesama orang yang beriman, bersikap tegas dengan golongan Kuffar yang menentang agama ini, mereka berjihad dijalan Allah(untuk meninggikan kalimah Allah) dan mereka sama sekali tidak takut dengan sebarang celaa terhadap mereka...”

Dalam ayat diatas terbukti diantara ciri golongan yang akan menggantikan mereka yang tidak menghiraukan perjuangan suci ini adalah mereka yang memiliki kekuatan tidak gentar sebarang celaan yang mendatang diatas usaha mempertahankan perjuangan ISLAM.


· Tidak mudah berputus asa

Berputus asa dalam menjalankan kerja ISLAM merupakan diantara pembunuh kepada para pemuda-pemuda ISLAM, inilah yang akan mematikan hasrat dan cita para pemuda yang tinggi untuk bersama dalam gerakan kebangkitan ISLAM. Allah telah berfirman: “dan jika kami rasakan kepada manusia rahmat(nikmat) dari kami nescaya mereka akan gembira, dan apabila kami timpakan kepada mereka musibah disebabkan kesalahan yang mereka lakukan, tiba-tiba pada ketika itu mereka berputus asa”. Al-Rum;36


Begitu juga dengan pesanan Nabi Allah Yaakub AS terhadap anak-anaknya agar jangan berputus asa, kerana sikap itu merupakan satu sikap yang hanya layak wujud dalam diri orang kafir melalui firman Allah; “ Hai anak-anakku! Pergilah kamu, maka carilah berita tentang yusuf dan saudaranya dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Alla, melainkan kaum yang kafir”. Yusuff;87.


Kekuatan dalaman ini dicatat oleh Murabbi Abdullah Naseh U’lwan dalam kitabnya Silsilah Madrasah Duat sebagai sikap dalaman yang perlu ada kepada para daei, namun jika diperhatikan, sifat-sifat inilah sebagai kekuatan yang mampu menjadi benteng yang mampu membantu kita sebagai pejuang agama Allah.

Dalam berjuang untuk mempertahankan ISLAM ini, terlalu banyak ujian yang Allah akan pakaikan kepada kita sebagai pakain besi yang akan menjadi satu penilaian kepada Allah untuk memilih dan menentukan mereka-mereka yang telah berjaya untuk membarisi barisan perjuangan suci ini. Ujian hati yang sentiasa mendambakan cinta… ujian hidup yang sentiasa mendesak agar seluruh tubuh dibaluti dengan hiasan kesenangan, iman diuji adakah cinta ALLAH dan RASUL mampu membatasi cinta manusia… yang sentiasa meminta agar korbankan masa, tenaga, wang, fikiran, perasaan untuk mempertahankan ISLAM.

Justeru itu, nasihatlah diri kita agar dapat meneruskan perjuangan dalam apa jua sekalipun cabaran dan rintangan. Kerana Allah pernah berfirman; “barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan baginya jalan penyelesaian kepada sebarang masalah dan akan memberi rezeki yang tidak disangka-sangka”.

Hidup kita sentiasa diuji dengan pelbagai bentuk, dan ujian itu mengikut kekuatan dan kelonggaran iman seseorang itu... semakin tinggi imannya semakin kuat ujiannya, jika lemah imannya, maka ujiannya sekadar iman yang dimilikinya. Doakanlah ana dan pimpinan dapat istiqamah dalam perjuangan yang suci ini.

Salam Perjuangan...

Monday, February 23, 2009









SERANGAN BOM DI HUSEIN


kelihatan anggota keselamatan mesir mengawal ditemapt kejadian...


sumber; Misr Yaum (akhbar harian mesir)

serangan bom di tengah bandar husein

bunyi dentuman bom yang kuat ditengah kota kaherah itu telah menggemparkan pengunjung yang berada sekitar husein. berberapa sumber dari pengunjung yang berada ditempat kejadian, melihat dua bungkusan palastik hitam yang dilempar keluar dari sebuah hotel yang berdekatan telah meletup meletup.
namun sumber dari pihak keselamatan Mesir memberi tahu, letupan berlaku ditempat duduk batu yang dijadikan tempat rehat untuk pelancong yang mengunjungi sekitar husein.

tempat berlakunya letupan tersebut, merupakan tempat transit kenderaan pelancongan Mesir yang membawa para pelancong luar negara dan tempat kunjungan pengunjung tempatan.

Dr hatim jabali menteri kesihatan Mesir memberitahu mereka-mereka yang tercedera dalam
serangtan tersebut terdiri diantara mereka yang pelbagai kerakyatan termasuk rakyat tempatan. diantara mereka, 3 orang rakyat Arab Saudi, seorang rakyat Jerman, 10 orang rakyat Perancis, dan 3 orang rakyat tempatan. kesemuanya mengalami kecederaan ringan, kecuali
seorang dari perancis meninggal dunia. sehingga sekarang tidak ada sumber menyebut rakyat malaysia terbabit dalam serangan tersebut... ini termasuklah saya. alhamdulillah.

serangan sebelum ini pernah berlaku dikawasan yang sama pada bulan april 2005 yang menyebabkan kematian 3 orang pelancong asing dan 18 yang lain tercedera.

sumber dari aljazeera.net; petang selepas kejadian, 3 orang yang disyaki telah ditangkap untuk siasatan. sehingga sekarang seramai 11 orang ditangkap untuk siasatan dalam kes ini...

ini sebagai maklumat sahaja kepada semua.



PERKARA 11(1) PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Tiada cadangan pinda Perkara 11(1) Perlembagaan

Perkara 11(1) perlembagaan malaysia yang cukup kontrovesi sehingga api kemarahan umat islam malaysia pada waktu itu membuak-buak. Namun apabila sumber utusan malaysia hari ini telah mengeluarkan penjelasan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan tidak bercadang meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan. Jawapan ini diberikan dalam sesi dewan rakyat berikutan dengan soalan yang telah diutarakan oleh Zulkifli Noordin (PKR-Kulim-Bandar Baru) dalam kes pemohonan Azlina Jailani atau Lina Joy yang memohon untuk keluar daripada Agama ISLAM secara terbuka.

Namun apabila pihak guaman yang mewakili Lina Joy telah menfailkan kes ini dalam mahkamah untuk mencabar perkara 11(1) perlembagaan malaysia yang menyatakan kebebasan beragama kepada setiap rakyat malaysia dan pihak mahkamah terpaksa menolak permohonan untuk keluar daripada Agama Islam, ini kerana permohanan itu dibawah peruntukan enakmen negeri dan mahkamah sivil tidak dibenarkan untuk membicarakan kes dibawah peruntukan ini.

Ini kerana undang-undang negeri dan mengenai wilayah persekutuan... boleh mengawal atau menyekat perkembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang Islam. Perkara ini termaktud dalam perkara 11(4) perlembagaan malaysia.

Namun apabila cadangan tidak meminda peruntukan tersebut oleh pihak kerajaan sebenarnya tidak menjamin perkara ini tidak akan berulang. Akta-akta HUDUD dan Enakmen-enakmen HUDUD hendaklah dilaksanakan. inilah jaminan yang telah Allah janjikan kepada kita. semua. apabila dinyatakan kenapa tidak meminda perkara tersebut;

“Bagi orang Islam yang berhasrat untuk keluar daripada agama Islam, orang itu perlulah mendapatkan perintah atau pengisytiharan terlebih dahulu daripada Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa sepertimana yang diperuntukkan di bawah enakmen Pentadbiran Agama Islam di negeri-negeri,” katanya ketika menjawab soalan Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baru) di Dewan Rakyat hari ini.

Sebagai umat islam kita amat mengambil kira agar perundangan islam dapat ditegakkan diatas muka bumi ini. ini kerana ia merupakan satu amanah yang telah Allah berikan kepada seluruh pemimpin ISLAM dan Umat ISLAM. timbul persoalan, kenapakah agak-agaknya
negara kita Malaysia cukup payah menerima cadangan agar HUKUM HUDUD di Aktakan dalam perlembagaan Malaysia? usaha kita mempertahan Satu peruntukan dalam perlembagaan Malaysia yang menyatakan AGAMA ISLAM sebagai agama rasmi Malaysia tidak dinafikan, namun kenapa kita hanya mempertahankan Nama Itu sedangkan dalam masa yang sama kita mencabar perundangan ISLAM, kita memperlekehkan keadilan perundangan ISLAM. kita tidak meletakkan ia sebagai perundangan. Adakah kerana keunikan yang ada pada negara kita yang mempunyai pelbagai etnik, menyebabkan pemimpin negara kita tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud dalam negara kita... adakah rakyat non muslim negara kita sejahat yahudi? bagaimana bangsa yahudi yang cukup dikenali dengan kebangsatan mereka menentang agama islam sehingga sanggup membunuh para Anbiya'dan para Rasul boleh menerima perlaksanaan hukum Islam di Kota madinah.

apabila kita meminta perundangan Hudud dilaksanakan...jawapannya ia tidak sesuai dengan masyarakat kita yang majmuk, dan memerlukan kepada beberapa peringkat...s aya ingin bertanya kepada pemimpin negara kita... sejak saya dibangku sekolah tadika, sehingga sekarang, dimuka surat berapakah yang mendedahkan kepada para pelajar dan rakyat tentang kewajipan untuk melaksanakan hukum hudud? bahkan apa yang dapat kita lihat jika ada pihak-pihak yang memberi keterangan dalam menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan hudud, mereka dianggap sebagai membawa agenda politik.

Jika tuduhan seperti ini dilontarkan kepada pihak-pihat terbabit samada parti-parti politik atau badan-badan tidak Kerajaan (NGO), maka pihak kerajaan perlu bertindak untuk mendrafkan perkara tersebut dalam proses pembelajaran, pengajian, dan penerangan umum bagi membuktikan kesungguhan kerajaan dalam melaksanakan perundangan ISLAM.


kami yang mewakili mahasiswa ISLAM sehingga sekarang melihat pihak kerajaan tidak begitu bersungguh dalam memperjuangkan perundangan ISLAM. sebagai cadangan kepada mereka yang mempunyai ruang kuasa, dan suara dalam kerajaan, inilah peluang untuk berusaha memartabatkan ISLAM di bumi Malaysia. ini sahaja cara penyelesaian kepada masalah rasuah, pemunuhan, murtad, dan sebagainya. ini kerana perundangan islam mempunyai prinsip-prinsip U'budiyyah dan keadilan kepada semua kaum.

apa yang kita harapkan cuma kesungguhan kepimpinan kita dan seluruh umat Islam Malaysia dalam memastikan kedaulatan Agama Islam dapat ditegakkan.



PERKARA 11(1) PERLEMBAGAAN MALAYSIA

perkara 11(1) perlembagaan malaysia

Monday, February 2, 2009

GAZA... RAMZU I'ZZAH 4

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih hani.

ARDOGEN TURKEY… WIRA UMAT ISLAM

Keganasan zionis barua menghentam bumi keramat Palestine sejak 61 tahun yang lampau kini telah membuka jendela hati dan perasaan pimpinan negara ISLAM yang dahulu memekak telinga, memejamkan mata tanpa menghiraukan darah yang mengalir, cebisan isi yang terbongkai, rintihan kesakitan derita umat palestina. Pada hari kita masih dapat lihat masih ada lagi negara umat ISLAM yang dipimpin oleh barua-barua zionis celaka seperti Mesir sehingga sekarang menentang usaha HAMAS mempertahankan Tanah keramat mereka. Pintu border yang diwar-warkan telah dan sentiasa dibuka untuk menghantar bantuan dan menerima pesakit palestina, aduh hebatnya Mesir dimata Amerika …tetapi dialah pengkianat umat kita… Bagi mereka yang berpeluang untuk ke A’riys pasti mereka akan melihat deretan kenderan kontena dan lori yang penuh dengan muatan makanan, minuman, pakaian, dan ubat-ubatan tersadai ditepi jalan utama. Stadium bola sepak A’riys dijadikan store simpanan. Inilah dia bentuk kezaliman pimpinan Mesir terhadap isu ini.

Khamis dewan persidangan Davos telah mencatat sejarah ketika kehangatan benci terhadap negara Haram Israel apabila seorang pemimpin dunia bangun meninggalkan kerusi sebagai bantahan terhadap pendirian Perez Presiden Israel dalam isu serangan Gaza. Tindakan keluar ini berpunca Apabila presiden Israel mengeluarkan pendirian beliau dalam isu ini, maka Ardogen meminta untuk menyelah dan membalas kenyataan presiden Israel itu, namun pengerusi Forum tidak memberi ruang kepada Ardogen, maka beliau menggangap ini merupakan satu tamparan hebat terhadap kepimpinan beliau dan umat Turkey yang diwakilinya dan mempertahankan kedaulatan Gaza. Turut serta dalam majlis tersebut Amru Musa setiausaha Agung Liga Arab. Antara ucapan Ardogen selepas mana tidak diberikan peluang untuk membidas kenyataan Perez; “aku bukan nya diplomat pencen seperti diplomat-diplomat lain, aku dilantik sebagai pemimpin yang ada kredibilty dan kefahaman yang matang dalam politik. Sebahagian daripada negara-negara tidak mengetahui kekuatan dan keupayaan sebenar turkey…”

Inilah sikap dan tindakan seorang pimpinan yang kita inginkan. Keberanian menyatakan hak walaupun didepan durjana Israel. Jika sesiapa yang sempat melihat secara live ataupun ulangan bagaimana pemimpin yang hebat ini meninggalkan kerusinya…pada ketika itu, kamu akan rasa bangga dengan apa yang dilakukan oleh beliau. Namun apa yang kita kesali tindakan itu tidak diturut serta Amru Musa setiausaha Agung Liga Arab yang mewakili seluruh negara arab dalam masa yang sama mewar-warkan, Liga arablah satu-satunya badan yang mampu memberi jaminan keamanan negara Palestine. Itulah sikap pemimpin yang takut kepada tekanan, memburu kehidupan dunia tanpa mengira apa itu pahala dan dosa. Jika perdana menteri Malaysia berada ditempat Ardogen agaknya..adakah beliau akan bertindak sedemikian rupa…? Hanya sebagai satu lontaran persoalan sahaja…namun, dalam isu Gaza, kita dapat lihat peranan Liga Arab dalam menangani isu ini. Namun apa yang berlaku dalam OIC..? Malaysia salah sebuah negara ISLAM yang menjadi ahli dalam organisasi ini…mungkin rakyat Palestine tidak bertutur dalam bahasa melayu, loghat kedah, kelantan, jawa, N9 itu yang menyebabkan kita tidak menganggap mereka seagama dengan kita…ye lah asyik nak memperjuangkan Melayu…bagi mereka sebut jer melayu mesti Islam..sebut jer Islam mesti melayu… sebahagian kepimpinan negara yang mempertahankan nama melayu dan islam tetapi mereka tidak mempertahankan dasar dan isi pati ketuanan Islam… Islam tidak begitu… Islam terbuka kepada semua orang, baik melayu, arab, cina, india, kadazan, batak, apapun bangsa mereka, Hati-hati akan bersama sekiranya agama yang mereka anuti itu ISLAM. Apa ada pada bangsa melayu sekiranya mereka murtad, menghina nabi, menghina Hukum Allah… tempat mereka sudah tersedia dalam neraka sekiranya mereka tidak bertaubat, sama seperti golongan kuffar yang lain.

Seramai lebih dari 5000 rakyat Turkey menunggu ketibaan Ardogen di Lapangan Terbang Istanbul. Rasanya, nama Sultan Muhammad Al-Fatih masih tidak lenggan dalam ingatan para pejuang Islam. Bagaimana beliau mempertahankan kedaulatan Negara Palestine. Dia tidak sesekali memberi seinci pun tanah Palestine dipijak oleh zionis barua ini… saya harap pembaca tidak segan-segan keluarkan perkataan barua kepada zionis ini… kerana perkataan itu barua masih agak manja jika dibandingkan dengan tindakan kezaliman yang mereka lakukan terhadap saudara seISLAM kita di GAZA…

Seluruh umat Islam sentiasa menanti kehadiran panglima SALAHUDIN II untuk memimpin seluruh umat Islam dalam membawa misi menjahanamkan zionis seterusnya melenyapkan mereka dari atas muka bumi ini.

Pejabat PMRAM
1140am
02/02/09
Isnin

GAZA... RAMZU I'ZZAH 3

GERAKAN IKHWAN MUSLIMIN BERKERJASAMA DENGAN GERAKAN YAHUDI

Dr Kamal Halbawi jurucakap kepada tanzim antarabangsa Ikhwan Muslimin di Eropah yang lalu telah mendedahkan tentang adanya perbincangan secara kerjasama diantara Ikhwan dan beberapa organisasi Yahudi yang berpusat di Eropah khususnya di London dalam mengutuk serangan Israel keatas Gaza. Perbincangan diantara Ikhwan dengan beberapa Organisasi Yahudi ini adalah untuk mengatur dan menyusun demontrasi menentang tindakan Israel menyerang Gaza dan rakyatnya.

Halbawi menyatakan perkara tersebut melalui panggilan telefon dari Kota London kepada wakil Misr Yaum (surat kabar mesir); “penyusunan jawatankuasa ini secara bersama dengan menggunakan nama kumpulan-kumpulan keamanan” (Jamaat Salam). Kumpulan Yahudi yang turut serta dalam jawatankuasa ini adalah dari kalangan mereka yang menentang sekeras-kerasnya serangan terhadap rumah-rumah dan juga dari kalangan mereka yang menentang kegiatan Zionis, kerjasama ini juga bertujuan mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Zionis. Demontrasi ini akan dilakukan di tengah-tengah ibu kota Britain.

Menurut Halbawi juga, ideal merancang untuk gabungan sehingga peringkat antarabangsa telah selasai diatur sejak beberapa lama. Maka sekarang, hanya tinggal bagaimana nak melaksanakan dengan cara berselindung disebalik organisasi bantuan tanpa menolak penyusunan bagi peringkat antarabangsa. Beliau menyatakan ” Ikhwan mempunyai pelbagai lajnah yang mengatur penyusunan untuk mempertahankan isu rakyat Palestine”.

Ikhwan Muslimin telah menggunakan pelbagai cara khususnya melalui elektonik yang cukup memainkan peranan yang besar untuk membantu Kerajaan HAMAS dan seluruh rakyat Palestine. Ditanya kepada beliau tentang demontrasi di negara-negara Arab, beliau menjawab; “pihak Ikhwan telah melalui peringkat perancangan dan pengaturan dalam mengatur demontrasi jalanan di seluruh negara tidak lebih dari 80 negara.

Beliau menyatakan, Ikhwan Muslimin telah memainkan peranan dalam menggerakkan demontrasi jalanan di negara-negara Eropah dan Arab sebagai contoh mereka telah lakukan tindakan demontrasi di hadapan kedutaan Israel dan Egypt di London. Pihak Ikhwan telah menggunakan pelbagai cara termasuk siaran-siaran television dan media massa untuk mewar-warkan kepada rakyat di London untuk turut serta dalam demontrasi ini sebagai tanda Protes terhadap kezaliman zionis celaka.

Huraian

Kita amat mengharapkan usaha-usaha yang akan member kesan kepada Israel hasil kezaliman mereka ke atas Gaza… sekarang kelipan signal kebangkitan Islam untuk memerintah dunia sudah semakin kuat kelipannya. Golongan pendeta dari kalangan bangsa Yahudi tidak bersetuju dengan tindakan gerakan Zionis untuk menjajah Al-Quds. Terdapat 2 kumpulan yang berlainan agenda dalam penganut yahudi, golongan pendeta merupakan golongan yang masih lagi berpegang dengan akidah yahudi dan menjadikan kitab Talmut sebagai rujukan, manakala golongan Zionis merupakan mereka yang merancang untuk menjadikan seluruh dunia ini hanya milik mereka sahaja. Bangsa lai bagi mereka adalah seperti binatang.

Terjemahan dari surat kabar Misr Yaum.
Rumah 02.00pagi
01/02/09
Ahad